meaning of life

Allah menguji hamba-Nya dengan cara yang paling unik, apabila menjadikan kekurangan itu juga satu anugerah..

setiap kali duji bisikkan ke hati.. ALLAH sedang mendidik, bukankah itu bererti ALLAH menyayangi mu?

ALLAH tidak melupakanmu..

kenang DIA dalam setap ujian-NYA!


betapa banyak kepahitan masa lalu menjadi sangat manis pada masa sekarang...

ingat hakikat itu wahai diri yang sedang menangis pada hari ini..

ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu ALLAH yang maha luas!


belajar dari kesilapan masa lalu, cinta pada tugasan masa kini, bersangka baik pada masa akan datang...

INSHAALLAH akan ada senyuman di hati dan bibirmu.. :)




"Then when you have taken a decision, put your trust in Allah."
[ Surah Al-'Imran ; 159 ]

"Anyone whom Allah intends good, HE makes them to suffer from some affliction (test/pain)"

-Riwayat Al-Bukhari

It takes some pain to have those wonderful miracle and gift. Allah is listening to you you and you! HE KNOWS, EVERY SINGLE THING... ;)


Monday, March 24, 2014

MEREKA SEDANG MENEMPAH TEMPAT DI SYURGA, ANDA?

“Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong Dr Morsi,
termasuk Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Sheikh Badi’.
Speechless. Perasaanku bercampur baur melihat tajuk berita ini.
Luruh jiwa mengenangkan bakal perginya 529 orang syuhada bertemu Tuhan mereka. Kecewa dengan perintah Mahkamah yang ternyata, sangat berat sebelah dan menzalimi mereka.
“Proses mahkamah yang baru bermula seminggu dengan barisan peguam bela di bawah ancaman pihak polis walaupun ketika prosedur sedang berjalan di mahkamah, di mana salah seorang peguam bela tiba-tiba dimasukkan ke dalam senarai tertuduh dan dijatuhkan hukuman mati yang sama.
Setelah selesai penghakiman, pihak pembela menyatakan keseluruhan proses penghakiman adalah menyalahi prosedur, di samping ia juga menyalahi Undang-undang dan syara’. “
Berikut merupakan petikan daripada berita berkenaan.  Kejadian seperti ini sebenarnya sudah diduga, kerana berdasarkan pengalaman, taktik kotor seperti ini sudah acap kali berlaku.
Namun demikian masih terselit perasaan cemburu di hati terhadap mereka yang sedang di dalam perjalanan ke syurga.
Di mana-mana sahaja sama ada di Palestine, Syria, Mesir, Rohigya malah sekalipun di Malaysia, kita melihat Islam dipijak dan jahiliah dijulang. Tampuk pimpinan dipegang oleh mereka yang secular dan liberal dan memisahkan agama daripada kehidupan. Bagi mereka, Islam itu terlalu lapuk untuk di amalkan. Barat terus menjadi pujaan dan contoh.
Melihat keadaan ini, benarlah seperti kata-kata Umar Al-Khattab:
“Adakah sesebuah negeri itu boleh musnah padahal ia kelihatan makmur maju?”
Beliau menjawab: “Ya, apabila orang-orang jahat menguasai orang-orang baik.”
Penguasaan si zalim ke atas golongan yang baik adalah sebab kepada segala kelam kabut dan rosaknya dunia. Apabila si zalim atau fasik berkuasa, mereka akan melantik orang yang jahat dan fasik seperti mereka juga untuk mengurus apa-apa urusan
Mereka hidup lalai dan tidak berfikir pun untuk kebaikan bangsa dan negara mereka. Hati mereka telah tertutup. Mereka juga bekerja untuk kepentingan peribadi mereka. Bertindak zalim, menindas dan menyeleweng. Banyak tenaga dan kemampuan kemanusiaan dipersia-siakan.
Orang yang benar-benar layak dan berpotensi terpaksa bersembunyi mencari perlindungan  kehormatan dan jasad mereka dari dicerobohi dan diseksa. Tinggallah urusan pentadbiran umat dipegang oleh mereka yang jahil dan berkepentingan. Hasilnya tersebarlah gejala keruntuhan masyarakat yang akhirnya membawa kemusnahan ekonomi dan ketamadunan ilmu.
Seorang penyair turut menerangkan keadaan ini di dalam syairnya:
Kerajaan-kerajaan telah lari dari hidayah, dan mereka telah sesat dari jalan yang lurus
Politik mereka menjadikan mereka menunggang
kenderaan yang berjalan dengan petunjuk kedegilan            
sebahagian mereka terang-terang di dalam kesesatannya
sebahagiannya pula bersembunyi di balik “sikap berkecuali”

Mereka lupa tanggungjawab kepada manusia dan takbur
berlakulah malapetaka dan bencana yang meliputi seluruh dunia.
Bagaimana boleh selamat dan terus hidup, sedangkan mereka bertindak menurut ijtihad yang dipandu oleh nafsu
Tiap-tiap manusia hendak menguasai kumpulan kambing menurut kehendak dan seleranya, itulah sejahat-jahat kehendak.

