meaning of life

Allah menguji hamba-Nya dengan cara yang paling unik, apabila menjadikan kekurangan itu juga satu anugerah..

setiap kali duji bisikkan ke hati.. ALLAH sedang mendidik, bukankah itu bererti ALLAH menyayangi mu?

ALLAH tidak melupakanmu..

kenang DIA dalam setap ujian-NYA!


betapa banyak kepahitan masa lalu menjadi sangat manis pada masa sekarang...

ingat hakikat itu wahai diri yang sedang menangis pada hari ini..

ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu ALLAH yang maha luas!


belajar dari kesilapan masa lalu, cinta pada tugasan masa kini, bersangka baik pada masa akan datang...

INSHAALLAH akan ada senyuman di hati dan bibirmu.. :)




"Then when you have taken a decision, put your trust in Allah."
[ Surah Al-'Imran ; 159 ]

"Anyone whom Allah intends good, HE makes them to suffer from some affliction (test/pain)"

-Riwayat Al-Bukhari

It takes some pain to have those wonderful miracle and gift. Allah is listening to you you and you! HE KNOWS, EVERY SINGLE THING... ;)


Tuesday, October 23, 2012

ujian itu mendekatkan...

Awan putih berlangitkan sebiru warna, menambahkan keindahan alam semulajadi. Kecantikan alam yang tiada taranya menyaksikan pelbagai acara pementasan hidup yang beraneka gaya. Maha suci Allah yang menciptakan manusia yang berpasangan begitu juga makhluk Allah yang lain turut memenuhi pelusuk bumi. Alhamdulillah, kita masih bernyawa menunaikan segala perintahnya, akur dengan ketentuan illahi walaupun penuh dengan pancaroba. Seringkali hidup dicabar dan diuji namun terus berdiri gagah dengan pertolongan Allah SWT. Mengharungi hari demi hari membuat kita tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa kecil mahupun besar terpendam dilubuk hati dan adakalanya membentuk pelbagai rasa. Pernahkah kita memohon keampunan dariNya? kita sebagai hamba diberikan naluri untuk mengetahui akan dosa-dosa yang dilakukan walaupun tanpa sedar. Adakah kita insaf? Sekiranya keinsafan masih menebal pada diri, sebenarnya kita masih lagi menyirami iman kita dengan baja keampunan dari Allah SWT. Jika tidak, jangan dibiarkan dosa-dosa itu menjadi sebati dan kekal selamanya pada hati nurani kerana dari situlah 'air muka' kita akan terbentuk dengan perkara-perkara yang sebenarnya datang dari hati kita sendiri. Oleh itu, jagalah hati dan kasihanilah kerana dia juga makhluk Allah seperti kita. Tugasnya sangat berat untuk mengawal manusia dari melakukan dosa. Kalau hati kita baik, baiklah kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi. Jika tidak, hati kita akan melakukan sesuatu yang tidak mungkin dijangka. Tahap iman dalam diri. Disaat dan ketika ini, ada dikalangan kita mengatakan bahawa apabila seseorang itu dipenuhi dengan iman dan taqwa pastinya berpegang teguh dengan agamanya. Mana mungkin manusia yang bersifat baharu ini tidak akan diuji walaupun hidupnya diselubungi dengan kemewahan melimpah ruah. Ada juga menyatakan yang menutup aurat itu hidupnya akan menjadi kebal dengan nafsu kerana badannya dilitupi dan tidak akan mudah melakukan dosa berbanding mereka yang tidak berhijab atau tidak menutup aurat. Dari pandangan saya, bukan mudah untuk memelihara iman, kerana iman kita ini ibarat daun-daun yang berguguran, apabila ia dipukul angin ia akan berterbangan mengikut arus angin. Sesungguhnya, iman itu tidak bersifat kekal dan sentiasa berubah-ubah. Ada suatu masa kita rasakan hidup ini sangat dekat dengan Allah SWT dan adakalanya tidak. Itulah manusia yang Allah ciptakan, hatinya sentiasa bermain-main dengan perasaan. Kadangkala dengan iman kita terasa indah dan lama kelamaan iman itu semakin hilang dan menjadikan kita manusia yang alpa kepada Allah SWT. Ini kerana keteguhan kita terhadap iman masih diawang-awangan dan menganggap tiada kepentingan dalam mengekalkan iman di dalam diri. Setiap saat diuji. Tidak akan senang manusia itu kalau hidup tidak pernah diuji. Sekiranya sentiasa aman dan bahagia kemungkinan kitaran kehidupan kita ini akan kehilangan sesuatu yang dikatakan "ujian dan dugaan". Ya, saat kita diuji adakah kita sedar akan ujian diberikan? Manusia sentiasa leka dengan kesibukan dunia sehingga lupa kepentingan akhirat yang perlu diutamakan. Apa yang mereka ingat adalah nikmat dunia. Sehingga manusia menjadikan dunia itu sebagai tongkat untuk berdiri sedangkan yang menjadikan mereka berdiri dengan gagah itu adalah dari Allah SWT. Biarlah diri kita diuji, Allah mahu membersihkan kita dari segala kekotoran yang menyelubungi dari segenap sudut pada anggota badan kita iaitu hati. Serah diri padaNya. Saat menadah tangan pohonlah keampunan kepada Allah, berdoalah dengan penuh pengharapan agar kita diampunkan dari segala dosa-dosa yang lalu. Biarlah air mata sepi menjadi saksi tanda kita takut kepadaNya. Beristighfarlah, kerana banyak hikmah terkandung disebalik makna-makna yang diucapkan. Yakin dan percaya dengan kewujudan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Jangan lalai mahupun leka kerana kematian sentiasa menghampiri. Beriman kepada Allah SWT adalah satu landasan yang merupakan penjuru disetiap kehidupan. Walaupun iman tidak boleh diwarisi tapi boleh menjadi benteng dalam menghadapi pelbagai keresahan hidup. Berdoalah kerana dengan doa, Allah akan mendengar segala keluhan kita kerana tuhan tahu apabila kita melakukan dosa kita akan kembali mengadapNya. Perbaikilah diri dengan kesalahan serta kesilapan yang kita lakukan. Perelokkan nawaitu kita untuk kembali bertaubat dan bersujud padaNya. Sucikan hati dan rawatlah jiwa dengan ayat-ayat Allah iaitu al-Quran yang merupakan surat cinta yang diutuskan kepada hamba-hambanya. Cinta Allah akan kekal dihati, kewujudanNya dapat dirasai, hadirNya bagaikan merentap sanubari. "Ya Allah, aku bersedia menerima segala ujian dan dugaan-MU".

