meaning of life

Allah menguji hamba-Nya dengan cara yang paling unik, apabila menjadikan kekurangan itu juga satu anugerah..

setiap kali duji bisikkan ke hati.. ALLAH sedang mendidik, bukankah itu bererti ALLAH menyayangi mu?

ALLAH tidak melupakanmu..

kenang DIA dalam setap ujian-NYA!


betapa banyak kepahitan masa lalu menjadi sangat manis pada masa sekarang...

ingat hakikat itu wahai diri yang sedang menangis pada hari ini..

ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu ALLAH yang maha luas!


belajar dari kesilapan masa lalu, cinta pada tugasan masa kini, bersangka baik pada masa akan datang...

INSHAALLAH akan ada senyuman di hati dan bibirmu.. :)




"Then when you have taken a decision, put your trust in Allah."
[ Surah Al-'Imran ; 159 ]

"Anyone whom Allah intends good, HE makes them to suffer from some affliction (test/pain)"

-Riwayat Al-Bukhari

It takes some pain to have those wonderful miracle and gift. Allah is listening to you you and you! HE KNOWS, EVERY SINGLE THING... ;)


Tuesday, July 22, 2014

DERHAKA DALAM CINTA


Aku ingin  mengimbau kisah 15 tahun yang lalu. Begini kisahnya:
Matanya merah. Tangisannya jelas kedengaran. Bahunya naik turun menahan sebak.
“Tak sangka ustaz, kami bercinta sekian lama. Tiba-tiba dia memutuskan. Apa salah saya? Mengapa dia pilih perempuan tu?”
Saya diam. Adik lelaki yang menemaninya juga terdiam.
“Saya tak akan maafkan dia. Sumpah. Habis masa dan usia saya selama ini menantinya. Saya sakit hati ustaz…”
Saya terus diam. Saya beri laluan untuk dia bersuara dan mengalirkan air mata. Biar diluah apa yang dipendam agar tidak bersarang menjadi dendam. Putus cinta memang menyakitkan. Ketika putus cinta harga diri seseorang akan jatuh ke peringkat paling rendah. Demikian, menurut ahli psikologi.
“Saya dendam ustaz. Orang yang paling saya cintai sanggup khianat pada saya. Apa dosa saya ustaz…” katanya bertalu-talu, lebih sayu. Suara yang bercampur esakkan itu sangat menghibakan.
“Cik, agaknya mengapa semua ini terjadi?” soal saya perlahan. Cuba mengalih arah perbualan. Bilik berdinding kaca tempat pertemuan kami itu menghadiahkan keadaan ‘privacy’ yang terjaga syariatnya.
Dalam diam, saya akui bahawa pertanyaan tersebut lebih bersifat ‘meraikan’. Saya ajukan semata-mata untuk membuktikan yang saya masih mendengar. Saya sedar pada saat-saat seperti itu, dia sangat memerlukan perhatian dan simpati. Ada masanya suatu masalah itu tidak perlukan penyelesaian tetapi hanya inginkan perhatian.
“Sebab dia dapat yang lebih cantik! Lebih baik!” katanya agak kuat.
“Jika hanya kerana itu, percayalah bukan sahaja cik yang menderita tetapi dia juga akan menderita.”
“Itu saya tidak peduli. Yang penting sekarang ialah saya rasa sangat menderita.”
Saya menggeleng-gelengkan kepala, lantas bertanya,” siapa sebenarnya yang cik cintai? Kekasih cik atau diri cik sendiri?”
Dia nampak terkejut dengan kenyataan itu.
“Kalau benar cintakan dia, cik tidak ingin dia menderita. Tetapi jika derita cik sahaja yang difikirkan, cik bukan menyintainya tetapi cik hanya cintakan diri sendiri.”
Dia tersentak. Sedikit terkejut. Tidak lama dia kembali bersuara, “saya mencintainya, sebab itulah saya ingin bersamanya.”
