meaning of life

Allah menguji hamba-Nya dengan cara yang paling unik, apabila menjadikan kekurangan itu juga satu anugerah..

setiap kali duji bisikkan ke hati.. ALLAH sedang mendidik, bukankah itu bererti ALLAH menyayangi mu?

ALLAH tidak melupakanmu..

kenang DIA dalam setap ujian-NYA!


betapa banyak kepahitan masa lalu menjadi sangat manis pada masa sekarang...

ingat hakikat itu wahai diri yang sedang menangis pada hari ini..

ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu ALLAH yang maha luas!


belajar dari kesilapan masa lalu, cinta pada tugasan masa kini, bersangka baik pada masa akan datang...

INSHAALLAH akan ada senyuman di hati dan bibirmu.. :)




"Then when you have taken a decision, put your trust in Allah."
[ Surah Al-'Imran ; 159 ]

"Anyone whom Allah intends good, HE makes them to suffer from some affliction (test/pain)"

-Riwayat Al-Bukhari

It takes some pain to have those wonderful miracle and gift. Allah is listening to you you and you! HE KNOWS, EVERY SINGLE THING... ;)


Friday, June 15, 2012

rahsia doa selepas wuduq...

Asy hadu allailaha illallahu wahdahu lasyarikalah, wa asy hadu anna muhammadan 'abduhu warasuluh. Allahummaj 'alni minat tawabina waj 'alni minal mutatahirin. waj 'alni min abdikas solihin. Subhanakallahumma wabihamdika asy hadu alla illa anta astagfiruka waatubu ilaik. Wasollallahu 'ala saiyidina muhammadiw waala alihi wasahbihi wassalam. Maksudnya: Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148))

mengharap kasih dalam redha-NYA..

