Awan putih berlangitkan sebiru warna, menambahkan keindahan alam semulajadi. Kecantikan alam yang tiada taranya menyaksikan pelbagai acara pementasan hidup yang beraneka gaya. Maha suci Allah yang menciptakan manusia yang berpasangan begitu juga makhluk Allah yang lain turut memenuhi pelusuk bumi.
Alhamdulillah, kita masih bernyawa menunaikan segala perintahnya, akur dengan ketentuan illahi walaupun penuh dengan pancaroba. Seringkali hidup dicabar dan diuji namun terus berdiri gagah dengan pertolongan Allah SWT.
Mengharungi hari demi hari membuat kita tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa kecil mahupun besar terpendam dilubuk hati dan adakalanya membentuk pelbagai rasa. Pernahkah kita memohon keampunan dariNya? kita sebagai hamba diberikan naluri untuk mengetahui akan dosa-dosa yang dilakukan walaupun tanpa sedar.
Adakah kita insaf?
Sekiranya keinsafan masih menebal pada diri, sebenarnya kita masih lagi menyirami iman kita dengan baja keampunan dari Allah SWT. Jika tidak, jangan dibiarkan dosa-dosa itu menjadi sebati dan kekal selamanya pada hati nurani kerana dari situlah 'air muka' kita akan terbentuk dengan perkara-perkara yang sebenarnya datang dari hati kita sendiri.
Oleh itu, jagalah hati dan kasihanilah kerana dia juga makhluk Allah seperti kita. Tugasnya sangat berat untuk mengawal manusia dari melakukan dosa. Kalau hati kita baik, baiklah kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi. Jika tidak, hati kita akan melakukan sesuatu yang tidak mungkin dijangka.
Tahap iman dalam diri.
Disaat dan ketika ini, ada dikalangan kita mengatakan bahawa apabila seseorang itu dipenuhi dengan iman dan taqwa pastinya berpegang teguh dengan agamanya. Mana mungkin manusia yang bersifat baharu ini tidak akan diuji walaupun hidupnya diselubungi dengan kemewahan melimpah ruah.
Ada juga menyatakan yang menutup aurat itu hidupnya akan menjadi kebal dengan nafsu kerana badannya dilitupi dan tidak akan mudah melakukan dosa berbanding mereka yang tidak berhijab atau tidak menutup aurat.
Dari pandangan saya, bukan mudah untuk memelihara iman, kerana iman kita ini ibarat daun-daun yang berguguran, apabila ia dipukul angin ia akan berterbangan mengikut arus angin. Sesungguhnya, iman itu tidak bersifat kekal dan sentiasa berubah-ubah.
Ada suatu masa kita rasakan hidup ini sangat dekat dengan Allah SWT dan adakalanya tidak. Itulah manusia yang Allah ciptakan, hatinya sentiasa bermain-main dengan perasaan. Kadangkala dengan iman kita terasa indah dan lama kelamaan iman itu semakin hilang dan menjadikan kita manusia yang alpa kepada Allah SWT. Ini kerana keteguhan kita terhadap iman masih diawang-awangan dan menganggap tiada kepentingan dalam mengekalkan iman di dalam diri.
Setiap saat diuji.
Tidak akan senang manusia itu kalau hidup tidak pernah diuji. Sekiranya sentiasa aman dan bahagia kemungkinan kitaran kehidupan kita ini akan kehilangan sesuatu yang dikatakan "ujian dan dugaan".
Ya, saat kita diuji adakah kita sedar akan ujian diberikan? Manusia sentiasa leka dengan kesibukan dunia sehingga lupa kepentingan akhirat yang perlu diutamakan. Apa yang mereka ingat adalah nikmat dunia. Sehingga manusia menjadikan dunia itu sebagai tongkat untuk berdiri sedangkan yang menjadikan mereka berdiri dengan gagah itu adalah dari Allah SWT. Biarlah diri kita diuji, Allah mahu membersihkan kita dari segala kekotoran yang menyelubungi dari segenap sudut pada anggota badan kita iaitu hati.
Serah diri padaNya.
Saat menadah tangan pohonlah keampunan kepada Allah, berdoalah dengan penuh pengharapan agar kita diampunkan dari segala dosa-dosa yang lalu. Biarlah air mata sepi menjadi saksi tanda kita takut kepadaNya. Beristighfarlah, kerana banyak hikmah terkandung disebalik makna-makna yang diucapkan.
