meaning of life

Allah menguji hamba-Nya dengan cara yang paling unik, apabila menjadikan kekurangan itu juga satu anugerah..

setiap kali duji bisikkan ke hati.. ALLAH sedang mendidik, bukankah itu bererti ALLAH menyayangi mu?

ALLAH tidak melupakanmu..

kenang DIA dalam setap ujian-NYA!


betapa banyak kepahitan masa lalu menjadi sangat manis pada masa sekarang...

ingat hakikat itu wahai diri yang sedang menangis pada hari ini..

ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu ALLAH yang maha luas!


belajar dari kesilapan masa lalu, cinta pada tugasan masa kini, bersangka baik pada masa akan datang...

INSHAALLAH akan ada senyuman di hati dan bibirmu.. :)




"Then when you have taken a decision, put your trust in Allah."
[ Surah Al-'Imran ; 159 ]

"Anyone whom Allah intends good, HE makes them to suffer from some affliction (test/pain)"

-Riwayat Al-Bukhari

It takes some pain to have those wonderful miracle and gift. Allah is listening to you you and you! HE KNOWS, EVERY SINGLE THING... ;)


Thursday, July 24, 2014

Dakwah.. back to basis



“errr... apa yang ustaz maksudkan tu?” dia bertanya penuh bingung dan risau.

“enta dah terlupakan rumah dan seisinya....” jawab ustaz dengan penuh santai.



IBU DAN BAPA

Segala aktiviti kita perlukan keizinan individu ini. Bukan sekadar memberitahu, tapi meminta izin mengikut style dan kepakaran masing-masing..
Saya ulang.... bukan sekadar memberitahu, tapi meminta izin..

Selalunya masalah ini kecil bagi ikhwah kerana mereka diyakini lebih berani dan berdikari.... dan masalah perempuan rogol lelaki pun jarang timbul.. paham kan?

Bagi ikhwah dan akhwat terutamanya, jika keinginan anda untuk bermujahadah bersama para sahabat terchenta tidak mendapat keizinan, adakah mujahadah itu terbantut di situ saja?
Ikhwah dan akhwat sejati boleh bermujahadah walau di mana pun dia berada.. tak kisah lah walaupun penglibatannya dalam jaulah, mukhayyam dan daurah kadang kala tidak mendapat keizinan ibu bapa.

Check balik niat.. 
Kita join program itu semua sebab nak mendekati Allah atau mendekati para sahabat semata-mata? 
Berjaulah sampai beratus-ratus kilometer merentas benua sebab nak berjimba atau nak mengejar syurga? 
Atau hanya nak pegi melancong dengan beralaskan kalimah ‘jaulah’ supaya ia kelihatan fisabilillah?
Berbaloikah kita melukakan atau menyakitkan hati mereka dengan niat mengejar syurga? sedangkan syurga itu di bawah tapak kaki ibu kita? 

Usaha lah..
Cuba yakinkan mereka dengan mujahadah kita.
Bagaimana?
Tunjukkan akhlak yang baik kepada mereka. Or at least, better than diri kita sebelum ditarbiyah.
Moga-moga Allah perbetulkan langkah kita, dan membuka hati ibu dan bapa untuk menyokong jika ianya benar.




ADIK-BERHADEK

Mungkin, kita jenis yang kiasu-miasu (takyah check kamus..) ..
Kita tak dengar music lansung, sampai paluan kompang walimah pun kita rasa nak terbakar.
Pantang tengok movie, trailer pun kita dah naik menyampah.
Jangan kata ikhwah pakai seluar 3 suku, ikhwah pakai jeans pun kita dah usha besar kecik... eh (tiada kaitan dengan inche dolche mahupun inche gabbana)

Tiba-tiba kita diuji...
adik kita sendiri main game tak henti! Kakak kita duk bermatsurat One Direction tiap-tiap hari!
HAAA! Amekau! Apa kita nak buat?
Hapuskan semua tu? Bakar playstation? Ambik hard disk penuh korean drama kepunyaan kakak dan bagi makan lembu?? Benarkah itu semua perlu?

Anologinya begini,
Jika anda terlihat seorang yang sedang lemas, apakah tindakan anda untuk menyelamatkannya?
Adakah dengan hanya duduk di tepi dan beri arahan supaya dia pandai berenang sendiri sedangkan sudah nyata dia tak reti?
Atau..
Anda terjun masuk ke dalam air, berenang menghampirinya dan selamatkannya?