Tidak mahukah kita berlumba-lumba mendapat pertolongan Allah. Tidak mahukah kita menyahut seruan jihad?
Sama ada hidup dalam hidayah yang dipenuhi kemuliaan ataupun mati syahid di gelanggang jihad pada hari pertarungan.
Sifat generasi Ta’sis
Benarlah seperti yang dinyatakan oleh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid di dalam Muntalaq, mengenai sifat-sifat generasi Ta’sis :
“ Dua hakikat nyata yang sentiasa menjadi ciri-ciri dai Islam sejati, mereka berbahagia hidup di bawah naungan kedua-duanya:
  1. Tiada bumi yang menyekatnya
  2. Tiada penyiksaan yang menggerunkannya
Dua hakikat ini sentiasa diulang-ulang dalam nasyid mereka:
   Kamilah gerombolan Allah
   agamanya itulah tanah air (watan) kami
   Kamilah adalah tentera Rasul yang telah dipilihNya
   segala ujian terasa ringan bagi kami

Dia akan bekerja; di mana pun berada dan ke mana pun diusir. Langsung tidak rindu dan teringat kepada mana-mana tanah. Tidak sempit seperti orang lain dengan batas sempadan yang diada-adakan oleh penjajah. Dia bersaudara dengan seluruh umat muslim.
Jika dia tidak mengembara, kemungkinan pada masa itu disebabkan kerana dipenjara. Maka penjara pula menjadi pengembaraan rohani dan pemikirannya. Hinggakan apabila dia digantung, maka rentapan jatuh tali gantung itu sebenarnya mengangkat martabatnya ke tempat yang mulia dan indah di syurga.
Syed Qutb berkata: “Selagi beriman, pendokong dakwah tidak langsung memandang tinggi atau kagum pada pihak yang mengalahkannya. Dia yakin itu hanya satu fasa sementara dan pasti akan berlalu. Sesungguhnya iman itu mempunyai giliran turun naik yang tidak dapat dielakkan.
Seandainya perjuangannya itu membawa kematian, dia tidak akan mengalah. Semua manusia pasti akan mati, tetapi dia mati syahid dan berangkat meninggalkan bumi ini menuju ke syurga. Orang yang mengalahkannya itu menuju ke neraka. Alangkah jauhnya perbezaan di antara keduanya. Dia mendengar panggilan Tuhannya Yang Maha Mulia di dalam firmanNya:
لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلَادِ(196)مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ(197)لَكِنْ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا نُزُلًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِلْأَبْرَارِ
“Janganlah engkau tertipu bolak­ baliknya orang-orang kafir dalam negeri. (Itu semua) kesenangan yang sedikit, kemudian tempat diam mereka adalah neraka dan itulah seteruk-teruk tempat. Tetapi orang-orang yang takut kepada Tuhannya, untuk mereka itu, syurga yang mengalir air sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya, serta mendapat hidangan dan sisi Allah, dan apa yang di sisi Allah, lebih baik baginya bagi orang-orang yang baik.”(Aali Imran 3:196-198 )”
Benarlah, sunnatullah, jalan cinta ini memerlukan pengorbanan. Sedangkan Allah telah berfirman di dalam Kitabnya yang Agung, bahawa Allah telah membeli jiwa dan harta kita dengan memberikan syurga.
“Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang Mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikianlah kemenangan yang agung.“ (at-Taubah, 9:111)

