meaning of life

Allah menguji hamba-Nya dengan cara yang paling unik, apabila menjadikan kekurangan itu juga satu anugerah..

setiap kali duji bisikkan ke hati.. ALLAH sedang mendidik, bukankah itu bererti ALLAH menyayangi mu?

ALLAH tidak melupakanmu..

kenang DIA dalam setap ujian-NYA!


betapa banyak kepahitan masa lalu menjadi sangat manis pada masa sekarang...

ingat hakikat itu wahai diri yang sedang menangis pada hari ini..

ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu ALLAH yang maha luas!


belajar dari kesilapan masa lalu, cinta pada tugasan masa kini, bersangka baik pada masa akan datang...

INSHAALLAH akan ada senyuman di hati dan bibirmu.. :)




"Then when you have taken a decision, put your trust in Allah."
[ Surah Al-'Imran ; 159 ]

"Anyone whom Allah intends good, HE makes them to suffer from some affliction (test/pain)"

-Riwayat Al-Bukhari

It takes some pain to have those wonderful miracle and gift. Allah is listening to you you and you! HE KNOWS, EVERY SINGLE THING... ;)


Friday, March 2, 2012

poligami.. manis dalam pahit nya..

Wanita, sinonimnya apabila disentuh isu poligami kebanyakkan tidak 'senang duduk' mendengarkannya.
Suami berkahwin satu lagi, isteri kedua, bermadu dan paling tepat sekali ialah poligami.
Poligami beerti mengamalkan beristeri lebih daripada satu iaitu dua, tiga atau had maksimumnya ialah empat dalam satu masa.
Namun, poligami bukan sesuatu yang boleh di anggap mudah bagi yang berhasrat untuk melakukan.
Banyak syarat, prosedur dan perkara-perkara yang perlu diambil kira untuk mencapai poligami yang mengikut kehendak agama Islam.
Allah swt berfirman :

Surah Al-Nisa' : Ayat 3

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانكِحُوا مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا
"Maka berkahwinlah (dengan) sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan-perempuan (lain) dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." - (Surah al-Nisa':3)

Antara sebab mengapa Islam mengharuskan poligami:
01.Lelaki atau suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.
02.Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sabit membolehkan suami berkahwin lagi.
03.Menjadi pembela kepada kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
04.Menyelamatkan kaum wanita  'andalia' yang belum berpeluang mendirikan rumah tangga.
Sebenarnya, 'madu' yang dianggap pahit bagi sesetengah wanita, boleh memberi kemanisan lebih daripada madu yang dimakan sebagai penawar.
Apabila suami berhasrat untuk berkahwin lain, dan dia mampu berlaku adil dari segi material dan spiritual (ilmu agamanya), tidak layak sebenarnya kita sebagai isteri untuk menghalang hasrat tersebut.
Seorang isteri haruslah mempunyai fikiran yang positif menerima kenyataan itu.
Bukan mengamuk seperti harimau ganas, meraung seperti kucing hilang anak, malah paling teruk pergi berjumpa bomoh dengan sanggup menyekutukan Allah. Hingga melanggar batas-batas dan hilang pertimbangan.
Tahukah anda andai seorang isteri redha, syurga itu telah menjadi milik anda. Cuba fikir sejenak, bukankah dengan adanya madu, hidup kita akan lebih baik.
Sebagai contoh sebelum ini setiap hari seorang isteri perlu melayan suami, makan minumnya dan pakainya, nafkah dari segi zahir dan batin.
Isnin hingga ke Isnin seterusnya, dan sampai bila-bila hingga akhir hayatnya.
Namun, apabila dia mempunyai madu, bayangkan bukan setiap hari dia perlu melayan suaminya.
Tugas-tugas sebelum ini menjadi ringan dan bolehlah isteri pertama berehat, sementara isteri kedua melunaskan tanggungjawab yang sama kepada suami.
Begitu juga, apabila ada madu sekurang-kurangnya kita ada teman berbual, berkongsi rasa dan sahabat yang paling dipercayai selain suami.
Banyak perkara sebenarnya dapat kita lakukan bersama madu andai kita ikhlas dan redha menerimanya.
Terimalah dia seadanya dan anggaplah dia kiriman dari Allah iaitu bonus dalam mencari pahala untuk ke syurga. Tidak mahukah kita payung emas di sana kelak?
Bagi wanita yang hatinya tegar untuk menerima hakikat suami berkahwin lain dan masih belum tidak mampu untuk menerima kenyataan suami berkahwin lain. Pujuklah hati dan motivasikan diri anda.
Ingatlah firman Allah swt :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ianya baik untukmu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ianya buruk bagimu. Dan Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(Surah al-Baqarah : 216)
Terimalah realiti dengan bersandar pada Allah swt. Bersangka baiklah pada Allah. Andai anda menerima ia sebagai ujian, ianya dapat menyucikan dosa anda.
Andai anda menerimanya sebagai cabaran, ianya dapat mendidik diri anda menjadi wanita yang cekal dan tabah.
Berbaliklah kepada ilmu Allah, jika anda faham hikmah disebaliknya yang bakal anda kecapi.
Yang kedua, aktifkan fizikal dan mental anda. Memberi tumpuan kepada bacaan al-Quran dan hadis.
Fahami ia hingga menjadi serasi dengan diri anda. Pastikan anda sentiada dalam keadaan aktif dan gembira. Kemas dan bersih menjadikan anda lebih bertambah mood dalam meneutralkan emosi anda.
Yang akhir sekali, jika suami boleh membahagi cinta kepada isterinya yang lain, anda juga boleh berbuat demikian.
Bukan bermaksud kepada lelaki lain tetapi kepada Allah, Rasul, ibu bapa dan anak-anak serta manusia seluruhnya. Cinta itu sifatnya universal.
Apabila kita mengasihi makhluk lain, nescaya kita juga turut akan dikasihi.
Walaubagaimanapun, sedarlah wahai isteri. Suami bukanlah hak milik kita semutlaknya.
Saat akad dilafazkan, saat itu juga Allah telah meminjamkan suami kepada kita sebagai sumber menggapai redha Allah di dunia dan pahala untuk akhirat.
Suami bukan segala-galanya pengakhiran hidup kita. Saat kita memejam mata nanti, dia tidak akan turut serta mengikut kita ke sana.
Hanya amalan kita bersamanya yang akan dibawa bersama.
Terimalah hakikat suami adalah hak mutlak Allah swt Tuhan yang Menciptakannya. Wallahualam. _suhaiza

No comments:

Post a Comment