Apa yang saya ingin sampaikan ialah,
Jika anda kesan yang saudara anda dalam keadaan futur, jahiliyyah dan perlu diubah, selaminya dan cuba untuk menariknya keluar.
Contoh? Jika adik anda seorang gamer tegar, main game dengan dia! .......... eh........ Ya! Main game dengan dia, cuba fahaminya dan tarik dia keluar.
Contoh lagi? Abang anda semangat nak tengok match FIFA, anda tengok sama-sama dengan dia.. pastu boleh ajak dia qiam sekali ye dak?
Elakkan mengikut perkara yang melanggar syariat. Seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.
Tapi awas.... Jangan pula kita yang terikut lagha sama-sama. Sedangkan menjadi penyelamat bagi orang yang lemas pun punyai risiko diri sendiri yang lemas, inikan pula menyelamatkan saudara yang sedang hanyut dalam arus ghazwul fikr.

Tiba masanya mereka yang terasa diri mereka mampu membimbing ini ‘turun padang’, bukan hanya memaksa orang mencari cahaya yang mereka sendiri belum pernah nampak... Selamatkan permata yang hilang kilauannya kerana tertimbus dalam lumpur, tapi kita perlu menyelam dalam lumpur itu dulu.

Susah? Siapa kata dengan bersenang-lenang kita boleh masuk syurga?

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dankeluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan” [At-Tahrim : 6]




Ramai, termasuklah diri ini, sibuk mengejar sesuatu... tetapi tidak sedar, yang dikendong berciciran... Keluarga sendiri dilupakan..
Bayangkan alangkah seronoknya jika kita berjaya masuk ke syurga, dan dapat bersama-sama keluarga kita di syurga juga..


Ini juga mujahadah... percayalah..  

sumber:teme

mamat-mamat yang mukanya licin menawan

assalamualaikum :)

post ini bertujuan untuk peringatan diri sendiri...
diri ini kadang kala lupa bahawa hidup ini untuk Allah...
so kadang-kadang kita perlukan tamparan... 
mungkin sepakan untuk diri ini sedar...
diri ini.. 
bukan korang..

sesiapa yang nak berkongsi peringatan ini, baca dengan lapang dada...
baca sampai habis untuk mengelakkan salah faham ya?
tiada gunanya saya menulis jika bukan kerana risau pada DIRI SENDIRIdan saudara seislam yang semakin hanyut seperti buih di lautan..

macam seram sangat pulak...
relaks, tarik nafas..
santai..
makan biskut..

firman Allah
“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk beribadah kepada-Ku
-Surah az-Zariyyat : 56

Imam Muda Fakhrul telah menjelaskan maksud ayat ini ketika satu talk yang saya hadiri..
yang mana penggunaan perkataan dalam ayat tersebut membawa maksudTUJUAN HIDUP MANUSIA DAN JIN tidak lain dan tidak bukan..
untuk 100% beribadat kerana Allah..





 pandai-pandai translate sendiri.. satu arah = ?????






(nama band tadi hanyalah contoh tau!.. please jgn emo... hehehe)

ok sambung balik....
saya yakin pembaca-pembaca dah mumaiyiz semuanya..
pandai beza yang mana baik dan yang mana buruk...
jauh di sudut hati kalian ada perasaan yang yang tak kena dengan situasi ini.. 
admit it.. 
sebab di hati kita masih ada cinta pada Allah dan Rasulullah..

tetapi, syaitan telah bersumpah untuk menyesatkan manusia, menarik kita ke neraka,
maka mulalah syaitan berbisik..

  • "ini waktu youth kau! kau kene enjoy! sape mamat teme ni nak tegur kau??! dia bukan sempurna pun!"
  • "die ingat senang ke kau nak lupekan perkara yg kau minat??" 
  • "kau tak tinggal solat pun! minat-minat camni bukan dosa pun! aku syaitan! aku pakar bab-bab dosa!"
  • "kau tak perlukan teguran sesiapa! budak teme ni sebenarnya lagi teruk dari kau masa muda2 dulu!"
  • "kau perlu bebas!! kau perlu bebas!! temani aku ke neraka!"

atau mungkin syaitan gunakan cara yang lebih licik untuk tembusi hati kita..
but wait..
what if syaitan betul-betul cakap macam tu?
kita nak ikut kata syaitan kah?

