meaning of life

Allah menguji hamba-Nya dengan cara yang paling unik, apabila menjadikan kekurangan itu juga satu anugerah..

setiap kali duji bisikkan ke hati.. ALLAH sedang mendidik, bukankah itu bererti ALLAH menyayangi mu?

ALLAH tidak melupakanmu..

kenang DIA dalam setap ujian-NYA!


betapa banyak kepahitan masa lalu menjadi sangat manis pada masa sekarang...

ingat hakikat itu wahai diri yang sedang menangis pada hari ini..

ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu ALLAH yang maha luas!


belajar dari kesilapan masa lalu, cinta pada tugasan masa kini, bersangka baik pada masa akan datang...

INSHAALLAH akan ada senyuman di hati dan bibirmu.. :)




"Then when you have taken a decision, put your trust in Allah."
[ Surah Al-'Imran ; 159 ]

"Anyone whom Allah intends good, HE makes them to suffer from some affliction (test/pain)"

-Riwayat Al-Bukhari

It takes some pain to have those wonderful miracle and gift. Allah is listening to you you and you! HE KNOWS, EVERY SINGLE THING... ;)


Friday, October 16, 2015

Terbaik bagimu

Rasaku kamu ada
di setiap sedih dan juga senangku
rasanya kamu sudah menjadi bintang
terang hidupku

Masih kurang rasaku
mencintai hatimu
ingin aku jadi terbaik bagimu

Masih kurangkah aku
menyayangi hatimu
mahu aku mengganti setiap
sukar mu dengan tenang

Rasaku kamu ada
di saat senyum juga tangisku
Rasanya Kamu sudah jadi yang
terbaik bagi aku

Masih kurangkah aku
menyayangi hatimu
mahu aku mengganti setiap
sukar mu..


with love,
Azalea
#terbaikbagimulirik

Monday, April 27, 2015

SYED MOKHTAR ALBUKHARY


# 49 Nasihat Syed Mokhtar Al-Bukhary. Khas Buat Para Usahawan & Bakal Usahawan.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia- ia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Tambahan Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergulong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunohan kegiatan amal orang Melayu dan Islam.

Sunday, April 26, 2015

He doesn't love you,Dont be a fool.


Dont get people fool us.
if they are serious come & talk to our father.
dont make ourself so cheap.

Ya Allah protect me & save me from Dunya.

Ya Allah keep me strong.
Lebat hujan dalam hati ni.I dont want to have couple before Nikah. Ya Allah give me the person who are serious relationship to get married.Ameen.

Thursday, April 23, 2015

Hadiah Buat Ibu Yang Terbaik Adalah Sebuah Perhatian

       Hadiah buat ibu yang diinginkan olehnya hanyalah sebuah perhatian dan kasih sayang 
Bukanlah wang ringgit yang sangat diharap oleh seorang ibu dari anaknya.
Tiada hadiah buat ibu yang lebih bernilai melainkan kasih sayang dan perhatian dari anak-anaknya.
Hadiah kasih sayang ini terdapat dalam berbagai bentuk yang boleh kita hadiahkan dengan penuh keikhlasan.

Hadiah buat ibu #1 – Kehadiran

Buatlah ibu merasa kehadiran anda dengan sering menziarahinya sekerap mungkin.
Menziarahi ibu tidak sama dengan melawat museum dimana anda datang, lihat dan pergi. Ibu anda bukan sebuah artifek yang dipamerkan di museum.
Duduk dan berbuallah dengannya. Makanlah bersamanya. Sekali-sekala tidurlah di rumahnya walaupun rumah anda dekat dengan  rumahnya.

Hadiah buat ibu #2 – Senyum

Senyumlah bila bertemu dengan ibu anda.
Jangan merungut, gelisah dan berwajah muram semasa menziarahinya kerana ini akan menyusahkan hatinya. Sebaliknya senyumlah kerana senyum akan memberi ketenangan kepada ibu anda.

Hadiah buat ibu #3 – Ucapan

Ucapkanlah terima kasih atas segala-segalanya kerana membesarkan anda. Katakan anda sayangkan ibu anda. Ucapkan kata-kata pujian atas segala kelebihan dan keistimewaannya.
Ucapkanlah bahawa anda memohon maaf atas segala kesalahan yang pernah anda lakukan kepadanya. Kalau semua ucapan itu anda boleh ucapkan kepada orang lain, ibu anda lebih berhak mendengar ucapan-ucapan itu dari anda.
Dia tentu rasa bahagia mempunyai anak seperti anda.