Yakin dan percaya dengan kewujudan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Jangan lalai mahupun leka kerana kematian sentiasa menghampiri.
Beriman kepada Allah SWT adalah satu landasan yang merupakan penjuru disetiap kehidupan. Walaupun iman tidak boleh diwarisi tapi boleh menjadi benteng dalam menghadapi pelbagai keresahan hidup.
Berdoalah kerana dengan doa, Allah akan mendengar segala keluhan kita kerana tuhan tahu apabila kita melakukan dosa kita akan kembali mengadapNya. Perbaikilah diri dengan kesalahan serta kesilapan yang kita lakukan. Perelokkan nawaitu kita untuk kembali bertaubat dan bersujud padaNya.
Sucikan hati dan rawatlah jiwa dengan ayat-ayat Allah iaitu al-Quran yang merupakan surat cinta yang diutuskan kepada hamba-hambanya.
Cinta Allah akan kekal dihati, kewujudanNya dapat dirasai, hadirNya bagaikan merentap sanubari.
"Ya Allah, aku bersedia menerima segala ujian dan dugaan-MU".
meaning of life
Allah menguji hamba-Nya dengan cara yang paling unik, apabila menjadikan kekurangan itu juga satu anugerah..
setiap kali duji bisikkan ke hati.. ALLAH sedang mendidik, bukankah itu bererti ALLAH menyayangi mu?
ALLAH tidak melupakanmu..
kenang DIA dalam setap ujian-NYA!
betapa banyak kepahitan masa lalu menjadi sangat manis pada masa sekarang...
ingat hakikat itu wahai diri yang sedang menangis pada hari ini..
ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu ALLAH yang maha luas!
belajar dari kesilapan masa lalu, cinta pada tugasan masa kini, bersangka baik pada masa akan datang...
INSHAALLAH akan ada senyuman di hati dan bibirmu.. :)
"Then when you have taken a decision, put your trust in Allah."
[ Surah Al-'Imran ; 159 ]
"Anyone whom Allah intends good, HE makes them to suffer from some affliction (test/pain)"
-Riwayat Al-Bukhari
It takes some pain to have those wonderful miracle and gift. Allah is listening to you you and you! HE KNOWS, EVERY SINGLE THING... ;)
Tuesday, October 23, 2012
Sunday, October 21, 2012
cantiknya seorang wanita-karya kamal ariff
Wanita dan kecantikan sangat sinonim. Dua-dua ini tidak akan terpisah dan tidak boleh dipisahkan. Kecantikan adalah aset dan lambang kewanitaan.
Wanita yang berasa dirinya tidak cantik akan berasa sedih dan merendah diri. Mereka mudah malu dan hilang keyakinan berhadapan dengan orang ramai. Mereka seakan berasa persepsi orang terhadap mereka buruk-buruk belaka.
Berbeza dengan wanita yang cantik. Langkah mereka penuh dengan gaya dan bertenaga. Senyuman mereka tidak putus-putus menghiasi waja. Sungguh berkeyakinan. Mereka sentiasa yakin bahawa orang ramai suka melihat diri mereka.
Pada sisi saya, sebagai seorang lelaki. Berbohong jika saya cakap tidak tertarik dan suka kepada wanita yang cantik. Kerana itu memang lumrah seorang lelaki. Dan itu juga satu sebab kenapa wanita sering menonjolkan kecantikannya.
Tapi ingat satu perkara...
"Wanita yang tidak cantik luar tetapi cantik dalam masih lagi dapat dilihat kecantikannya. Berbanding wanita yang cantik luar tapi buruk dalam, mereka hodoh sebenarnya!"
Kecantikan dan WanitaKecantikan itu aset dan keagungan wanita. Ketahuilah bahawa kecantikan seorang wanita bukan terletak pada wajahnya tetapi kelembutan jiwanya!
Saya tertarik satu rangkap daripada lirik lagu
"Sedarilah insan istimewa,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan"
Apabila kecantikan pun perlukan perhiasan, maka kecantikan itu belumlah sempurna. Maka kita tahu kecantikan itu tidaklah cantik tanpa kelembutan jiwa dan tingkah lakunya. Rasulullah SAW juga pernah mengingatkan kita, bahawa paras rupa juga bukanlah suatu nilaian yang hakiki. Fizikal bukanlah fokus pandangan Ilahi tetapi ianya terletak di dasar hati seorang hamba.
Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr RA katanya: "Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu."
(Hadis Riwayat Muslim)
Fikirkan(Hadis Riwayat Muslim)
Cantikkah seorang gadis remaja yang sering melepak dan berpeleseran di luar sana?
Cantikkah seorang isteri yang sering derhaka dan melawan cakap suami?
Cantikkah seorang ibu yang sering menengking dan mendera anaknya?
Cantikkah seorang wanita yang gemar mengeluarkan kata-kata keji dan kesat?
Cantikkah wanita yang berpakaian dan berperangai seperti lelaki?
Tidak walaupun sesekali.
Wanita yang hilang sifat kelembutan jiwanya akan menenggelamkan kecantikan luarannya.
Bahkan seorang wanita yang lembut jiwa, malu apabila dirinya kelihatan cantik kerana lembut jiwa ia hanya menumpu kasih pada bakal sang suami. Bukan lelaki ajnabi. Mereka tidak rela 'cantik' mereka dinodai oleh mata-mata asing. Hatta lelaki yang bersifat 'kaki perempuan' juga lebih memilih seorang wanita yang bijak dalam tindakannya, indah tutur bicaranya dan mulia perilakunya.
Jangan cemburu apabila diri mu tidak cantik duhai wanita kerana cantikmu bukan di situ. Tetapi di dalam hati. Lelaki yang baik akan menilai hatimu yang cantik bukan rupamu.
"Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu meluluh,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Jika hati itu bersih..."
Hiraukan kata-kata cemuhan dan sindiran. Kerana mereka buta mata hati. Percayalah hanya jodohmu akan bijak menilai dirimu. Justeru, tidak perlu bersusah payah bersolek sebelum nikah, tetapi bersusah payahlah untuk membina 'cantik' serinya yang bermula dari hati.
Sesungguhnya hati yang bersih akan mencerminkan keindahan peribadi, dengan cerminan itulah dirimu lebih cantik daripada wanita yang hanya cantik dipandang semata-mata namun 'kurang cantik' dalam menghiasi diri dengan kemuliaan akhlak.
Senyumlah, dan jadilah wanita yang cantik pada pandangan Allah.
Sunday, October 14, 2012
aurat ferrari
Aurat wanita ibarat kereta Ferrari.
360 Spider, 550 Barchetta, F430, SA APERTA, 612 Sessanta atau apa saja modelnya.
Pemilik kereta membawa ke mana saja.Keliling kota atau desa.Parking dan berhenti di mana-mana.
Luarnya (design) kereta itu sangat cantik, menarik pemandangan mata memandang, warna yang mengancam, berkilat, setiap inci diteliti.Side mirror, lampu depan, lampu belakang, lampu signal kiri dan kanan.Oh, kau sangat bergaya dan menawan.
"Kalau lah aku dapat kereta ni... Perrrghhh AWESOME!" Sambil mengetap bibir tanda geram, setiap mata memandang berdialog diam-diam.Membayangkan kereta itu jadi kepunyaan.
Ya, kereta itu jadi perhatian.Kadang-kadang rimas.Tapi pemilik kereta sedikit bangga.Kereta mahal katakan...
Itu baru luarnya kereta Ferrari.
Dalamnya (interior)?
Pemilik kereta membuka pintunya pula.
Ada mata yang cuba-cuba meninjau.Menjengah kepala mencari ruang untuk melihat isi dalam kereta itu.
"Kalau luaran pun dah awesome,dalaman mesti banyak functions."
"Perrrghhh!"
"Kalau aku dapat drive sekejap pun jadilah."
Sekali lagi angan sangkaan Si Pemerhati.
Mana tidaknya, luas dalaman kereta itu pun sudah selesa, tempat dudukya diperbuat daripada kulit lembut yang berkualiti tinggi (high quality soft leather), sound system yang Uumphh.Tengah leka explore seluruh isi dalam kereta, mata tertarik pada dashboard pula.Tachometers, horn, engine start button, steering wheel,setup switch, optional paparan LCD dan banyak lagi functions on the dashboard dalam kereta itu.Geram, rasa nak tekan-tekan semua, nak tengok function kereta ini macam mana.
"Alah...You know ferrari, right?"
Kalau nampak depan MidValley Megamall orang sanggup berhenti snap gambar.Kalau tidak sekalipun, orang snap curi-curi. Upload dalam facebook, twitter.
Caption : "Terbaik der!!.Kau ada...??"
Lumrah kereta mahal.
Tapi...