GHAZWUL FIKR.. (serangan saraf)
penyakit yang merbahaya.. tapi tak menyakitkan..
menyerang kita dalam senyap..
seperti maggie al-boikotty, sedap, tapi memudaratkan..

gunakan pemikiran islam anda..
jangan gunakan nafsu remaja yang banyak silap...

mungkin ada yang cuba keluar dari rasa serba-salah....
dengan bantuan syaitan, hati pun berbisik
"mereka bukan obsession kau pun.. kau cuma suka tengok muka mereka yang cute-cute tu je, theres nothing wrong with that"
jawablah keraguan hati anda dengan firman Allah..
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Surah An-Nur: 31



Media barat telah berjaya pesongkan kita hinggakan kita kuncikan dalam minda yang
"YOUTH/TEENAGE TIME IS FUN TIME"
maka kita bazirkan tenaga dan semangat remaja kita untuk perkara sia-sia...

sedangkan remaja ialah pemegang panji kemenangan islam di sesuatu zaman...
nak cerita sikit (padahal dari tadi duk cerita je)....

Pernah dulu, seorang pemuda bertanya Saidina Ali. Ketika itu Saidina Ali ialah khalifah. Pemuda itu bertanya,
“Ya Amirul Mukminin, mengapa di zaman khalifah sebelum kamu, keadaan tidak runcing, kacau, dan gawat seperti zaman pemerintahanmu?” 
Lalu jawab Saidina Ali,
“Kerana pada zaman mereka menjadi khalifah, pemuda-pemuda di zaman itu ialah pemuda seperti aku, sedangkan di zaman aku menjadi khalifah, pemudanya seperti kalian!”.

jadi persoalan sama teme utarakan,

  • mengapa pada zaman kita, umat islam bergaduh sesama sendiri?
  • mengapa pada zaman kita, umat islam menzalimi diri sendiri dan orang lain?
  • mengapa pada zaman kita, umat islam tidak endah akan kesengsaraan saudara islam mereka?
  • mengapa pada zaman kita, kita tidak dapat kongsikan keamanan kita dengan saudara-saudara islam seluruh dunia?

jawapannya ada pada petikan perbualan Saidina Ali tadi..

Imam as-Syahid Hasan al-Banna ada berpesan:
"Ketika ada setiap kebangkitan ummat, pastilah pemudamenjadi tiangnya, di setiap sebalik pemikiran manusia, pastilahpemuda menjadi pengibarnya."

wahai pemuda.. sedarkah perananmu kepada dunia?
sedarkah kepentinganmu dalam islam?
sedarkah tenagamu mampu menggoncang dunia?

***tiba2 kumpulan nasyid Raihan datang
"berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah.."
-petikan lagu Raihan
tetapi haruslah kita ingat
setiap makhluk akan merasai kematian... kematian tak kenal usia...
saya akhiri dengan peringatan bersama..

sediakan hujah yang mantap untuk bertemu Allah dan bercerita tentang perjuangan kita ketika remaja..
selamat bermujahadah.. 

assalamualaikum bakal-bakal jenazah sekalian..
YOLO!

sumber:teme

Maafkan dia, dia dah jumpa buah hati...

Dia semakin jauh,

Dia tak serupa dulu,
Kau keliru,
Kesan kepelikan padanya terlampau jelas hingga kau buntu,
Adakah dia terkena rasukan hantu?



Kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali?
Adakah dia tak ingin bergaul lagi?
Mana pergi kawan lagha yang dulu kau kenali?
Atau ada sesuatu yang kau belum fahami?
Apa yang telah dia temui?



Kerana dia sedar karat dalam jiwa.
Terlalu lama tumbuh dalam dodoian dunia, fitnah yang mereka cipta sejak mula.
Kini dia sedar dia sepatutnya ke mana. 


Janganlah marah dia,
Janganlah buka aibnya sedang dia telah kembali bertaubat padaNya,
Janganlah mengungkit kesalahnya,
Dia semakin kenal kenapa dia dicipta.

Jomlah ikut sama?
Kita bermadu dalam cuka, kerana syurga itu lebih manis dari segalanya...
Kat sanalah tempat berehat selama-lama..

..........................................................................

Wahai si pelik sekalian..
Kenapa kau pelik bersendirian?
Bukankah nikmat balasan kepelikan itu lebih manis untuk dikongsikan?
Mungkin dalam seribu kritikan dan tomahan, dia sedang menunggu ajakan?
Kenapa kau rahsiakan?
Mana hilangnya risau pada teman-teman?