Sufia memandang langit, hatinya begitu tenang. Terasa segala beban di hati hilang seketika. Sufia Adawiyah, gadis yang sentiasa mengukirkan senyuman. Dia juga seorang sahabat yang memahami. Baginya masalahnya harus terkunci rapi dan dikongsi bila perlu. Kerana itulah sahabat-sahabatnya sentiasa mentafsirkannya selalu bahagia. Namun, hanya Allah yang tahu setiap liku kehidupan yang harus dia tempuhi. Gadis remaja sepertinya, pasti pernah mengenal erti jatuh hati, itulah fitrah yang diciptakan Allah buat hambaNya. Namun sebagai seorang muslimah, dia tidak pernah menterjemahkan rasa hatinya agar menjadi realiti. Dia lebih memilih untuk diam dan pada akhirnya kesakitan menjadi miliknya. Bagaimanapun, Sufia masih mampu mengukirkan senyuman. Dia tidak pernah menyalahkan takdir, mahupun sang Adam itu. Baginya jodoh itu ditentukan olehNya. Sejak menjejakkan kaki ke universiti, Sufia pernah jatuh suka pada seorang Hamba Allah itu. Sifat matang lelaki itu berjaya menambat hati kecilnya. Namun Sufia sedar batas sebagai sebagai seorang muslimah. Dia hanya mampu berdoa, sentiasa bersujud memohon petunjuk. Zairil Mikail, itulah nama pemuda yang berjaya membuka ruang di hatinya. Zairil ialah Yang DiPertua (YDP) salah satu persatuan yang turut disertai Sufia iaitu Persatuan Daie Muda. Zairil juga ialah seorang senior dalam jurusan yang diambilnya. Sufia tertarik dengan cara Zairil menyampaikan hujah-hujahnya, begitu matang sekali. Sufia dan Zairil pernah berhubung, tapi hanya apabila melibatkan soal persatuan. Zairil sentiasa menghormatinya. Dia begitu berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya. Zairil benar-benar menjaga ikhtilat antara mereka. Semakin hari, Sufia semakin menguburkan perasaanya, dia takut jika dia terlalu mengikut perasaannya itu, dia membuka pintu untuk syaitan melalaikannya. Hati dan iman yang rapuh mudah gugur. Biarlah dia mengagumi Zairil hanya dalam diam. Dia tidak menceritakan hal ini pada sesiapa kerana takut timbulnya fitnah. Ya, fitnah yang akan merosakkan jalinan ukhuwah. Tambahan pula, dia pernah melihat Zairil bersama seorang wanita yang cantik sepadan dengannya. Pada mulanya hatinya sakit, namun Sufia menemui penawarnya. Kerana hal itu, dia semakin bersemangat untuk bermujahadah, memburu cinta Ilahi kerana dia percaya cinta insani akan menyusul selepas itu. Dia mendapat ibarah daripada peristiwa itu. Dia sedar, dia perlu gantungkan pengharapannya pada Yang Esa. Dan kerana perasaan fitrah itu juga dia semakin mendekati Ilahi. Allah berikan Sufia ujian untuk tarik dia kembali kepadaNya. Dia juga mengambil ikhtibar daripada kisah cinta agung Saidina Ali RA dan Saidatina Fatimah, puteri kesayangan Rasulullah SAW: "Saidatina Fatimah dan Saidina Ali merupakan teman akrab sejak kecil. Mana mungkin tidak timbul bibit cinta di antara mereka. Mereka telah mengenali hati budi masing-masing sejak kecil, mana mungkin hati tidak terpaut. Akan tetapi Saidina Ali sedar dirinya miskin tidak berharta. Apakah Rasulullah SAW akan memandangnya jika beliau menyatakan hasrat ingin memperisterikan gadis solehah Rasulullah SAW? Perasaan cinta dan malu sering bertembung dalam dirinya. Saban hari beliau melihat orang-orang kenamaan seperti Saidina Abu Bakar Assidiq RA dan Saidina Umar Alkhattab datang melamar sang puteri solehah. Namun, kedua-duanya ditolak dengan baik oleh Nabi Muhammad SAW. Saidina Ali menjadi semakin bingung. Menantu yang bagaimanakah yang diinginkan Rasulullah SAW? Saudara-saudara Saidina Ali daripada kalangan Ansar menyarankan agar mengapa tidak beliau sahaja yang memberanikan diri menyunting kuntuman mawar indah dan harum itu. Kata Saidina Ali kepada yang berkata itu, "Aku hanyalah pemuda miskin yang tidak berharta. Apakah aku dipandang oleh Raslulullah SAW?" "Jangan risau saudaraku, kami di belakang kamu," kata mereka. Berbekalkan semangat dan keberanian, beliau menuju ke rumah Nabi Muhammad SAW dengan harapan mawar mewangi itu dapat beliau miliki. Setelah menyatakan hasratnya, ternyata cinta beliau berbalas dan Saidina Ali tidak bertepuk sebelah tangan. Rasulullah SAW menerima lamaran Saidina Ali. Subhanallah." Sudah masuk tahun ketiga. Ini bermakna ini Sufia punya dua semester lagi sebelum menamatkan pelajaran. Demi segulung Ijazah. Ya, dia perlu berjuang lebih, dia mahu pengorbanan ibu dan abahnya tidak sia-sia. Meski sibuk dengan kegiatan persatuan, Sufia tidak pernah mengabaikan pelajaran. Dia bijak membahagikan masa. Tentang rasa suka dia pada Zairil, tak mampu dia memadamkannya sepenuhnya. Namun, Sufia bijak menguruskan perasaannya. Tetapi kejadiaan dua hari lepas benar-benar mengejutkannya. Dia didatangi sahabatnya dari persatuan yang sama, Qaireen. "Sufia, boleh tanya sesuatu?" tanya Qaireen, salah seorang sahabat baiknya yang juga ahli Persatuan Daie Muda. "Sejak bila pula kena minta kebenaran nak tanya ni?" kata Sufia sambil mengukirkan senyuman. "Kita dah lama berkawan tapi awak tak pernah membahaskan soal hati. Saya lihat awak begitu matang dalam menghandle masalah kawan-kawan kita. Awak tak teringin ke punya teman?" Sufia senyum. "Saya mencari suami yang akan membimbing saya ke syurga, dan mungkin belum waktunya lagi saya bertemu dengannya," balas Sufia