Apakata kalau pemilik kereta itu cuba menggunakan car cover, kain lebar atau apa saja untuk menyelubungi atau selagi tidak mahu menampakkan kereta mahal itu?
Adakah kereta itu akan jadi perhatian?
Adakah setiap perincian kereta itu dapat ditelitikan?
Warnanya, kilatnya, bentuknya, kedudukan lampunya, cantik atau tidak, fungsinya.
Adakah kereta itu menjadi khayalan imaginasi 'Si Pemerhati'?
Jangankan kereta Ferrari, kalau kereta Kancil enjin berkuasa turbo pun orang akan jeling sikit-sikit.
Macam itu juga aurat wanita,
Di bawa ke mana oleh badan bernyawa,
Ada pemerhati galak matanya,
Mencari ruang untuk 'meneroka',
Hati-hati dengan nafsu mereka,
Tolonglah wahai kaum hawa, tolong jaga,
Betapa mahalnya nilai diri anda.
Semahal-mahal kereta Ferrari,
Mahal lagi auratmu wahai ukhti,
Persembahkan untuk suamimu nanti,
Bukan kepada golongan ajnabi,
Barulah kau digelar Bidadari,
Insyallah duniawi dan ukhrawi.
"Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup aurat (keaiban) kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa ialah pakaian yang terbaik."
(Surah al-A'raf ayat 26)
Monday, September 10, 2012
muhasabah diri... jgn biar diri terleka dan jgn biar diri menyesal kemudian hari...
Wahai saudariku para Muslimah perindu surga
Pesona akhlakmu bagai mutiara yang berkilauan
Halus tuturmu menggambarkan pribadi yang santun
Kecantikan hatimu laksana kapas tanpa noda
Kesejukan aura jiwamu seperti bidadari surga
Kau hiasi dirimu dengan bingkaian akhlak islami
Semakin berwibawa karena auratmu terhijabi
Saat wanita lain bergelimang kesenangan semu
Menari-nari di atas lantai dansa
Menenggak arak dalam gelas-gelas kristal
Engkau justru mengurung diri
Mentafakuri kehidupan akhirat yang masih ghaib
Mengembara dalam pencarian jati diri
Di saat wanita lain asyik memilih busana trendi
Sibuk memoles tubuh dan wajah
Berlomba memamerkan aurat mereka
Engkau justru tampil bersahaja
Dalam balutan gamis dan kerudung panjang
Engkau sembunyikan auratmu
Agar tak terjamah pesona kecantikan itu
Dari mata-mata lelaki jalang
Di saat wanita-wanita lain tertawa lepas
Menikmati euphoria tanpa batas
Menebar cinta basi pada lelaki
Engkau justru menangis dalam sujud
Mendaki taubat dalam bukit tahajud
Mengemis ampunan pada Penggenggam nyawa
Menutup lisan dari bicara sia-sia
Di saat wanita lain bangga aibnya terbuka
Puas jika namanya di puja-puja
Engkau justru mengasingkan diri dari gemerlap dunia
Merahasiakan kebaikan yang kau lakukan pada sesama
Karena takut jatuh pada perbuatan riya
Di saat wanita-wanita lain menghabiskan waktu di plaza
Menghamburkan materi dengan sia-sia
Engkau justru menghabiskan waktumu di mushola
Menguatkan zikir dan memuja asma-Nya
Merenda istigfar di atas sajadah cinta
Di saat wanita-wanita lain hanyut dalam pesona zaman
Bercengkerama liar dengan segala kemewahan
Sibuk memuja artis-artis idaman
Engkau justru sibuk mengkaji ilmu
Mendakwahkan agama Islam tanpa ragu
Berjibaku dengan segala kesulitan
Meneriakkan kalimat jihad militan
Di saat wanita-wanita lain sibuk menenteng majalah erotis
Menggumbar gosip sesama secara sadis
Engkau justru teguh pada Al-Qur’an dan hadits
Yang kau jadikan pegangan hidup
Agar iman di dadamu tidak redup
Wahai saudariku para Muslimah perindu surga
Agungnya akhlakmu berselimut mutiara
Pada rahimmu kelak generasi-generasi agama
Akan Allah amanahkan
Engkau calon madrasah pertama
Saat mujahid-mujahid terlahir di dunia
Tepuk dada tanya iman di hati... :)
Thursday, August 16, 2012
Azalea...