Tabah,
Kau boleh,
Sikit lagi... Pujuk diri... Ada syurga menanti...
Lawan nafsu, ketepikan semua amalan jahiliyyah, lakukan semua yang Allah perintah..

Ada masalah?
Itu tandanya Allah sayang,
Kau sedang dilatih menjadi hebat,
Kerana ahli syurga semuanya hebat-hebat.

Buat dosa?
Rasa kotor & hina?
Rasa tak layak berada di landasanNya?
Memang, ada rasa nak simply delete history kejahilan & dosa.
Bertaubatlah, Dia Maha Pengampun,
Tapi jangan ambil kesempatan di atas pengampunan itu untuk berniat melakukan dosa semula...
GERAK! KAU BOLEH! 
MOGA KITA JUMPA 'NANTI'!

sumber:temerity


Wednesday, July 23, 2014

[Recall 10 muwasofat tarbiyah]

1. Akidah yang sejahtera (salimul aqidah)

2. Ibadah yang sahih (sahihul ibadah)

3. Sihat tubuh badan (qawiyyal jism)

4. Akhlak yang mantap (matinul khuluq)

5. Luas pengetahuan (mutsaqqafal fikri)

6. Mampu berdikari (qodirun ala kasbi)

7. Bermujahadah melawan nafsu (mujahadah ala nafsi)

8. Sangat menjaga masa (haarithun ala waqtihi)

9. Tersusun dalam urusannya (munazzamun fi syu'unihi)

10. Bermanfaat kepada orang lain (nafi'un li ghairihi)

Tuesday, July 22, 2014

DERHAKA DALAM CINTA


Aku ingin  mengimbau kisah 15 tahun yang lalu. Begini kisahnya:
Matanya merah. Tangisannya jelas kedengaran. Bahunya naik turun menahan sebak.
“Tak sangka ustaz, kami bercinta sekian lama. Tiba-tiba dia memutuskan. Apa salah saya? Mengapa dia pilih perempuan tu?”
Saya diam. Adik lelaki yang menemaninya juga terdiam.
“Saya tak akan maafkan dia. Sumpah. Habis masa dan usia saya selama ini menantinya. Saya sakit hati ustaz…”
Saya terus diam. Saya beri laluan untuk dia bersuara dan mengalirkan air mata. Biar diluah apa yang dipendam agar tidak bersarang menjadi dendam. Putus cinta memang menyakitkan. Ketika putus cinta harga diri seseorang akan jatuh ke peringkat paling rendah. Demikian, menurut ahli psikologi.
“Saya dendam ustaz. Orang yang paling saya cintai sanggup khianat pada saya. Apa dosa saya ustaz…” katanya bertalu-talu, lebih sayu. Suara yang bercampur esakkan itu sangat menghibakan.
“Cik, agaknya mengapa semua ini terjadi?” soal saya perlahan. Cuba mengalih arah perbualan. Bilik berdinding kaca tempat pertemuan kami itu menghadiahkan keadaan ‘privacy’ yang terjaga syariatnya.
Dalam diam, saya akui bahawa pertanyaan tersebut lebih bersifat ‘meraikan’. Saya ajukan semata-mata untuk membuktikan yang saya masih mendengar. Saya sedar pada saat-saat seperti itu, dia sangat memerlukan perhatian dan simpati. Ada masanya suatu masalah itu tidak perlukan penyelesaian tetapi hanya inginkan perhatian.
“Sebab dia dapat yang lebih cantik! Lebih baik!” katanya agak kuat.
“Jika hanya kerana itu, percayalah bukan sahaja cik yang menderita tetapi dia juga akan menderita.”
“Itu saya tidak peduli. Yang penting sekarang ialah saya rasa sangat menderita.”
Saya menggeleng-gelengkan kepala, lantas bertanya,” siapa sebenarnya yang cik cintai? Kekasih cik atau diri cik sendiri?”
Dia nampak terkejut dengan kenyataan itu.
“Kalau benar cintakan dia, cik tidak ingin dia menderita. Tetapi jika derita cik sahaja yang difikirkan, cik bukan menyintainya tetapi cik hanya cintakan diri sendiri.”
Dia tersentak. Sedikit terkejut. Tidak lama dia kembali bersuara, “saya mencintainya, sebab itulah saya ingin bersamanya.”
“Cinta tidak semestinya bersama. Kasih tidak bererti memiliki. Sebab itu pujangga sering mengungkapkan, cinta tidak semestinya bersatu. Cinta tidak membelenggu tetapi membebaskan!” jawab saya. Ingin saya kongsikan sedikit ilmu cinta dengannya.
“Nak biarkan dia bebas? Maaf, dia telah banyak bersalah pada saya…”
Tanpa memperdulikan kata-katanya saya meneruskan, “cinta itu membebaskan, memaafkan dan memberi. Bukan cinta namanya jika kita ingin membelenggu, berdendam dan ingin mendapatkan sesuatu dari yang dicintai.”
“Saya ingin terus bersamanya sampai mati!”
“Cik tak akan sanggup. Cik sebenarnya bukan cintakan dia tetapi cintakan diri sendiri. Jika tidak mampu memaafkan yang hidup, jangan harap kesetiaan sampai ke mati.”
Tanpa mengendahkan apa yang saya luahkan, dia berkata, “ mengapa dia sanggup berbuat begitu? Kejam!”
“Cik hanya fikirkan perasaan dan kesenangan diri cik sahaja.”
Ya. Dia memang kejam.”
“Kita pun tidak kurang kejam…”
“Ustaz tuduh saya kejam?”
“Saya maksudkan kita, bukan cik sahaja. Kita semua memang kejam.”
“Mengapa pula?”
“Kita kejam kepada diri kita sendiri.”
“Bagaimana pula tu?”
“Dengan tidak cintakan Allah, kita kejam dengan diri kita sendiri!”
“Ustaz, jangan libatkan cinta Allah. Saya bercakap tentang cinta sesama manusia.”
“Saya tetap kaitkan cinta manusia dengan cinta Allah. Hanya dengan cinta kepada Allah sahaja dapat mendamaikan cinta kita sesama manusia.”
“Mengapa?”
“Kita derhaka dalam cinta kita kepada Allah. Allah memberi nikmat yang bukan sedikit. Kita balas dengan taat yang sekelumit. Malah, ramai antara kita yang bukan sahaja tidak menggunakan nikmat itu untuk taat, malah digunakan ke arah maksiat.”
“Ustaz saya ingatkan sekali lagi… saya bercakap tentang cinta manusia bukan cinta Allah. Semua orang tahu Allah wajar dicintai.”
“Maafkan saya. Fikirkan sejenak, jika kepada Allah yang banyak berbudi dan berjasa itu pun manusia tega berpaling, apalagi pada manusia yang budi dan jasanya cuma sedikit.”
“Apa kaitannya semua ini dengan cinta saya?”
“Allah Maha Sabar, walaupun ramai manusia yang berpaling daripada cintaNya, tetapi Allah terus-terusan mencintai manusia…”
“Apa buktinya?”
“Buktinya Allah terus memberi… Memberi nikmat dan pengampunanNya. Allah tidak pernah jemu dan berhenti memberi nikmat dan menghulur pengampunan.”
“Ertinya, cinta itu memberi dan memaafkan?”
“Ya. Begitulah. Siapa yang paling cinta, dialah yang paling banyak memberi dan mengampunkan.”
“Jadi saya tidak mencintai kekasih hati sayalah…” luahnya perlahan. Riak wajahnya suram.
Saya diam. Tidak sampai hati untuk menyatakan bahawa dengan tidak mencintai Allah, kita bukan sahaja tidak mencintai orang lain, malah tidak mencintai diri sendiri!
“Kita sering salah meletakkan cinta. Sedangkan ahli hikmah berpesan, cintailah sesiapa yang mencintai kita bukan orang yang kita cintai. InsyaAllah, barulah cinta kita berbalas. Justeru, siapa lagi yang paling mencintai kita selain Allah? Oleh itu siapa yang mencintai Allah, pasti berbalas… dan itulah keharmonian dalam bercinta.”
“Saya bercakap tentang cinta manusia…” dia terus mengingatkan saya.
“Cinta sesama manusia tidak boleh meminggirkan cinta Allah. Cinta soal hati. Hati-hati manusia hanya dapat disatukan oleh Allah.”
“Maksud ustaz? Saya tidak cinta Allah?”
Tanpa respons pada pertanyaan itu, saya sebaliknya terus menjelaskan, “cinta sesama manusia mesti didasarkan cinta Allah!”
