meaning of life

Allah menguji hamba-Nya dengan cara yang paling unik, apabila menjadikan kekurangan itu juga satu anugerah..

setiap kali duji bisikkan ke hati.. ALLAH sedang mendidik, bukankah itu bererti ALLAH menyayangi mu?

ALLAH tidak melupakanmu..

kenang DIA dalam setap ujian-NYA!


betapa banyak kepahitan masa lalu menjadi sangat manis pada masa sekarang...

ingat hakikat itu wahai diri yang sedang menangis pada hari ini..

ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu ALLAH yang maha luas!


belajar dari kesilapan masa lalu, cinta pada tugasan masa kini, bersangka baik pada masa akan datang...

INSHAALLAH akan ada senyuman di hati dan bibirmu.. :)




"Then when you have taken a decision, put your trust in Allah."
[ Surah Al-'Imran ; 159 ]

"Anyone whom Allah intends good, HE makes them to suffer from some affliction (test/pain)"

-Riwayat Al-Bukhari

It takes some pain to have those wonderful miracle and gift. Allah is listening to you you and you! HE KNOWS, EVERY SINGLE THING... ;)


Tuesday, August 2, 2011

kenapa saya mahu jadi seorang usahawan... (^_^)



Bermula hari ini, saya bercadang untuk berkongsi lebih banyak maklumat tentang bidang keusahawanan. Saya ingin berkongsi kerana saya dapati ramai yang mencari-cari maklumat dan juga motivasi keusahawanan.
Jadi, pada hari ini saya akan berkongsi kenapa saya mahu menjadi seorang usahawan.
Sebenarnya ada banyak sebab yang mendorong saya mengambil keputusan ini.
Namun begitu, saya akan memecahkan topik ini kepada beberapa siri supaya ia lebih ringkas, padat dan lebih mudah difahami oleh para pembaca.  
Antara sebab saya ingin menjadi seorang usahawan adalah:
1. Mencipta peluang pekerjaan kepada orang lain.
Pada mulanya saya membaca tentang idea ini di dalam buku Berani Gagal oleh Billi Lim. Dalam buku ini beliau ada menyatakan bahawa seorang graduan yang berpendidikan tinggi sepatutnya mencipta peluang pekerjaan kepada orang-orang yang tidak berpendidikan tinggi, dan bukannya berebut pekerjaan dengan mereka.
Maaflah jika kenyataan ini menyinggung mana-mana pihak tetapi saya dapati perkara inilah yang sedang berlaku di dalam industri pekerjaan di Malaysia (samada di sektor kerajaan atau swasta) di mana rakan-rakan yang memiliki Ijazah memohon dan seterusnya menjawat jawatan yang sepatutnya dijawat oleh pemegang SPM.
Seorang graduan sepatutnya berpandangan lebih jauh dan berusaha untuk mendapat pekerjaan yang selayaknya. Mereka juga haruslah menjadikan 'Keusahawanan Sebagai Kerjaya Pilihan' dan tidak mengharapkan untuk makan gaji semata-mata.
Sebab itulah saya sangat menyokong dasar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mula mewujudkan fakulti keusahawanan, pusat keusahawanan dan juga subjek keusahawanan di institusi pendidikan tinggi bagi membuka minda mahasiswa mahasiswi tentang peluang besar yang menanti di dalam bidang keusahawanan. Ia juga boleh mengikis pandangan negatif banyak pihak mengenai keusahawanan. 
Alhamdulillah dengan menceburkan diri di dalam bidang keusahawanan saya telah berjaya membantu mencipta dan memberi peluang pekerjaan kepada beberapa orang pekerja. Percaya atau tidak, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima dan saya merasa sangat seronok setiap kali membayar gaji para pekerja.
2. Tiada lagi istilah 'Job Security'
Walaupun ramai orang yang merasakan bahawa kerja makan gaji merupakan pilihan yang selamat tetapi kenyataan ini tidaklah 100% benar. Hal ini kerana pada zaman sekarang banyak syarikat yang telah mengambil pendekatan untuk membuang pekerja bagi mengurangkan kos.
Pengalaman saya di sektor industri juga telah mendedahkan saya dengan perkara ini apabila berlaku banyak kes di mana rakan-rakan saya yang sudah berjawatan senior seperti Senior Engineer dan jugaManager dibuang kerja atau dipaksa untuk berhenti kerja hanya disebabkan oleh masalah remeh-temeh yang kadangkala bersikap peribadi.
Pada peringkat ini, mereka yang berpendapatan hampir atau melebihi lima (5) angka ini biasanya mempunyai komitmen bulanan yang tinggi iaitu pinjaman rumah, pinjaman kereta, hutang kredit kad, belanja persekolahan anak-anak dan sebagainya. Pada peringkat ini memang sukar untuk mereka mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan dan pengalaman yang dimiliki.
Pada satu ketika saya telah berkenalan dengan seorang jurutera baru di tempat kerja saya yang sebelumnya merupakan seorang pengurus di tempat lain tetapi berhenti kerja kerana mempunyai sedikit perselisihan dengan pihak pengurusan tertinggi. Dia telah menganggur selama hampir setahun dan akhirnya merayu untuk mendapat pekerjaan di tempat kerja saya dengan gaji yang tidak sampai 30% daripada gajinya sebelum ini.
Seorang lagi rakan saya yang merupakan seorang graduan daripada luar negara turut mengalami masalah yang hampir serupa di mana dia telah dipaksa memberi notis berhenti kerja 24 jam tanpa alasan yang kukuh. Dia juga telah menganggur selama 3-4 bulan sebelum mendapat pekerjaan di luar kawasan dan terpaksa pulang pada hujung minggu sahaja untuk bersama keluarga.
Sebenarnya kisah-kisah inilah yang menyedarkan saya bahawa tiada lagi istilah 'Job Security' dan mendorong saya mengambil keputusan untuk menceburkan diri di dalam bidang keusahawanan dan mencari sumber pendapatan tambahan. Bak kata pepatah, "Manusia biasa belajar daripada pengalaman. Tetapi manusia yang bijaksana belajar daripada pengalaman orang lain".

No comments:

Post a Comment