Azalea adalah jenis tanaman berbunga dari keluarga Ericaceae yang tumbuh di iklim sedang. Sebagian besar tumbuh di Asia, Australia dan Amerika Utara. Warna bunganya bervariasi dari merah, kuning, putih dan ungu.
Azalea dikembangkan sebagai tanaman hias meskipun di alam tanaman ini tumbuh pada habitat liar di hutan dan rawa. Memandang tanaman Azalea (Rhododendron sp.) sedang berbunga memang menyejukan dan membuat suasana hati menjadi tenang.
Menanam Azalea berfungsi untuk menyerap karbondioksida dan memberikan aura dingin. Azalea dapat diperbanyak dengan stek atau biji. Modifikasinya telah menghasilkan lebih dari 10.000 varietas yang berbeda terutama hasil perbanyakan dengan stek.
Kini Azelea sudah banyak disilangkan sehingga terbentuk varietas baru dengan warna yang kian beragam, mulai dan putih, pink, kuning, violet hingga campuran beberapa warna. Tanaman ini sangat cocok ditanam sebagai tanaman pembatas atau di dalam pot dengan kondisi tanah yang kering, sirkulasi udara baik dan ternaungi.
Azalea tidak memerlukankan banyak sinar matahari seperti tanaman lain. Cirinya daun akan menguning dan bunga menjadi kecil apabila terlalu berlebihan sinar matahari.
Azalea termasuk tanaman family Erieaceae yang mudah diperbanyak. Setek batang merupakan cara yang paling banyak dilakukan. Pilih batang yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda. Potong batang terpiiih sepanjang 10 cm dan buang sebagian daunnya untuk mengurangi penguapan.
Untuk mempercepat tumbuhnya akar, olesi pangkal batang dengan zat perangsang akar seperti Rootone F atau Bloroot A. Tanam pada media tanah kebun/ humus, mos dan pasir halus dengan perbandingan 1.1.1.
Campuran media ini sangat baik untuk azalea karena bersifat porous (tldak mengikat air) Azalea menyukal media yang lembab namun tidak tergenang air Siram secukupnya pada pagi han ketika matahari belum tinggi. Agar rajin berbunga Azalea termasuk tanaman yang perlu perawatan khusus, agar tumbuh subur dan rajin berbunga
Jika Anda menamam azalea pada halaman, pilih lokasi tanam di tempat yang sirkulasi udaranya baik dan ternaungi. Azalea cukup terkena sinar matahari pagi saja. Daun azalea akan menguning dan bunganya menJadi kecil jika berlebihan terkena slnar matahari.
Jika azalea mulai berbunga, beri pupuk dengan kandungan fosfor tinggi untuk merangsang pembungaan lebih banyak. Pemberian pupuk Full Bloom konsentrasi 4 cc/liter air dengan frekuensi 1 minggu sekali sangat membantu muneulnya kuncup bunga.
Hama dan penyakit bunga ini tidak terlalu banyak Hama yang menyerang biasanya penggerat batang, akar dan serangan rayap. Jika musim kemarau tlba, kutu putlh sering menyerang daun muda. Semprot dengan insekteslda seperti Basudin dan fungisida seeara berkala agar tanaman terbebas dari hama dan penyakittanam khusus
Bunga Azalea sangat legendaries.
Beberapa cerita konteporer budaya Cina menyebut bunga ini dalam kisahnya. Banyak kota di Amerika Serikat yang merayakan festival mekarnya bunga Azelea pada musim semi. Sebuah minuman beralkohol tradisional yang terbuat dari bunga Azalea, disebut Tugyonju, diproduksi di Korea. Di lain hal, Azalea juga dipakai sebagai simbol astrologi Sagitarius.
Galeri Gambar:
belajar kehidupan dari seekor katak...
Tandas di rumahku yang terletak di shah alam (rumah sewa) pernah dimasuki oleh seekor katak. Kisah ini berlaku beberapa hari yang lalu. rumah ku terletak di tingkat satu.
Kisah katak bermula apabila tandas rumahku yang tinggi ini dilawati oleh seekor katak. Aku lansung tidak peduli tentang kehadiran katak tersebut walaupun aku sentiasa keluar masuk bilik air. Aku menyangka katak tersebut mungkin singgah sebentar dan akan beredar selepas itu. Pandai masuk, pandailah keluar. Bisik hatiku.
Namun, selepas beberapa hari (mungkin lima ke tujuh hari agaknya) aku mula merasakan sesuatu yang ganjil. Katak tersebut masih lagi ada dalam tandas rumahku.
"Eh, tak keluar lagi katak ni? Macamanalah kau boleh sampai kat tingkat satu ni. Takkan tak tau jalan keluar?" hatiku berbicara.
Pelik.
Sedang saat itu mataku melihat kearah katak tersebut. Memerhatikan gelagatnya. Ia sedang terlompat-lompat ke dinding tandas.Seperti sedang memanjat dinding untuk melepaskan diri. Namun langkahnya hari ini seperti sudah semakin lemah. Dahulunya gemuk juga. Hari ini aku lihat ia sudah sedikit kurus. Apabila badannya melompat ke dinding, tangannya dengan penuh harapan cuba menekap dinding.
Sayangnya, badannya meluncur ke bawah dan jatuh semula ke lantai. Kemudian ia cuba lagi, jatuh semula.
Cuba lagi, dan jatuh semula. Kemudian ia rehat sebentar, dan terus mencuba lagi memanjat dinding. Aduh, sungguh sayu aku melihatnya. Aku tunduk sedar. Aku memasukkan diriku dalam katak tersebut. Aku dapat rasakan katak tersebut sedang menjerit-jerit meminta pertolongan. Melompat-lompat supaya dirinya mampu melepasi dinding tandas, walaupun menyedari usaha tersebut pasti sia-sia. Tapi, ia tiada pilihan. Duduk menunggu ajal, atau terus mencuba untuk keluar.
Lantas dengan penuh rendah hatinya aku keluar mencari plastik. Aku bawakan ke katak tersebut. Aku masukkannya ke dalam plastik. Sungguh, aku rasa geli memegangnya, walaupun berbungkus dalam plastik.
Aku berlari keluar daripada tandas. Menuruni tangga dengan pantas. Hampir sahaja kakiku tersilap anak tangga. Sampai sahaja di bawah, aku lihat cahaya matahari petang begitu indah. Tentu ini yang dimahukan katak tersebut.
Aku letakkannya di atas lantai dan bukakan bungkusan tersebut. Belumpun sempat bungkusan itu habis dibuka, katak tersebut terus melompat keluar daripada plastik dengan pantas. Aku dapat lihat betapa tingginya lompatan tersebut. Tidak seperti lompatannya ketika memanjat dinding sebentar tadi. Oh, gembiranya aku. Puas sungguh!
Aku sangkakan katak tersebut terus pergi meninggalkanku. Jadi aku tunggulah sebentar sehingga katak itu hilang daripada pandanganku. Namun, sangkaan ku sememangnya tidak tepat. Selepas melompat keluar daripada plastik tersebut, katak itu terus pusing menghadapku.
Kini, mata bertentang mata. Aku merenung matanya. Dia juga merenung mataku. Aku dapat lihat air matanya. Bergenang. Mukanya mengatakan terima kasih. Anak matanya jelas mengatakan dia sungguh berterima kasih. Aku merasa sungguh sedih dan sebak. Namun hatiku benar-benar gembira melihatnya kembali bebas.
"Tidak mengapalah, kamu sekarang dah bebas. Kamu pergilah kemana kamu suka. Satu sahaja pintaku, tolong doakan aku sentiasa supaya Allah sentiasa membantuku jika aku menghadapi belenggu" kataku padanya.
Seperti mendengar kata-kataku, dia terus pusing dan pergi meninggalkanku.
Katak, sungguh kau telah mengajar erti kehidupan kepadaku.
Kau ajarku untuk teruskan berusaha selagi termampu. Usah mengaku kalah selagi nyawa dikandung badan.
Kau ajarku untuk ucapkan terima kasih walau siapa sahaja yang membantu kita, walaupun kita tidak mengenalinya.
Kau memberikanku semangat untuk terus melakukan kebaikan, kerana aku yakin setiap kebaikan pasti ada ganjaran di sisi Tuhan.
nikmat ALLAH itu luas_Tulip itu azalea, tapi azalea bukan tulip lagi.. berbeza..
Sunday, July 29, 2012
past is past...
Letting go of past mistakes, old behaviors, anger, fear and other limiting beliefs opens you to new and wonderful experiences… It is the only way… Once you let go, you free yourself of reliving patterns of the past… Once you let go you are able to find peace and enjoy the flow of authentic living…
Much Love, Kenny Brixey
Subscribe to:
Comments (Atom)