“Cinta tidak semestinya bersama. Kasih tidak bererti memiliki. Sebab itu pujangga sering mengungkapkan, cinta tidak semestinya bersatu. Cinta tidak membelenggu tetapi membebaskan!” jawab saya. Ingin saya kongsikan sedikit ilmu cinta dengannya.
“Nak biarkan dia bebas? Maaf, dia telah banyak bersalah pada saya…”
Tanpa memperdulikan kata-katanya saya meneruskan, “cinta itu membebaskan, memaafkan dan memberi. Bukan cinta namanya jika kita ingin membelenggu, berdendam dan ingin mendapatkan sesuatu dari yang dicintai.”
“Saya ingin terus bersamanya sampai mati!”
“Cik tak akan sanggup. Cik sebenarnya bukan cintakan dia tetapi cintakan diri sendiri. Jika tidak mampu memaafkan yang hidup, jangan harap kesetiaan sampai ke mati.”
Tanpa mengendahkan apa yang saya luahkan, dia berkata, “ mengapa dia sanggup berbuat begitu? Kejam!”
“Cik hanya fikirkan perasaan dan kesenangan diri cik sahaja.”
Ya. Dia memang kejam.”
“Kita pun tidak kurang kejam…”
“Ustaz tuduh saya kejam?”
“Saya maksudkan kita, bukan cik sahaja. Kita semua memang kejam.”
“Mengapa pula?”
“Kita kejam kepada diri kita sendiri.”
“Bagaimana pula tu?”
“Dengan tidak cintakan Allah, kita kejam dengan diri kita sendiri!”
“Ustaz, jangan libatkan cinta Allah. Saya bercakap tentang cinta sesama manusia.”
“Saya tetap kaitkan cinta manusia dengan cinta Allah. Hanya dengan cinta kepada Allah sahaja dapat mendamaikan cinta kita sesama manusia.”
“Mengapa?”
“Kita derhaka dalam cinta kita kepada Allah. Allah memberi nikmat yang bukan sedikit. Kita balas dengan taat yang sekelumit. Malah, ramai antara kita yang bukan sahaja tidak menggunakan nikmat itu untuk taat, malah digunakan ke arah maksiat.”
“Ustaz saya ingatkan sekali lagi… saya bercakap tentang cinta manusia bukan cinta Allah. Semua orang tahu Allah wajar dicintai.”
“Maafkan saya. Fikirkan sejenak, jika kepada Allah yang banyak berbudi dan berjasa itu pun manusia tega berpaling, apalagi pada manusia yang budi dan jasanya cuma sedikit.”
“Apa kaitannya semua ini dengan cinta saya?”
“Allah Maha Sabar, walaupun ramai manusia yang berpaling daripada cintaNya, tetapi Allah terus-terusan mencintai manusia…”
“Apa buktinya?”
“Buktinya Allah terus memberi… Memberi nikmat dan pengampunanNya. Allah tidak pernah jemu dan berhenti memberi nikmat dan menghulur pengampunan.”
“Ertinya, cinta itu memberi dan memaafkan?”
“Ya. Begitulah. Siapa yang paling cinta, dialah yang paling banyak memberi dan mengampunkan.”
“Jadi saya tidak mencintai kekasih hati sayalah…” luahnya perlahan. Riak wajahnya suram.
Saya diam. Tidak sampai hati untuk menyatakan bahawa dengan tidak mencintai Allah, kita bukan sahaja tidak mencintai orang lain, malah tidak mencintai diri sendiri!
“Kita sering salah meletakkan cinta. Sedangkan ahli hikmah berpesan, cintailah sesiapa yang mencintai kita bukan orang yang kita cintai. InsyaAllah, barulah cinta kita berbalas. Justeru, siapa lagi yang paling mencintai kita selain Allah? Oleh itu siapa yang mencintai Allah, pasti berbalas… dan itulah keharmonian dalam bercinta.”
“Saya bercakap tentang cinta manusia…” dia terus mengingatkan saya.
“Cinta sesama manusia tidak boleh meminggirkan cinta Allah. Cinta soal hati. Hati-hati manusia hanya dapat disatukan oleh Allah.”
“Maksud ustaz? Saya tidak cinta Allah?”
Tanpa respons pada pertanyaan itu, saya sebaliknya terus menjelaskan, “cinta sesama manusia mesti didasarkan cinta Allah!”