ringkas. "Abang Syakir suruh saya bertanyakan hal ini kepada awak kerana ada seseorang yang berniat menjadikan awak suri dihatinya," tutur Qaireen. Sufia terkesima. Berita itu benar-benar memeranjatkan Sufia. Insan yang dimaksudkan Qaireen ialah Zairil. Rupa-rupanya tanpa dia sedari, Qaireen menyedari yang Sufia punya hati pada Zairil. Ya, memang dia punya perasaan terhadap Zairil. Namun, perasaan itu dia kuburkan demi menjaga hati supaya tidak menjadi rapuh. Dia tidak pernah menyangka bahawa dia menjadi perhatian Zairil selama ini. Tambahan pula, Zairil yang begitu terkenal dengan sifat tegasnya sebagai YDP kelab, tidak pernah sama sekali membahaskan soal cinta dengannya. Qaireen mengetahui tentang Zairil daripada abangnya, Syakir. Abangnya telah menceritakan segalanya pada Qaireen. Zairil pernah menceritakan pada Syakir bahawa sejak Sufia join persatuannya hatinya terus terpaut pada kelembutan dan kesopanan Sufia. Namun, dia tidak berani menerjah hati wanita itu. Oleh kerana itu, Qaireen dan abangnya cuba melakukan sesuatu agar cinta suci antara Sufia dan Zairil bersatu tanpa mencemarkan jalinan ukhuwah antara mereka. Sufia hanya mampu tersenyum, dia sendiri tidak mampu memutuskan sebarang jawapan. Dia tidak mahu membelakangkan orang tuanya, dia juga tidak mahu menyakitkan hati Zairil. Dia percaya Zairil tentu faham mengapa dia tidak mampu memberi sebarang kata putus sekarang. Malam itu Sufia beristikharah memohon petunjuk daripada yang Maha Esa. Ya, inilah jalan yang paling tepat iaitu untuk mengadu padaNya. Allah mengetahui segala yang terbaik buatnya. Selama ini memang dia tak pernah jemu beristikharah memohon agar dikuatkan hati, diberikan jalan keluar pada setiap rentetan hidupnya. Sufia sentiasa berpegang bahawa istikharah itu bukan sekadar untuk soal jodoh tapi merangkumi segala aspek kehidupan. Sejak perkhabaran itu sampai kepadanya, dia cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku kerana dia perlu profesional dalam melaksanakan tugasnya. Zairil juga berperlakuan seperti tiada apa yang berlaku. Sufia akan pulang ke rumahnya esok, dan dia tidak mahu Zairil ternanti-nanti jawapan daripadanya. Selain beristikharah, dia harus bermusyawarah dengan kedua orang tuanya. Sufia menerima satu lagi kejutan apabila tiba di rumahnya. Kata kedua orang tua Sufia, petang kelmarin satu rombongan datang merisiknya. Sufia terkesima. Dia berbisik dihati, Ya Allah apakah yang KAU rencanakan untukku? "Sufia, ini gambarnya.." kata ibunya sambil menghulurkan gambar kepada Sufia. Sufia mengambil gambar daripada tangan ibunya dengan lambat. Alangkah terkejutnya dia, insan pada gambar itu ialah Zairil. Tika itu dia benar-benar merasakan Zairil ikhlas dengannya. Teringat kata-katanya ketika menyampaikan satu ucapan dalam salah satu majlis yang dianjurkan oleh persatuan. "Jika mahukan anaknya jumpalah walinya, usha walinya dahulu," katanya dalam nada berseloroh. Zairil benar-benar mengotakan kata-katanya, hatinya ketika itu menyatakan Zairillah mujahid yang dia tunggu selama ini. Air matanya berguguran. Ya Allah, kau hadirkannya melalui pelbagai cara! Terima kasih ,Ya Allah. 02/02/2012 ialah tarikh yang menyatukan Sufia Adawiyah dan Zairil Mikail. Tika detik diijab kabulkan, hanya tuhan yang tahu gelora di hati Sufia, apatah lagi Zairil. Satu lagi masjid terbina atas dasar kasih, dan akhirnya termeterai menjadi satu ikatan yang sah. Menangislah syaitan laknatullah! Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah dengan sekali lafaz Sufia sah menjadi pelengkap rusuk kiri Zairil Mikail. "Aku terima nikahnya Sufia Adawiyah Bt Adam dengan mas kahwinnya RM22.50," lancar saja lafaz akad meluncur dari bibir Zairil. Zairil sedar, besar tanggungjawab menantinya nanti. Bukan sekadar akad semata-mata. Dia sedar dia perlu menanggung dosa isterinya, dia perlu berusaha menjadi imam terbaik buat isteri dan bakal zuriat mereka. "Sayang, abang minta maaf kerana mengambil masa terlalu lama untuk mengambil sayang menjadi yang halal buat abang.." Zairil diam seketika. "Abang tak perlu minta maaf, inilah yang dikatakan takdir Ilahi," tutur Sufia lembut. "Abang sebenarnya sukakan sayang sejak sayang join persatuan kita tu. Namun, melihat sayang benar-benar menjaga batasan, abang takut, abang pendam, abang berjanji pada diri untuk sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi imam terbaik buat sayang.. Abang tak takut jika sayang menjadi milik yang lain ketika itu kerana abang percaya jodoh Allah dah tetapkan." Sufia diam. Dia tidak mampu berbicara lagi. Kuasa Ilahi, meski mereka berdua tidak pernah membahaskan soal cinta secara terangan, namun mereka berbicara melalui doa, saling mendoakan. Air mata bahagia Sufia berguguran. Zairil mendekati isterinya itu, menyapu air matanya. Dia bahagia kini. Benarlah jika kita menjaga perhubungan kita, menjaga pergaulan kita, Allah akan menjaga dia buat kita. Sekali lagi kisah cinta agung Saidina Ali RA dan Saidatina Fatimah menerjah ke benak fikirannya. Dia tersenyum, mungkin dia tidak sehebat Fatimah, namun dia akan cuba mejalankan tugasnya setulusnya buat suami tercinta, Zairil Mikail. Terima kasih, Ya Allah. Terima kasih ibu, abah. Terima kasih Qaireen, sahabatku, dan Abang Syakir.

Thursday, June 14, 2012

aku manusia lemah.. patutkah aku menjadikan ia sebagai alasan?? permainan syaitan padaku..

Aku manusia lemah Terlalu senang diriku tergoda dengan hawa nafsu sendiri Terlalu senang diriku terjebak dengan kreativiti syaitan Terlalu senang diriku lalai di sisi Allah Aku manusia lemah Diriku menangis bila mengenang nasib Diriku gembira tatkala mendapat apa yang diingini Sedangkan apa yang daku inginkan bukanlah yang terbaik buatku Dan aku menyedari kesilapan itu, namun ku tetap gembira Aku manusia lemah Sekejap aku sedar akan kealpaanku terhadapNya Daku menangis memohon keampunan Namun diriku bagaikan mudah kembali ke kesesatan Dan memang benarlah keimanan seseorang boleh naik & turun bagaikan tiada plateaunya Aku manusia lemah Aku jijik dengan perangaiku yang mudah lupa akan keEsaanNya Aku benci dengan diriku yang sering lupa akan Rasulku Aku muak dengan akal fikiranku yang sering berkhayal Aku manusia lemah Ya Allah, kembalikanlah daku ke jalan yang benar Ku mohon Kau tunjukkan kepadaku jalan yang Kau redhai Berikanlah aku Nur HidayahMu, Ya Allah Tetapkanlah keimanan yang teguh dalam diriku Ku pohon keampunanMu Ku pohon keredhaanMu Ku pohon keberkatanMu Ku pohon ma'rifahMu Aku manusia lemah Lemah selemah-lemahnya Astaghfirullahalazim...