Hadiah buat ibu #4 – Sentuhan

Jangan pernah merasa jijik untuk menyentuh ibu anda yang pernah membersihkan najis anda dengan tangannya ketika anda kecil. Salam dan cium tangannya, peluk dan ciumlah dia.
Dengan cara ini dia akan merasa anaknya dekat dengannya.
Jika dia merasa lenguh-lenguh, urutlah dia walau tidak diminta. Jika dia pening picitlah kepalanya. Ini akan membuat ibu rasa bahagia dibelai oleh anaknya.

Hadiah buat ibu #5 – Mengalah

Sekiranya pendapat anda tidak sehaluan dengan ibu anda elakkan pertengkaran dan mengalah demi menghormati dan menjaga hati ibu anda.
Dengan mengalah hati ibu menjadi lembut dan mungkin ia akan  pertimbangkan semula pandangan anda.
Sekiranya kehendaknya tidak menimbulkan masaalah, apa salahnya kita mengalah dan akur dengan kemahuannya walaupun mungkin kita kurang setuju dengan kemahuannya.

Hadiah buat ibu #6 – Pendengar yang setia

Ibu anda mempunyai telalu banyak perkara yang ingin diceritakan kepada anda tentang pengalaman dan petua-petua yang dia ketahui.
Jadilah pendengar yang setia kepada ibu anda walaupun cerita itu telah anda dengar beberapa kali.
Jangan mencelah, memperleceh atau tidak endah semasa ibu bercerita. Ini akan membuat ibu anda kecil hati. Sebaliknya jadilah pendengar setia ibu anda walaupun tidak semua yang anda setuju dengan cerita itu.

Hadiah buat ibu #7 – Membantu pekejaannya

Bila ibu anda telah mencecah usia emas dia tidak berupaya lagi membuat  kerja-kerja mengemas dan mencuci.
Tak berupaya lagi membetul dan membaikpulih alatan di rumah. Tak berupaya membuat kerja-kerja yang dahulunya ia mampu lakukan disebabkan faktor usia.
Adakanlah masa dimana anda dapat meringankan kerja-kerjanya yang dia tidak berupaya melakukannya lagi. Ini adalah hadiah yang sangat bernilai baginya.

Hadiah buat ibu #8 – Bawa ibu berjalan

Diantara perkara yang boleh membuat ibu gembira ialah bila anak-anaknya membawa dia berjalan, terutama ke tempat yang dia sukai.
Anda tidak perlu membawa ibu anda melancong ke luar negara untuk membuat ibu anda gembira.
Kadang-kadang memadai anda membawa ibu anda pulang ke kampong asalnya dan itu sudah cukup membuat dia gembira. Aturkanlah untuk berjalan ke tempat kesukaan ibu bukan kesukaan anda.
hadiah buat ibu

Hadiah buat ibu #9 – Doa

Tiada hadiah lebih besar dari doa anak-anak untuk kesejahteraan ibu mereka. Doakanlah ibu anda setiap hari, kerana ibu anda juga tidak pernah lupa mendoakan anak-anaknya.
_BLOG AKU ISLAM-

Monday, October 20, 2014

monolog hari lahir

 Entah mengapa,dihari lahir kali ini hatiku sayu sekali.ucapan tahniah dan hadiah yang melimpah,tidak dapat mengusir segala kesepian yang menjengah.hati terpasung oleh kata-kata yang pernah diucapkan oleh saudina ali:
‘’Manusia semua tidur,bila mati baru mereka terjaga’’
                                                           
Kata2 itu menusuk ke lubuk hati.merobek2 sisa2 kegembiraan yang masih tersisa.apakah aku masih tidur?ahh..tidur yang sangat panjang kalau begitu.teringat pula pesan imam ghazali:
‘’ada manusia yang sedang ketawa ria,sedangkan kain kafannya sedang dirobek2’’

Ya,esok ulang tahun kelahiranku.sudah hampir separuh abad aku bernaung dibawah langitMU,YA ALLAH.belum pun aku terasa menjadi hambaMU yang sebenar.masih berpura2.Alangkah alpanya dan berdosanya aku.Apakah sisa umurku masih panjang?atau,hanya seketika lagi?aku tidak pasti.

Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur,hakikatnya umurku semakin pendek.bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan?dan hari ini,esok dan lusa aku menapak lagi..semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan.duhai,tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi..selamat pulakah hari matiku?

Aku belum bersedia untuk bertemuMU,ya ALLAH.walaupun aku tahu,siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu.Ya ALLAH ..segalanya kekuatan hanya  padaMU jua.KAU yang MAHA TAHU apa terbaik buatku,AKU merayu padaMU,Ya ALLAH pada tarikh ini..untuk mengemis keampunanMU dengan tangan yang berdosa,dengan hati yang tercela.jika tidak mengenangkan yang ENGKAU Maha Pengampun,aku tidak dating,YA ALLAH.rasa malu dan hina untuk meminta.Apakah aku diterima.

YA ALLAH..pada hari ini,kupinta leraikanlah segala kekusutan difikiranku.mohon dijinakkan nafsu liarku.Tenangkanlah gejolak hati ini.Wahai yang Maha Adil,kutiplah aku untuk menampung sekalipun di pinggiran rahmatMu.walau sering aku lupa,namun aku sentiasa mendamba.

Entah mengapa,gelombang rasa ini sering datang dan pergi.gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang.jangankan mutmainnah ,malah ammarah pula yang sering melanda.kekadang aku sendiri bertanya ..akukah aku ini?terasa diri bersalin dua,tiga dan..YA ALLAH,jauhkanlahku dari topeng munafik yang menipu daya ini.


Aku bukan hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah.bukan jua umar al khattab yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa.pun bukan seumpama rabiatul adawiyah yang sentiasa berkata’’sesungguhnya istigfarku memerlukan satu istigfar lagi’’
 Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa.hatiku keras amat.kucuba menangis dengan rasa kesal.tapi gagal.mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis?YA ALLAH..kerasnya hatiku ini.mohon dilembutkan.YA Rabbi.atau mohon aku diberi ‘hati’ yang lain.hati yang ada ini bagaikan sudah mati,YA ALLAH.


Aku kembara telah jauh.Namun,kolam hatiku kian keruh.Beban tambah berat,diriku kian penat.urusan kian payah.jiwa semakin gundah.justeru,mudah-mudahan hari lahirku ini aku akan dilahirkan semula.Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMU.yang mampu hidup antara lingkungan takut dan lingkungan harap.Takut,kalau2 dimurkai,harap,minta2 diampun.
Buat sahabat,teman dan kenalan..terima kasih diatas ingatan kalian.pada yang jauh,maafkanku kerana gagal mendekat.pada yang hampir,maaf kerana tidak pandai membelai.Akhirnya,terimalah cebisan kata ini(mungkin ini pun masih dari terowong jiwaku yang gelap gelita)


   Kata pujangga..kita akan temui semula sesuatu yang kita hilang ditempat yang kita kehilangannya.dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang  lebih baik.Teringat aku ungkapan bahasa inggeris yang pernah menjadi hiasan meja sewaktu aku belajar dahulu’’ in life,what sometimes appears to be the end is really a new beginning…’’


Mudah2an..ini adalah permulaan yang baik.ameen YA rabbulalamin….


Yakinlah sesuatu yang ditakdirkan berlaku,pasti berlaku.belajarlah melepaskan.usah dicalarkan iman dengan istilah ‘jika’ atau ‘kalau’.inalillah,redha dan pasrahlah dengan segala istirja’.walau ditangan di bawah mata sendiri,andai ditakdirkan hancur,terlepas dan musnah,pasti punah jua.paling penting,bersangka baiklah…ALLAH akan menyelamatkan,ALLAH akan memberikan ketenangan dan keamanan.pahit jadi ubat.manis jadi madu..tetap menjadi ubat.


Kita didunia umpama layang2 dilangit takdir.kita terbang tinggi,rendah,jauh ,dekat,hanya dilembayung iradahNYA.kita akan terbang selagi ada angin dibekalkan,selagi kertas tidak koyak,selagi rangka masih teguh.tapi apabila tali sudah ditarik,turunlah dengan redha.kita tidak berhak untuk terus ‘terbang’ sekiranya maut menjemput pulang…


very thanks,
life

Saturday, September 20, 2014

Rahsia lelaki Berjaya


APEK tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura.

Tak ramai yang cam atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru-baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya.

‘Apek’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Lim Siong Guan.
Lim untuk pengetahuan anda adalah orang nombor satu di negara itu yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah Singapura.

Jawatan yang disandangnya adalah Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC, atau kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu – Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura.

Punyalah ‘humble’ dan ‘sempoy’ Lim ni, beg duit dia pun tak pernah berganti sejak 10 tahun lalu, siap ada sticker yang cucu-cucunya lekat.

Di pejabat, perkara ‘kecil’ seperti melekatkan setem pun akan dilakukannya sendiri tanpa mengharapkan budak pejabat.

Rutin kerja Lim adalah – empat hari di Singapura, San Francisco, New York, London, Singapura; dan empat hari lagi pusing Asia: Singapura, Mumbai, Tokyo, Seoul, Beijing, Shanghai, Singapura.

Lim juga menolak untuk diberikan limosin sesuai dengan kedudukannya, cukuplah sekadar tuala kecil untuk dia membersihkan diri ketika berada di mana-mana negara yang beliau singgah.

Berusia 67 tahun, Lim digelar ‘Superman’ kerana kesungguhan beliau menjalankan tanggungjawabnya walaupun sudah layak pencen dan duduk di rumah.

Soalan yang paling kerap beliau tanyakan pada pekerjanya adalah – ” Ada tak perkara yang boleh saya bantu untuk membolehkan anda melakukan tugas dengan lebih baik? ”

Agak-agak ada tak mana-mana CEO GLC kat Malaysia ni yang bersikap seperti mana yang ditunjukkan Lim?

Wednesday, September 10, 2014

usahawan muda bella ammara



Veri Inspiring - Kisah Owner Bella Ammara, OSRA and Pudore
Tulisan saya pada tarikh 22 Julai 2013 (Last Year)

Salam.

Hari ini genap 1 tahun Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan ke 1200 pasang hari ini. Selama 1 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa saya bermula? Ini saya, cara saya dan tulisan saya. Baca dan fikirkan.

Saya bermula dengan mengkaji sendiri 'asas-asas pembentukan wang di dunia' semasa saya bekerja as a chemist di makmal aerogel di Nilai. Sebagai seorang Chemist - Google, buku, blog dan youtube adalah kawan baik saya. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney saya telaah. Kimia mengajar saya untuk buat kajian sebelum lontarkan konklusi. Dalam 1 tahun saya mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia, dan saya sedar, kita semua banyak ditipu. Dan saya sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Saya takut. Saya berhenti as a chemist kerana saya rasa makin lama saya kerja makan gaji, saya akan jatuh miskin. Sebab saya jumpa INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Gila.
Saya berhenti.

Saya join banking sebab saya nak tau apa bank buat. Dalam kajian saya - 'Banking System' adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita miskin. Saya join bank as 'Gold Trader'. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan EMAS & PERAK sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas bodoh yang makin jatuh nilai. Duit tidak jatuh nilai. Saya gali isi bank sampai Saya jumpa sistem mereka - 'Fractional Reserve System'. Sistem dimana mereka cipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit dicipta, makin jatuh nilai duit dan makin miskinlah kita. Saya kerja sampai saya sampai matlamat saya - no.1 Gold Trader di bank tersebut. Alhamdulillah saya dapat dan terus berhenti. Saya fikir saya harus ubah diri saya sebelum saya ubah pemikiran orang lain.

July 2012 saya bertunang. Dan 5 bulan selepas itu adalah majlis perkahwinan saya. Duit kawin? ZERO. Kerana saya percaya Allah itu maha berkuasa. Saya nak bina masjid, Allah akan tunaikan. Saya gamble. Dan saya pegang pada kata Rasulullah dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Saya lihat Melayu kita? Rupanya kaum asing lebih percaya pada kata Rasulullah berbanding Melayu kita. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah saya cuba! Cu

ba berniaga. Saya bermula dengan pinjam duit mak saya. RM1,000 untuk buat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang saya Belle. Kenapa saya tak buat loan bank? Sumpah demi Allah saya tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan 'interest/riba' dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Saya nak berniaga kenapa saya nak murkakan Allah? Saya tolak riba. Saya pinjam duit mak.

Saya percaya kuat pada kuasa Allah SWT. Saya cuba jaga solat saya, sedekah saya, kerana sedekah itu penambah rezeki. Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak saya + Jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, saya boleh kawin menggunakan duit saya sendiri (cash), Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang alhamdulillah selesa bersama 2 ekor kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu family members mendapat duit lebih, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri di Setapak dan dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan saya.

Mungkin ini baru 1 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup saya. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 1200 pasang hari ini. Apa yang saya nak cakap. Dunia makin teruk. Saya yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan jatuh miskin kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Hari ini hampir cecah 17% world inflation/year. Keluarlah dari kehidupan 'hanya makan gaji' & carilah duit lebih. Usaha dan ingat! Allah akan bantu. yaAllah dia pemberi rezeki. Saya harap suatu hari nanti dengan rezeki yang saya dapat, saya dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Saya tak kedekut ilmu. Aku boleh bagi 110% ilmu yang aku saya. Jumpa saya. Saya share dan ajar.

Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau bonus tak dapat, cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah dan jujurkah kita semasa bekerja?

HAPPY BIRTHDAY BELLA AMMARA
........................

Hari ini 6 September 2014
Alhamdulilah.
1. Production 10 kali ganda sebulan dari tahun lepas.
2. Berjaya buat brands lain - Pudore dan Osra
3. Berjaya mempunyai studio photography sendiri.
4. Berjaya buka Bella Ammara Shah Alam.
5. Masih berjaya tidak lakukan loan bank dan tidak mempunyai kad kredit.

Masih kuat percaya kuasa ALLAH SWT.