“Kami memang bercinta kerana Allah. Tetapi dia mengkhianatinya.”
“Jika benar cinta kita kerana Allah, mana mungkin ada marah, dendam dan kecewa…”
“Lepaskanlah cintanya jika takdir Allah menetapkan begitu,” nasihat saya.
“Mengapa harus saya lepaskan?”
“Kerana Allah inginkan kita mencintaiNya. Putus cinta sesama manusia untuk menyambung cinta dengan Allah.”
“Tapi…”
“Tidak ada tapi-tapi lagi. Sekiranya kita terus enggan, kita akan alami putus cinta sesama manusia lagi. Bukan sekali bahkan berkali-kali.”
“Tidak semudah itu ustaz menghukum. Cinta ini kompleks dan rumit,” bidasnya perlahan.
“Kita yang merumitkannya. Sifir dalam bercinta mudah: Pertama cintai Allah, kedua cintai diri sendiri dan ketiga barulah cintai orang lain.”
“Bagaimana dengan sakitnya hati ini?”
“Ini ubat sebenarnya. Allah sendiri menegaskan dalam surah Al Baqarah, ada perkara yang kita tidak suka tetapi itu sebaliknya baik untuk kita. Sakit ini ubat. Pedih ini penawar.”
“Habis, cinta kepada Allah sahajalah, cinta dengan manusia bagaimana?”
“Allah akan hadiahkan orang yang cintakanNya kepada orang yang mencintaiNya.”
“Subhanallah. Layakkah saya untuk itu?”
“Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik. Begitulah sebaliknya. Sebab itu carilah lelaki yang baik sebagai pasangan hidup dengan menjadi wanita yang baik.”
“Bagaimana saya nak jadi baik?”
“Dengan melakukan kebaikan…” ujar saya lembut. Syukur, kemarahan dan kesedihannya agak mula mereda.
“Kebaikan apa yang boleh saya lakukan sekarang?”
“Dengan memaafkan kekasih yang pergi dan memaafkan diri sendiri. Cik layak bahagia. Dia juga layak bahagia.”
“Dia juga lelaki baik?”
“Doakan begitu. Dia lelaki baik tetapi bukan untuk cik. Akan ada lelaki baik lain yang akan datang dalam hidup cik. InsyaAllah.”
“Ohh, saya perlu maafkannya.Saya cuba, insyaAllah. Tetapi apa maksud ustaz dengan memaafkan diri sendiri? Saya tidak faham.”
“Memaafkan orang lain sama seperti memaafkan diri sendiri. Apabila kita memaafkan, jiwa kita akan tenang, fikiran kita akan lapang. Dendam, marah dan kecewa kepada seseorang akan lebih memusnahkan diri kita sendiri berbanding orang yang menjadi sasaran kemarahan dan dendam kita,” terang saya panjang lebar.
“Mungkinkah dia kembali?”
“Tidak mustahil jika cik juga kembali…”
“Saya kembali?”
“Ya, kembali kepada cinta Allah!”
Ya… itu cerita 30 tahun yang lalu. Minggu lalu, saya bertemu kembali dia dan suami serta dua anak kembar comelnya di kaki sebuah masjid ketika sama-sama menyertai majlis ilmu.
“Ini suami saya ustaz,” katanya memperkenalkan. Kami bersalaman.
“Ini?” tanya saya sambil mengusap kepala dua anak yang comel di sisi mereka.
“Ini buah hati kami berdua,” kata suaminya sambil tersenyum. Kacak dan segak dengan janggut dan misai yang terurus rapi.
Sebaik masuk ke masjid… terus saya sujud syukur. Ya Allah besarnya kurniaan Mu. Ketika hamba Mu ingin kurnia pada kadar yang cepat, sebaliknya Engkau memilih untuk memberi pada waktu yang tepat. Sungguh, wanita itu tidak akan menangis 15 tahun yang lalu sekiranya dia nampak ‘hadiah’ yang telah Allah kurniakan sekarang.
Sungguh… hamba meminta dengan keterbatasannya, Allah memberi dengan kesempurnaanNya!
sumber:ustaz pahrol muhd juoi
Buat mereka yang pernah patah hati, disakiti, dikecewakan, ditinggal pergi. 