Mari belajar dari sejarah
Sejarah telah membuktikan bahawa ramai pejuang telah bersungguh menjual dirinya di jalan Allah. Mereka benar-benar beriman dengan kata-kata ini:
Allah matlamat kami
Rasulullah ikutan kami
Al-Quran panduan hidup kami
Jihad di jalan Allah Adalah cita-cita kami tertinggi
Sifat ini yang menjadi ciri da’I pada setiap generasi. Khalid bin al-Walid r.a, ketika beliau menyifatkan tentera-tentera yang bersama-sama dengannya ketika membuka Iraq. Beliau berkata kepada tentera Parsi:
“Sesungguhnya aku bawa datang kepada kamu satu kaum yang lebih cinta kepada kematian daripada kecintaan kamu k.epada hidup”
Mata mereka ibarat telah melihat taman-taman dan bidadari syurga yang sedang menanti mereka. Hidung mereka telah membau wangian syurga. Telinga mereka telah ditulikan daripada mendengar perkara-perkara dunia.
Demi Allah, demikianlah gaya hidup da’i !
Al-Zahid Ruwaim turut berkata:
“Ia adalah pengorbanan jiwa, kalau tidak (maknanya) kamu menyibukkan diri dengan kerja tak guna.”
Umat ini tidak mungkin akan kembali semula kepada Islamnya kecuali dengan adanya dakwah yang tertegak atas asas pengorbanan jiwa. Jika tidak, ia hanya tinggal angan-angan kosong, dengan mengharapkan pemimpin kufur dan jahiliyyah akan mendengar nasihat dan diplomasi. Itu semua hanya kerja tak guna dan sia-sia.
Di zaman seruan Ibnu al-Jauzi dan Ruwaim itu, di sambut pula di sebelah barat oleh lidah Lisan al-Din bin al-Khatib dengan menegaskan:
“Ya, sesungguhnya jalan ummat ini dibina di atas ‘al-maut’.”
Seorang da’i yang low profile generasi pertama, menamakan jalan ini ‘jalan  titisan darah’.
Sebaik-baik jihad ialah mengatakan yang benar dihadapan sultan yang zalim
“Penghulu seluruh para syuhada ialah Hamzah bin Abdul Mutalib dan lelaki yang mengucapkan kata-kata yang benar kepada pemerintah yang zalim lalu dia dibunuh.” (HR Tabrani, Hakim)
Dapat difahamkan dari hadis ini, digalakkan menyuruh pihak berkuasa yang zalim kepada makruf dan melarangnya dari mungkar sekalipun membawa kepada dibunuh. Perbuatan sedemikian bukannya bererti dia mencampakkan dirinya di dalam kebinasaan. Ia tidak termasuk dalam pengertian yang dimaksudkan di dalam ayat al-Quran yang bermaksud:
“Janganlah kamu mencampakkan diri kamu di dalam kebinasaan.”
 Syahid di jalan Allah bukanlah satu kebinasaan. Itulah sebahagian dari bentuk jihad. Ia akan menguatkan semangat orang yang benar, melemahkan kebatilan dan menghalang mereka melakukan kezaliman. Pengertian ini amat sesuai dipraktikkan oleh para mujahidin dan umat Islam. Syariat Islam juga menggalakkannya.”
Maka, mari persiapkan diri kalian wahai daie!
Bagi mereka yang bergelar daie, seharusnya pelbagai persiapan perlu dibekalkan apabila anda bersetuju untuk mengalas beban dakwah ini. Termaktub satu fasal di dalam qanun tarbiyyah harakiyyah bagi qaidah sulbah yang menerangkannya , bertajuk: Menanamkan ruh persediaan dan penjelasan beban dakwah dari awal-awal lagi.
Persediaan jiwa untuk mengorbankan nyawa dan darah ketika perlu. Dakwah bukanlah badan kebajikan yang hanya cukup dengan sedikit !
Persediaan untuk penat harian… perjalanan dakwah adalah panjang sebelum sampai ke matlamatnya. Tak cukup hanya dengan tepuk tangan dalam perhimpunan atau memuji-muji ucapan dan pidato.
Persedian untuk mengorbankan kegembiraan dan memikul penderitaan umat yang berat. Bermula dengan isu Palestin hingga kepada isu Kristianisasi di Indonesia, penyembelihan umat Islam di  kawasan Benggal (India dan Myanmar-Arakan) dan Filipina.
Salah seorang pendakwah Islam lampau telah menyebutkan tiga bentuk marhalah ini sejak dulu lagi dalam ucapannya:
“Wahai saudara, permulaan jalan ini mudah,
kemudian datanglah kesedihan,
Permulaannya: korbankan kegembiraan,
Pertengahannya: korbankan nyawa.”
Sepatutnya ada terakhirnya juga, yang lebih besar dari pengorbanan nyawa tetapi beliau tidak menyebutkan. Para da’I dapat merasakannya iaitu yang terakhirnya ialah mengorbankan sesuatu yang lebih dari nyawa. Saya rasa ia adalah kerinduan yang bersangatan kepada tujuh puluh bidadari.
Ia merupakan himpunan banyak kerinduan sehinggakan mereka lupa nikmat rehat, nikmat makan dan minum di dunia dan lupa kepada gurauan isteri di dunia. Dia terus terawang-awangan, berlarian tanpa menoleh ke kiri atau ke kanan.”
