"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat; dan peliharalah kami dari seksa neraka."
(Surah Al-Baqarah:201)
Terdapat sebuah kisah di sebalik ayat ini di mana Rasulullah SAW pada ketika itu memanggil Anas bin Malik, kemudian baginda bertanya:
"Apakah kamu memohon sesuatu kepada Allah?" Ujarnya: "Ya, aku biasa mengucapkan: "Wahai Tuhan, aku tidak pernah mengharapkan seksa di akhirat. Kerana itu, jika memang ada, maka percepatkanlah dia untukku di dunia ini." Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Maha Suci Allah, kerana pasti kamu tidak akan sanggup menerima hal itu dan tidak pula kamu sanggup memikulnya. Kerana itu, alangkah baiknya engkau ucapkan: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat; dan jauhkanlah kami dari siksa neraka." Lalu baginda mendoakan kebaikan untuk dirinya, lalu Allah menyembuhkannya."
(HR. Bukhari)
Hadis di atas berlaku ketika Rasulullah SAW melihat seorang sahabat yang menderita sakit sehingga keadaan badannya laksana seekor ayam yang dicabut bulunya.-------------------------------------------------------------------------------------------------
Sahabat itu kemudian berdoa seperti riwayat diatas. Lalu ia ditegur Rasulullah SAW agar tidak mengucapkan doa seperti itu, tetapi mengucapkan doa seperti yang termaktub pada Surah Al-Baqarah ayat 201.
Kebaikan dan kebahagiaan di dunia hanya dapat kita perolehi dengan rahmat Allah. Begitu juga kebahagiaan dan keselamatan hidup di akhirat hanya boleh kita perolehi dengan rahmat Allah. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa memohon kepada Allah agar kita mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
Dari ayat di atas, kita harus memahami bahawa orang mukmin tidak hanya sekadar puas dengan rezeki yang banyak di dunia ini, tetapi harus selalu waspada agar tingkah laku dan perbuatannya terhindar dari perkara yang di murkai oleh Allah. Kerana orang yang diberi kesenangan oleh Allah tetapi hidup di jalan yang dimurakai oleh Allah bukanlah tergolong dalam golongan orang mukmin.
~ Rabbana atina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasana, waqina azabannar ~
_HS_
No comments:
Post a Comment