Yakinlah.
Di sebalik penolakan,
akan ada penerimaan yang jauh lebih baik.
dear sis,
stay strong

Monday, July 14, 2014

superhero islam-bridged Al-Qassam


5 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada Pemuda & Pemudi

1) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

2) Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

3) Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

4) Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

5) Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.


terdengar satu perbualan dari seorang yang aku kagumi peribadinya 'pemuda kita di sini masih lena dengan CINTA, kalah dengan ujian, jiwang karat, lemah sangat kita, yang perempuannya pergi market pun nak tangkap gambar update kat insta, pastu ramai duk puji cantik, perasan masing2 syok sendiri, tangkap gambar dengan boyfriend and letak caption with 'my love', bajet macam dah kahwin, tak sedar langsung perbuatan yang kita buat itu akan disoal kelak, yang kita tahu nak seronok, bukan apa lagi elok simpan saja gambar2 itu, kalo tak malu dengan orang lain cukuplah malu pada diri sendiri.

sentap
aku kagum dengan pejuang palestin, malu benar dengan akhlak mereka. Allah masih ada pemuda dan pemudi sehebat mereka di dunia ini.

kiamat itu,
apabila kemegahan dunia runtuh satu persatu,
dibongkar bumi yang selama ini kamu jejaki,
tiada lagi yang dapat menyelamatkan kamu,
mungkin seketika boleh melarikan diri,
air itu makhluk kami lagi patuh arahan penciptaNYA,
tidak seperti manusia yang sering berlari,
lari dari tanggunjawab terhadap tuhanNYA,
menunggu azab berkunjung datang baru ingin SEDAR,
akan ditenggelamkan keangkuhan manusia itu,
kuasa ALLAH mampu menembus seluruh binaanmu,
akhirnya semua akan kembali kepada kami,
tiada terkecuali,
semua bakal binasa menjadi debu,
jika kita merasa kematian itu semakin jauh,ingatlah kematiaan itu semakin dekat.

Siapa saja yang tidak pernah merasa duka?
Siapa saja yang tidak pernah merasa jatuh lemah dan kecewa?
Mustahil ada bukan?
Selagi bergelar manusia,
Selagi itu kau kan diuji dengan segala macam gelora dunia.
Yang dengannya itu akan jadi penentu samada kau beroleh syurga atau neraka.
Apakah kau menyangka kau akan dimasukkan ke syurga tanpa diuji?
Allahu.
Tuhan,
Pandu kami selamanya.

tiada manusia yang mahu berduka,
Allah jangan kau timpakan ujian ke atas kami dengan apa yang tidak sanggup kami memikulnya,
Allah jika ujian ini mendekatkan kami padaMU,
bantulah kami,
berilah pertolongan kepada kami,
kuatkanlah kami,
pandulah jiwa-jiwa kami,
kami mohon padaMU ALLAH,
kembailah kami padaMU dengan sebaik-baik jalan kembali..
Allahumma ameen
Allah, berilah kekuatan kepada GAZA

Wednesday, July 9, 2014

Jangan biarkan Gaza terus berdarah!!


Minggu ini, dunia dan ummah dikejutkan dengan serangan terhadap Gaza oleh Israel. Ketepikan sementara isu nasional, isu ummah ini nyata lebih berhak diberikan perhatian oleh kita. Saat semua rakyat bersolidariti bangkit menentang kezaliman Zionist, ternanti-nanti juga apakah pandangan pemimpin Islam dan pemimpin negara berkenaan isu ini. Masih tertanya-tanya akan peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan Kerjasama Islam dalam isu yang tidak berkesudahan ini. Bukan mencari kesalahan, bukan menunding jari, tetapi dimana tanggungjawab atas keadaan yang mendesak ini? Sampai bilakah Gaza akan terus dirobek kebebasannya? Ia sudah termasuk jenayah antarabangsa yang sekian lama masih lagi tiada jalan penyelasaiannya. 