Sembang Mereka Yang ‘relaks’
Itulah ungkapan oleh Imam Ahmad bin Hambal r.a. Atau dalam ungkapan lain, “sembang orang yang berjiwa rehat.”
Imam Ahmad adalah salah seorang da’i Islam yang bijak. Beliau memimpin tajammu’ da’i Islam di zamannya yang kesemuanya suka berkorban. Beliau memahami nilai thabat da’i dalam menghadapi mehnah. Keengganan beliau mematuhi kehendak pemerintah mahukan beliau mengiyakan pendapat ‘Quran adalah makhluk (pendapat bid’ah muktazilah)’ telah memberi kesan mengukuhkan pendirian kaum muslimin.
Oleh itu, beliau tidak menemui panggilan yang sesuai terhadap mereka yang tidak memahami bahasa dan istilah da’i selain dari istilah “Orang yang berakal rehat ‘relaks’” sahaja.
Beliau bukanlah membenci atau menghina mereka. Bahkan beliau mencintai dan bersungguh-­sungguh memperbaiki mereka. Beliau cuba memanfaatkan kebaikan mereka walaupun sedikit. Tetapi, beliau tidak memasukkan orang sebegini ke dalam safnya selagi pemikiran mereka jenis sukakan relaks dan tidak tergerak melihat penderitaan umat.
Ahmad bin Daud Abu Said al-Waasiti telah berkata:
“Aku telah masuk ke dalam penjara untuk menemui Imam Ahmad bin Hanbal sebelum beliau disebat. Antara kata-kataku kepada beliau, “Wahai Abu Abdullah (gelaran Imam Ahmad), engkau ada keluarga, engkau ada anak-anak kecil. Engkau diberi keuzuran oleh syarak (boleh mengambil rukhsah)”
Rupa-rupanya kata-kataku itu  memudahkan padanya untuk menjawab.
Maka berkata Imam Ahmad kepadaku: “Wahai Abu Said, kalau beginilah cara fikirmu, engkau sebenar telah berehat.”
Betapa banyaknya kata-kata begini telah disebutkan kepada para da’i hari ini.  Betapa ramainya orang yang telah memahami Islam, lalu kemudiannya membisikkan kepada dirinya dengan kata-kata sebegini. Lalu mereka menjadi bacul, menyorok dan tidak bersama-sama da’i lain dalam perjalanan dakwah. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, bisikan-bisikan begini adalah bisikan orang yang dah berehat.
Bagaimanakah seseorang yang terasa terbakar hatinya melihat realiti ummat Islam itu mungkin boleh berehat? Bagaimana dia boleh membiarkan anak-anak dan isterinya menghina dan mengikat dirinya dari melonjak maju ke depan bersama-sama da’i? Bukankah mati itu telah ditetapkan?
Dakwah tidak mempercepatkan ajal, tetapi dakwah akan mengangkat da’i ke syurga Firdaus.
Sekiranya seseorang muslim itu tidak mahu bersama-sama Imam Ahmad atau mahu bersama-sama pewaris Imam Ahmad pada hari ini dan dia duduk sahaja kerana uzur atau seolah-olah ada uzur, maka dia sepatutnya merasa sedih. Paling kurang dia sepatutnya mencela dirinya sendiri kerana tidak bersama-sama amiliin( orang yang bekerja).
Mereka yang lari, tidak menyertai saf dan berehat akan sentiasa berada dalam golongan yang dicela hinggalah mereka memahami sifat-sifat harakidan berbicara dengan bahasa da’i.
Islam itu berlepas tangan dari orang yang ragu dan hina
Yang memandang Islam hanya puasa dan solat
Padahal puncak agama itu ialah jihad
Berjihadlah atau kita akan disingkir dari kehidupan
Itulah kata-kata yang tegas dan ringkas keadaan dan situasi umat Is­lam di seluruh dunia hari ini. Sama ada jihad dan berjanji untuk menitiskan darah; atau disingkirkan dari kehidupan.
Allah akan menggantikan mereka dengan satu kaum lain. Mereka berlemah lembut kepada orang-orang yang beriman, tegas kepada orang yang kafir. Mereka berjihad pada jalan Allah dan tidak takut cercaan orang yang mencerca. Mereka tidak terpedaya dengan kecantikan wanita atau kilauan harta. Mereka tidak takut pada kebuasan taghut dan tidak gentar menghadapi bedikan jahiliyyah
Mari sahut seruan ini!
Dengarlah laungan suara Ibnu al-Jauzi di pantai Dajlah di Baghdad:
“Langkah pertama di jalan ini ialah pengorbanan jiwa.
Ini adalah serius. Siapakah yang hendak melaluinya?”

Sentiasa ada generasi pemuda yang berseri­-seri wajahnya di segenap pelusuk muka bumi Islam yang menyahut seruan Ibnu al-Jauzi ini. Ayuh, mari kita muhasabah diri dan menyahut seruan ini dengan berkata”
“Kamilah yang akan mengikutinya. !”
InsyaAllah, kelak ‘tangan-tangan’ Allah akan sentiasa memayungi kita, ameen.
*Sumber rujukan utama: Buku Muntalaq, bab 3, 10 dan bab 14.
Penulis : Musyirah Hanan Zulkarnain
Blog Penulis : musyirahanan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment