meaning of life

Allah menguji hamba-Nya dengan cara yang paling unik, apabila menjadikan kekurangan itu juga satu anugerah..

setiap kali duji bisikkan ke hati.. ALLAH sedang mendidik, bukankah itu bererti ALLAH menyayangi mu?

ALLAH tidak melupakanmu..

kenang DIA dalam setap ujian-NYA!


betapa banyak kepahitan masa lalu menjadi sangat manis pada masa sekarang...

ingat hakikat itu wahai diri yang sedang menangis pada hari ini..

ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu ALLAH yang maha luas!


belajar dari kesilapan masa lalu, cinta pada tugasan masa kini, bersangka baik pada masa akan datang...

INSHAALLAH akan ada senyuman di hati dan bibirmu.. :)




"Then when you have taken a decision, put your trust in Allah."
[ Surah Al-'Imran ; 159 ]

"Anyone whom Allah intends good, HE makes them to suffer from some affliction (test/pain)"

-Riwayat Al-Bukhari

It takes some pain to have those wonderful miracle and gift. Allah is listening to you you and you! HE KNOWS, EVERY SINGLE THING... ;)


Sunday, May 27, 2012

DUHAI MATA YANG SEDANG MENANGIS…. Mungkin tika ini kau sedang bahagia,mungkin juga kau sedang berduka.Apapun situasimu,air yang menggenangi kelopakmu dan mengalirke pipi ialah anugerah Allah s.w.t yang tak terhingga.Ia mampu membuang racun di tubuh mu kemudian di susuli ketengan jiwa.Bersyukur padanya kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis. Aduh!!!! Sungguh hairan ku melihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan.Mlah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan.Sedangkan Allah s.w.t merakam mulia sebuah tangisan dalam firman nya.”Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk” (surah al-isra’ 17:109) “Apabila di bacakan ayat-ayat AllahYang Maha Pemurah kepada mereka,maka merekamenyungkur dengan bersujud dan menangis (Surah Maryam 19:58) DUHAI MATA YANG SEDANG MENANGIS Tahukah dikau,jika dikaji dari perspektif sains,tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan Yng berguna dalam merawat penyakit berbahaya.Tatkala dirimu dalam ketakutan,unsur-unsur berbahaya dijana oleh tubuh.Air mata secara semula jadi boleh membuangnya.Otak pula berkerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata.Bukan it saja,tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan.keduadua bahu dan urat-urat dada.Setelah tangisanmu reda,kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa.Subhanallah,hebat sungguh pencipta air mata…… DUHAI MATA YANG SEDANG MENANGIS Tangisan Bukan keaibantapi satu keperluan.Sama ada kau lelaki atau wanita,kau perlu ada tangisan.Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan.Ia meringankan ketegangan jiwa.Ia mengungkapkan kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan. Jika kau lelaki,kenapa perklu malu pada tangisan?Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan.Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri atau didikan agama.Apa pun,tak siapa dapat menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan.Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit.Usah menipu diri barlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badan mu mendapat darurat. Jika kau wanita,kau mungkin lebih banyak menangis daripada lelaki.Tahukah dikau,penyayangnya Allah s.w.t padamu hingga dia menciptakanya kalenjar-kalenjar air matamu lebih besar daripada kalenjar-kalenjar air mata lelaki.Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukan kau menangis empat kali lebih banyak dari lelaki. Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki.Masakan tidak,air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh.Doktor pakar mata berkata,air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat daripada ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil. DUHAI MATA YANGH SEDANG MENANGIS….. Sungguh bertuah kau masih mampu menangis .Usah ditahan tangisan itu.Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada tuhanmu.Benar,tangisanmu itu tidak mampu mengembalikan masa lalumu.Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu.Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarang untuk melonjakan amal dan perubahan untuk hari esak. Sesunnguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup.Dengarilah pesanan Rasullullah s.a.wdalam menyampaikan kalam Yang Esa.”Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada ALLAH.”(Riwayat Ahmad dan al-Nasai’.

No comments:

Post a Comment