Mungkin ada yang berkata, tidak payah lah menagih perhatian mereka, biarkan mereka tidak cakna. Malas mahu memaksa dan sebagainya, namun, hendaklah kita tahu, kesatuan ummah ini memerlukan kepimpinan. Jika pemimpin tertinggi negara dan pemimpin negara Islam masih berdolak-dalih dengan pendirian terhadap penindasan umat Islam dan pencerobohan kemanusiaan ini, maka KITA PERLU PAKSA mereka untukPANDANG isu ini. PAKSA DENGAN APA SAHAJA YANG KITA MAMPU. 




Ayuh, bangkit! Sebarkan kuasa laman sosial anda. Tak mampu nak berjuang ke sana, gunakan teknologi, gunakan informasi sampaikan pada yang belum mengetahui. Kejutkan yang masih lena! Mahasiswa yang tahu akan keadaan ini, teruskan mendesak agar kezaliman tumbang! Teruskan dengan cakna dan solidariti anda. Masih ramai yang masih tidak sedar akan kondisi ummah ini.

Doa, berdoa dan berdoa sebanyaknya untuk mereka di sana. Kerana kita semua berkongsi darah yang sama, yakni darah umat Islam. 

“Kita bukan kena jadi mujahidin untuk tahu penderitaan ummah, cukuplah cuba menjadi seorang saudara, cukuplah cuba menjadi seorang manusia” 

GMM MENENTANG KEZALIMAN ZIONIST

TUNTUT PEMBEBASAN UMMAH!!                        

Antara rujukan semasa yang boleh diikuti


sumber:GMM 
Mahasiswa cakna dunia sebenar

ibu di Gaza


Dengan senyuman, para ibu di Gazza menghantar anak lelaki mereka untuk menyahut seruan Jihad mempertahankan Ardhul Anbiya' itu.. Palestin!!.. Israel mula mengistiharkan perang terhadap bumi Gazza, bumi Palestin itu mula berkubang darah para syuhada', mayat2 mula dikeluar dari timbunan runtuhan bangunan yang dimusnahkan, anak kecil yang tidak mengerti itu menangis ketakutan, laungan Allahuakhbar senantiasa di kumandangkan.. agar Israel 'ter ajar' dgn peperangan yang dicipta oleh mereka ini!!

if i have child one day,my child is for UMMAH!
ameen Ya rabb..

Friday, July 4, 2014

menangislah sebelum air mata kita tidak berguna..

Air mata hanya berguna di dunia. Di akhirat, ia sudah tidak bermakna. Di neraka, menagis air mata darah sekalipun tidak mengembalikan kita ke dunia untuk beramal semula.

di dunia, kita perlu banjiri jiwa kita dengan tangisan yang dapat melenturkan jiwa.

Menangislah, jangan sesekali kita ego menitiskan air mata, kita hamba berdosa, tidakkah kita berasa hina?
kita mampu menangis pedih kerana putus cinta,gagal dalam ujian,permintaan tidak dipenuhi,dan sebagainya.mengapa kita tidak mampu menangis atas perkara yang bersangkutan dengan kematiaan,syurga dan neraka kita,dan tuhan kita?

menangislah, sekiranya tidak mampu, buat-buatlah menangis

pernahkah kita menangis ikhlas keranaNya?

sesungguhnya, kita masih punya masa.
sebelum mata tidak mengeluarkan airnya.

"apakah itu wanita, politik dan wang?"


Seorang yang paling ku hormati akhlak dan ilmunya pernah berpesan, "berhati-hati dengan fitnah kecantikan, kekuasaan dan kekayaan."
Ketika aku bertanya, "apakah itu wanita, politik dan wang?" Dia menganggukan kepalanya.
"Dunia", katanya lagi, "umpama gadis yang cantik. Kau bukan sahaja perlu menjaga orang lain tidak mencerobohinya tetapi kau sendiri mesti menahan diri mu agar tidak mencerobohinya."
"Anakku... sesungguhnya yang kedua itulah yang lebih sukar!"

USTAZ PAHROL MOHD JUOI