“Kami memang bercinta kerana Allah. Tetapi dia mengkhianatinya.”
“Jika benar cinta kita kerana Allah, mana mungkin ada marah, dendam dan kecewa…”
“Lepaskanlah cintanya jika takdir Allah menetapkan begitu,” nasihat saya.
“Mengapa harus saya lepaskan?”
“Kerana Allah inginkan kita mencintaiNya. Putus cinta sesama manusia untuk menyambung cinta dengan Allah.”
“Tapi…”
“Tidak ada tapi-tapi lagi. Sekiranya kita terus enggan, kita akan alami putus cinta sesama manusia lagi. Bukan sekali bahkan berkali-kali.”
“Tidak semudah itu ustaz menghukum. Cinta ini kompleks dan rumit,” bidasnya perlahan.
“Kita yang merumitkannya. Sifir dalam bercinta mudah: Pertama cintai Allah, kedua cintai diri sendiri dan ketiga barulah cintai orang lain.”
“Bagaimana dengan sakitnya hati ini?”
“Ini ubat sebenarnya. Allah sendiri menegaskan dalam surah Al Baqarah, ada perkara yang kita tidak suka tetapi itu sebaliknya baik untuk kita. Sakit ini ubat. Pedih ini penawar.”
“Habis, cinta kepada Allah sahajalah, cinta dengan manusia bagaimana?”
“Allah akan hadiahkan orang yang cintakanNya kepada orang yang mencintaiNya.”
“Subhanallah. Layakkah saya untuk itu?”
“Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik. Begitulah sebaliknya. Sebab itu carilah lelaki yang baik sebagai pasangan hidup dengan menjadi wanita yang baik.”
“Bagaimana saya nak jadi baik?”
“Dengan melakukan kebaikan…” ujar saya lembut. Syukur, kemarahan dan kesedihannya agak mula mereda.
“Kebaikan apa yang boleh saya lakukan sekarang?”
“Dengan memaafkan kekasih yang pergi dan memaafkan diri sendiri. Cik layak bahagia. Dia juga layak bahagia.”
“Dia juga lelaki baik?”
“Doakan begitu. Dia lelaki baik tetapi bukan untuk cik. Akan ada lelaki baik lain yang akan datang dalam hidup cik. InsyaAllah.”
“Ohh, saya perlu maafkannya.Saya cuba, insyaAllah. Tetapi apa maksud ustaz dengan memaafkan diri sendiri? Saya tidak faham.”
“Memaafkan orang lain sama seperti memaafkan diri sendiri. Apabila kita memaafkan, jiwa kita akan tenang, fikiran kita akan lapang. Dendam, marah dan kecewa kepada seseorang akan lebih memusnahkan diri kita sendiri berbanding orang yang menjadi sasaran kemarahan dan dendam kita,” terang saya panjang lebar.
“Mungkinkah dia kembali?”
“Tidak mustahil jika cik juga kembali…”
“Saya kembali?”
“Ya, kembali kepada cinta Allah!”
Ya… itu cerita 30 tahun yang lalu. Minggu lalu, saya bertemu kembali dia dan suami serta dua anak kembar comelnya di kaki sebuah masjid ketika sama-sama menyertai majlis ilmu.
“Ini suami saya ustaz,” katanya memperkenalkan. Kami bersalaman.
“Ini?” tanya saya sambil mengusap kepala dua anak yang comel di sisi mereka.
“Ini buah hati kami berdua,” kata suaminya sambil tersenyum. Kacak dan segak dengan janggut dan misai yang terurus rapi.
Sebaik masuk ke masjid… terus saya sujud syukur. Ya Allah besarnya kurniaan Mu. Ketika hamba Mu ingin kurnia pada kadar yang cepat, sebaliknya Engkau memilih untuk memberi pada waktu yang tepat. Sungguh, wanita itu tidak akan menangis 15 tahun yang lalu sekiranya dia nampak ‘hadiah’ yang telah Allah kurniakan sekarang.
Sungguh… hamba meminta dengan keterbatasannya, Allah memberi dengan kesempurnaanNya!
sumber:ustaz pahrol muhd juoi
Buat mereka yang pernah patah hati, disakiti, dikecewakan, ditinggal pergi. 

Yakinlah.
Di sebalik penolakan,
akan ada penerimaan yang jauh lebih baik.
dear sis,
stay strong