Engkau cukup sempurna pada-NYA

Kelihatan seorang kanak-kanak kecil mengesot-ngesot tubuhnya di kaki lima Plaza WangsaJaya, berpakaian lusuh, namun tenang dengan berlitupkan kopiah putih di kepalanya. Kerja hariannya mengelap kasut di kaki lima setiap pasaraya besar di ibu kota. Mencari sumber rezeki yang halal tanpa mempedulikan cacian dari mana-mana insan. Sungguh kuat semangat Mohd Zakuan, seorang kanak-kanak yang cacat anggota, hidup tanpa kedua belah kakinya sejak lahir ke muka dunia. Siangnya ke sekolah, di sebelah petangnya merayau mencari rezeki. Adik Mohd Zakuan sering dihina, dicaci oleh rakan-rakannya, akibat dia merupakan anak seorang hartawan, namun dipinggirkan akibat kekurangan yang dimilikinya. Dia dihantar ke rumah neneknya, Ruminah yang sudah tua. Tanpa dipedulikan oleh kedua orang tuanya. Menjengah sekalipun keluarganya itu tidak mahu. Walaubagaimanapun, adik Mohd Zakuan seorang yang rajin beribadat kepada Tuhan, walau keadaan yang serba kekurangan, kehidupannya tidak sedikitpun menyebabkan dirinya jauh dengan PenciptaNya. "Nek, Zakuan rindu dekat ibu, ayah. Kenapa mereka tak jenguk Zakuan?". Neneknya dengan penuh sayu menjawab," Sayang, ibu dan ayah sibuk agaknya, nanti bila mereka sudah lapang, mereka datanglah jenguk-jenguk Zakuan". " Mereka tak sayang Zakuan, ke nenek?", tanya Zakuan lagi. Nenek menjawab," Tidak sayang, mereka sayang Zakuan, mereka mesti selalu berdoa untuk Zakuan biarpun dari jauh". "Zakuan tahu zakuan tak sempurna, nek. Untung Zakuan ada nenek, kalau Zakuan tak ada nenek, siapa nak jaga Zakuan?", rintih Zakuan. Neneknya terdiam hiba di anjung rumah. Kelihatan gugur manik-manik jernih dari kelopak matanya. Namun, cepat-cepat diusapinya supaya tidak dilihat oleh cucunya yang begitu disayanginya itu. Dirinya juga sudah uzur, apatahlagi dengan batuk kering yang tidak henti-henti menyeksa tubuhnya.Namun, dengan kehadiran Zakuan, menjadi penyeri kepadanya dalam seharian. Zakuan hampir mencecah usia 10 tahun, mujurlah dia sering ditemani oleh seorang Ustaz di kampungnya. Ustaz itu namanya Ustaz Munif. Banyak budi dan jasa yang dihulurkan oleh ustaz Munif kepada anak kecil ini. Dirinya tenang dan masanya sering dilapangkan untuk bersama-sama adik Zakuan. "Ustaz, macam mana nak masuk syurga? ", tanya Zakuan memecah kesunyian malam. " Senang saje, Zakuan buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang", jawab Ustaz Munif sambil tersenyum. "Zakuan tak nak apa-apa, Tapi Zakuan mahukan syurga untuk ibu dan ayah Zakuan. Ibu yang lahirkan Zakuan, Zakuan tahu ibu tak gembira, jadi Zakuan nak ibu gembira bila dapat syurga dari Tuhan". Bersungguh-sungguh Zakuan menjawabnya. Tiba waktu sambutan ulangtahun hari jadinya yang ke 10 pun tiba. Zakuan menyambut hari lahirnya dengan nasi berlaukkan garam. Namun, bibirnya tetap tersenyum walau di hati menangis hiba. "Terima kasih, nek sebab sambut hari jadi Zakuan. Harini dapat makan nasi, syukur pada Allah, kan nek?." "Nek, Zakuan mintak ampun dari nenek, selama ini, Zakuan selalu menyusahkan nenek, nak berjalan ke sana ke sini semuanya dengan bantuan nenek". "Nenek jangan tinggalkan Zakuan ye, Zakuan perlukan nenek. ", meleleh-leleh air mata Zakuan , begitulah sayu si anak kecil ini sambil memeluk nenek kesayangannya itu. Namun, Tuhan itu lebih menyayangi neneknya, Sebulan kemudian, Zakuan kehilangan nenek yang menjadi tonggak dan kekasih hatinya yang setia. Neneknya yang uzur itu ditemui meninggal dalam sujudnya menyembah Tuhan Yang Abadi. Terbayangkah kita, anak kecil seusia 10 tahun yang kehilangan ibu, ayah, nenek bagi membantu kehidupannya yang kurang upaya seperti itu? " Ya Tuhan, aku kini kehilangan