Sunday, October 21, 2012

cantiknya seorang wanita-karya kamal ariff


Wanita dan kecantikan sangat sinonim. Dua-dua ini tidak akan terpisah dan tidak boleh dipisahkan. Kecantikan adalah aset dan lambang kewanitaan.
Wanita yang berasa dirinya tidak cantik akan berasa sedih dan merendah diri. Mereka mudah malu dan hilang keyakinan berhadapan dengan orang ramai. Mereka seakan berasa persepsi orang terhadap mereka buruk-buruk belaka.
Berbeza dengan wanita yang cantik. Langkah mereka penuh dengan gaya dan bertenaga. Senyuman mereka tidak putus-putus menghiasi waja. Sungguh berkeyakinan. Mereka sentiasa yakin bahawa orang ramai suka melihat diri mereka.
Pada sisi saya, sebagai seorang lelaki. Berbohong jika saya cakap tidak tertarik dan suka kepada wanita yang cantik. Kerana itu memang lumrah seorang lelaki. Dan itu juga satu sebab kenapa wanita sering menonjolkan kecantikannya.
Tapi ingat satu perkara...
"Wanita yang tidak cantik luar tetapi cantik dalam masih lagi dapat dilihat kecantikannya. Berbanding wanita yang cantik luar tapi buruk dalam, mereka hodoh sebenarnya!"
Kecantikan dan Wanita
Kecantikan itu aset dan keagungan wanita. Ketahuilah bahawa kecantikan seorang wanita bukan terletak pada wajahnya tetapi kelembutan jiwanya!
Saya tertarik satu rangkap daripada lirik lagu
"Sedarilah insan istimewa,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan"
Apabila kecantikan pun perlukan perhiasan, maka kecantikan itu belumlah sempurna. Maka kita tahu kecantikan itu tidaklah cantik tanpa kelembutan jiwa dan tingkah lakunya. Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan kita, bahawa paras rupa juga bukanlah suatu nilaian yang hakiki. Fizikal bukanlah fokus pandangan Ilahi tetapi ianya terletak di dasar hati seorang hamba.
Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: "Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu."
(Hadis Riwayat Muslim)
Fikirkan
Cantikkah seorang gadis remaja yang sering melepak dan berpeleseran di luar sana?
Cantikkah seorang isteri yang sering derhaka dan melawan cakap suami?
Cantikkah seorang ibu yang sering menengking dan mendera anaknya?
Cantikkah seorang wanita yang gemar mengeluarkan kata-kata keji dan kesat?
Cantikkah wanita yang berpakaian dan berperangai seperti lelaki?
Tidak walaupun sesekali.
Wanita yang hilang sifat kelembutan jiwanya akan menenggelamkan kecantikan luarannya.
Bahkan seorang wanita yang lembut jiwa, malu apabila dirinya kelihatan cantik kerana lembut jiwa ia hanya menumpu kasih pada bakal sang suami. Bukan lelaki ajnabi. Mereka tidak rela 'cantik' mereka dinodai oleh mata-mata asing. Hatta lelaki yang bersifat 'kaki perempuan' juga lebih memilih seorang wanita yang bijak dalam tindakannya, indah tutur bicaranya dan mulia perilakunya.
Jangan cemburu apabila diri mu tidak cantik duhai wanita kerana cantikmu bukan di situ. Tetapi di dalam hati. Lelaki yang baik akan menilai hatimu yang cantik bukan rupamu.
"Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu meluluh,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Jika hati itu bersih..."
Hiraukan kata-kata cemuhan dan sindiran. Kerana mereka buta mata hati. Percayalah hanya jodohmu akan bijak menilai dirimu. Justeru, tidak perlu bersusah payah bersolek sebelum nikah, tetapi bersusah payahlah untuk membina 'cantik' serinya yang bermula dari hati.
Sesungguhnya hati yang bersih akan mencerminkan keindahan peribadi, dengan cerminan itulah dirimu lebih cantik daripada wanita yang hanya cantik dipandang semata-mata namun 'kurang cantik' dalam menghiasi diri dengan kemuliaan akhlak.
Senyumlah, dan jadilah wanita yang cantik pada pandangan Allah.
 