nenek yang begitu aku kasihi, Aku kehilangan punca kasih kini, Ya Allah.... dengan siapa aku ingin berbicara, dengan siapa aku ingin adukan nasibku, dengan siapa aku ingin bermanja, siapa pula yang hendak mengelap air mataku, menyambut kepulanganku setiap hari - hariku, mencium dahiku setiap selesai solat bersama, menyuap makanan ke mulutku dengan sentuhan seperti seorang ibu, melindungi aku bila aku dikeji orang sekelilingku, aku kehilangan seorang yang aku kasihi, seorang yang aku rindui, berkatilah dan cucurilah ruhnya Ya Allah, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin Ya Robbal Alamin.. Begitulah sayunya hati seorang kanak-kanak, Zakuan yang telah kehilangan nenek tercinta. Walaubagaimanapun, Zakuan telah dibesarkan oleh Ustaz Munif dengan baik. Suatu hari, Zakuan berbual-bual dengan Ustaz bagi meluahkan hatinya. " Ustaz, ada lagikah orang yang menyayangi Zakuan dekat atas dunia ini?". "Ada, Zakuan. Ibu, ayah Zakuan. Mereka pasti doakan Zakuan supaya jadi anak yang baik". " Zakuan tahu, ustaz. Kalau nenek ada, mesti nenek orang pertama yang akan beritahu Zakuan bahawa nenek orang yang pertama sayang Zakuan. Ustaz nak tahu, waktu nenek masih ada, nenek selalu bagi Zakuan hadiah, dan hadiah itu berharga buat Zakuan." "Hadiah apa, Zakuan?". "Nenek hadiahkan Zakuan kopiah putih , sejadah, tasbih. Nenek kata, kalau nenek dah tak ada, ingatlah nenek dengan hadiah ini.Nenek selalu kata , "ini saja yang mampu nenek bagi, cu..". "Zakuan tak kisah, Zakuan tahu nenek nak ajar Zakuan selalu dekat dengan Allah, bila susah cari Allah, bila senang pun cari Allah", sambil tersenyum Zakuan berbicara. Sebelum melelapkan mata, Zakuan sering menyanyi lembut seperti berbisik menghadap jendelanya, sambil memegang biji tasbi pemberian neneknya. Allah engkau dekat Penuh kasih sayang Takkan pernah engkau Biarkan hamba Mu menangis Karna kemurahan Mu Karna kasih sayang Mu... Menitik setitik demi setitik air mata membasahi jendela. Kebiasaannya, adik Zakuan akan mencuba untuk bangun di pertengahan malam bermunajat kepada Tuhan AR-RAHMAN. "Ya Allah, aku redha dengan ketentuanmu.. aku bersyukur dengan kurniaanMu, bila mana Engkau mengujiku, Aku secara tidak sedar, menjadi orang yang paling rapat dalam mengasihiMu, aku redha dengan taqdirMu untukku, ANDAI ini yang membuatkan aku hampir denganMu, aku redha dengan setulus hatiku.. aku serahkan hatiku, diriku , jiwaku hanya untukMu, aku yang lemah tidak mengharap apa-apa lagi, hanya Engkau sebagai pelindungku. Engkau Mengasihiku, sedang aku cacat anggota, namun aku bersyukur kerna tidak cacat hati untuk mengenaliMu, aku bersyukur, walau aku kurang berupaya, namun, aku masih diberi upaya menjalankan perintahMu, teruskan Ya Tuhan, sekiranya itu yang terbaik untukku, maka aku redha dengan ketentuanMu. Jadikanlah aku orang yang sempurna pada penglihatanMu, walau aku tidak sesempurna insan di sekelilingku, jadikan aku orang yang sabar dan teguh, agar aku tidak berhenti berharap padaMu. Amin, Ya Robbal Alamin... Beberapa tahun kemudian.. Setelah tamat peperiksaan UPSR, Zakuan diumumkan sebagai pelajar cemerlang. Itu membuktikan bahwa seorang kanak-kanak cacat anggota mampu berjaya dengan usaha dan doa oleh Allah yang Maha Berkuasa. Zakuan dibawa ke sidang radio, ditemubual bersama penghibur di sidang radio terhangat, HOT-COOL FM. "Assalamualaikum, andai ibu dan ayah Zakuan mendengar, alangkah berbesar hati Zakuan , dan bersyukur pada Allah." "Zakuan tahu ibu dan ayah rindukan Zakuan. Zakuan pun tetap merindui ibu dan ayah. Nenek selalu berpesan, kalau rindu, Zakuan kena bacakan Al-qur'an untuk sampaikan pada ibu dan ayah dan solat 5 waktu jangan