Sunday, October 14, 2012

aurat ferrari

Aurat wanita ibarat kereta Ferrari. 360 Spider, 550 Barchetta, F430, SA APERTA, 612 Sessanta atau apa saja modelnya. Pemilik kereta membawa ke mana saja.Keliling kota atau desa.Parking dan berhenti di mana-mana. Luarnya (design) kereta itu sangat cantik, menarik pemandangan mata memandang, warna yang mengancam, berkilat, setiap inci diteliti.Side mirror, lampu depan, lampu belakang, lampu signal kiri dan kanan.Oh, kau sangat bergaya dan menawan. "Kalau lah aku dapat kereta ni... Perrrghhh AWESOME!" Sambil mengetap bibir tanda geram, setiap mata memandang berdialog diam-diam.Membayangkan kereta itu jadi kepunyaan. Ya, kereta itu jadi perhatian.Kadang-kadang rimas.Tapi pemilik kereta sedikit bangga.Kereta mahal katakan... Itu baru luarnya kereta Ferrari. Dalamnya (interior)? Pemilik kereta membuka pintunya pula. Ada mata yang cuba-cuba meninjau.Menjengah kepala mencari ruang untuk melihat isi dalam kereta itu. "Kalau luaran pun dah awesome,dalaman mesti banyak functions." "Perrrghhh!" "Kalau aku dapat drive sekejap pun jadilah." Sekali lagi angan sangkaan Si Pemerhati. Mana tidaknya, luas dalaman kereta itu pun sudah selesa, tempat dudukya diperbuat daripada kulit lembut yang berkualiti tinggi (high quality soft leather), sound system yang Uumphh.Tengah leka explore seluruh isi dalam kereta, mata tertarik pada dashboard pula.Tachometers, horn, engine start button, steering wheel,setup switch, optional paparan LCD dan banyak lagi functions on the dashboard dalam kereta itu.Geram, rasa nak tekan-tekan semua, nak tengok function kereta ini macam mana. "Alah...You know ferrari, right?" Kalau nampak depan MidValley Megamall orang sanggup berhenti snap gambar.Kalau tidak sekalipun, orang snap curi-curi. Upload dalam facebook, twitter. Caption : "Terbaik der!!.Kau ada...??" Lumrah kereta mahal. Tapi... Apakata kalau pemilik kereta itu cuba menggunakan car cover, kain lebar atau apa saja untuk menyelubungi atau selagi tidak mahu menampakkan kereta mahal itu? Adakah kereta itu akan jadi perhatian? Adakah setiap perincian kereta itu dapat ditelitikan? Warnanya, kilatnya, bentuknya, kedudukan lampunya, cantik atau tidak, fungsinya. Adakah kereta itu menjadi khayalan imaginasi 'Si Pemerhati'? Jangankan kereta Ferrari, kalau kereta Kancil enjin berkuasa turbo pun orang akan jeling sikit-sikit. Macam itu juga aurat wanita, Di bawa ke mana oleh badan bernyawa, Ada pemerhati galak matanya, Mencari ruang untuk 'meneroka', Hati-hati dengan nafsu mereka, Tolonglah wahai kaum hawa, tolong jaga, Betapa mahalnya nilai diri anda. Semahal-mahal kereta Ferrari, Mahal lagi auratmu wahai ukhti, Persembahkan untuk suamimu nanti, Bukan kepada golongan ajnabi, Barulah kau digelar Bidadari, Insyallah duniawi dan ukhrawi. "Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup aurat (keaiban) kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa ialah pakaian yang terbaik." (Surah al-A'raf ayat 26)