tinggal. Nenek kata lagi, kalau Zakuan rindu ibu dan ayah, Zakuan selalu kena doa untuk ibu dan ayah selalu". "Zakuan cuba. Tapi semakin hari Zakuan semakin rindu pada ibu dan ayah. Zakuan curi-curi menangis bila Zakuan nampak kawan-kawan Zakuan dipeluk oleh ayah dan ibu mereka. Tapi Zakuan tak kisah, sebab Zakuan tahu ibu dan ayah akan balik jumpa Zakuan. Ibu dan ayah pergi jauh untuk dapatkan rezeki untuk Zakuan, kan? ". Zakuan harap ibu dan ayah akan kembali pulang. Nenek selalu cakap, Ibu dan ayah akan pulang. Kembalilah ayah. Zakuan rindu, ibu, ayah" Setelah tamat sidang radio, Zakuan menyatakan hasratnya, "Zakuan nak cari nenek sampai jumpa, Zakuan nak bagi keputusan ini pada nenek. Sampaikan salam Zakuan pada ibu dan ayah kalau Ustaz jumpa. Katakan pada mereka, Zakuan tak berhenti berharap untuk berjumpa mereka. Zakuan rindu sangat pada mereka. Ini hadiah Zakuan, kopiah Zakuan, tasbih dan sejadah ini , berikan pada ibu dan ayah. Inilah sumber kekuatan kehidupan Zakuan selama berjuang di atas muka dunia tanpa anggota tubuh badan yang sempurna. Selesai sahaja solat subuh, Zakuan kelihatan tidak bangkit-bangkit dari sujudnya. Ustaz Munif yang menyedarinya menggerakkan tubuh Zakuan yang sudah kaku tidak bermaya. Inna Lillahi wa inna Lillahi Rojiun..', bisik Ustaz Munif penuh sayu ditinggalkan insan yang penuh tawadhok dan luar biasa. Kepulangan ibu dan ayah Zakuan yang diharap-harapkan hanyalah mengundang penyesalan apabila mengetahui anak mereka sudah tiada lagi di dunia. Hanya sekeping surat sempat dikirimnya. " Salam sayang, ibu, ayah... Ini Kopiah Zakuan, ini saja kopiah yang Zakuan ada, tapi Zakuan sangat sayang dengan kopiah ini. kopiah ini melindungi zakuan, dari panas, hujan. Ini sejadah Zakuan, kalau Zakuan tak tahu nak luahkan dan nangis pada siapa-siapa, dengan sejadah inilah Zakuan penuhkan dengan air mata memohon pada Tuhan Yang Maha Kuasa.. Ini tasbih Zakuan. Kalau Zakuan diejek oleh rakan, Zakuan akan sentiasa kuat dengan mengingatiNya. Cukup bagi Zakuan yang tidak punyai harta dan apa-apa, namun inilah yang amat berharga sepanjang hidup Zakuan di dunia. Ku alunkan zikir untukmu, ibu,ayah. Ku alunkan Bacaan qur'an kalamullah hadiah istimewa dariku, Hanya itu yang aku mampu.Salam sayang, dari anakmu, Zakuan. Tersentak ibunya membaca warkah itu. "Engkau teramat istimewa dan semurna padaNya, sayang". TAMAT Wallahualam Mesej yang ingin diketengahkan; Kita dilahirkan dalam keadaan sempurna, tetapi kita jarang bersyukur padaNya, kita sering bergantung kepada insan, namun jarang bergantung hidup sepenuhnya pada Tuhan. Kita harus tahu, sedar, selalu kita bersedih tidak dapat memiliki sepasang kasut, tapi harus kita ingat bahawa andai insan lain yang langsung tidak mampu memakai sepasang kasut, pun. (tidak mampu kerna tiada anggota kaki) Kita juga harus sedar, bahawa kita yang sempurna belum tentu sempurna pada pandangan Allah, mungkin mereka yang tidak sempurna ini lebih mulia pada pandangan Allahu Rabbi. Ada jauh insan kerdil yang tidak melupai Tuhan sedikitpun, walau dirinya diuji, tetap berdaya mengharap, merintih di hadapan Tuhan di malam hari...itulah hadiah bermakna bagi sang abid kepada RabbNya. Sesempurna tubuh kita terkadang gagal membuat diri merasa kerdil di sisi Tuhan, lupa dan lalai dalam kesempurnaan anggota tubuh badan, maksiat pula bertambah dilakukan.. Andai kita seperti adik zakuan, adakah kita akan menjadi sang abid yang begitu kasih pada Tuhan? Hadiah bermakna dari si anak kepada ibu, walau terpisah di dunia, namun di akhirat mereka dapat pahala dari amalan si anak juga. Alunkan zikir dan kalamullah apabila rindu-rinduan. Wallahualam.. coretan asyiq