meaning of life

Allah menguji hamba-Nya dengan cara yang paling unik, apabila menjadikan kekurangan itu juga satu anugerah..

setiap kali duji bisikkan ke hati.. ALLAH sedang mendidik, bukankah itu bererti ALLAH menyayangi mu?

ALLAH tidak melupakanmu..

kenang DIA dalam setap ujian-NYA!


betapa banyak kepahitan masa lalu menjadi sangat manis pada masa sekarang...

ingat hakikat itu wahai diri yang sedang menangis pada hari ini..

ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu ALLAH yang maha luas!


belajar dari kesilapan masa lalu, cinta pada tugasan masa kini, bersangka baik pada masa akan datang...

INSHAALLAH akan ada senyuman di hati dan bibirmu.. :)




"Then when you have taken a decision, put your trust in Allah."
[ Surah Al-'Imran ; 159 ]

"Anyone whom Allah intends good, HE makes them to suffer from some affliction (test/pain)"

-Riwayat Al-Bukhari

It takes some pain to have those wonderful miracle and gift. Allah is listening to you you and you! HE KNOWS, EVERY SINGLE THING... ;)


Monday, October 20, 2014

monolog hari lahir

 Entah mengapa,dihari lahir kali ini hatiku sayu sekali.ucapan tahniah dan hadiah yang melimpah,tidak dapat mengusir segala kesepian yang menjengah.hati terpasung oleh kata-kata yang pernah diucapkan oleh saudina ali:
‘’Manusia semua tidur,bila mati baru mereka terjaga’’
                                                           
Kata2 itu menusuk ke lubuk hati.merobek2 sisa2 kegembiraan yang masih tersisa.apakah aku masih tidur?ahh..tidur yang sangat panjang kalau begitu.teringat pula pesan imam ghazali:
‘’ada manusia yang sedang ketawa ria,sedangkan kain kafannya sedang dirobek2’’

Ya,esok ulang tahun kelahiranku.sudah hampir separuh abad aku bernaung dibawah langitMU,YA ALLAH.belum pun aku terasa menjadi hambaMU yang sebenar.masih berpura2.Alangkah alpanya dan berdosanya aku.Apakah sisa umurku masih panjang?atau,hanya seketika lagi?aku tidak pasti.

Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjang umur,hakikatnya umurku semakin pendek.bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan?dan hari ini,esok dan lusa aku menapak lagi..semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan.duhai,tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi..selamat pulakah hari matiku?

Aku belum bersedia untuk bertemuMU,ya ALLAH.walaupun aku tahu,siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu.Ya ALLAH ..segalanya kekuatan hanya  padaMU jua.KAU yang MAHA TAHU apa terbaik buatku,AKU merayu padaMU,Ya ALLAH pada tarikh ini..untuk mengemis keampunanMU dengan tangan yang berdosa,dengan hati yang tercela.jika tidak mengenangkan yang ENGKAU Maha Pengampun,aku tidak dating,YA ALLAH.rasa malu dan hina untuk meminta.Apakah aku diterima.

YA ALLAH..pada hari ini,kupinta leraikanlah segala kekusutan difikiranku.mohon dijinakkan nafsu liarku.Tenangkanlah gejolak hati ini.Wahai yang Maha Adil,kutiplah aku untuk menampung sekalipun di pinggiran rahmatMu.walau sering aku lupa,namun aku sentiasa mendamba.

Entah mengapa,gelombang rasa ini sering datang dan pergi.gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang.jangankan mutmainnah ,malah ammarah pula yang sering melanda.kekadang aku sendiri bertanya ..akukah aku ini?terasa diri bersalin dua,tiga dan..YA ALLAH,jauhkanlahku dari topeng munafik yang menipu daya ini.


Aku bukan hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah.bukan jua umar al khattab yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa.pun bukan seumpama rabiatul adawiyah yang sentiasa berkata’’sesungguhnya istigfarku memerlukan satu istigfar lagi’’
 Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa.hatiku keras amat.kucuba menangis dengan rasa kesal.tapi gagal.mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis?YA ALLAH..kerasnya hatiku ini.mohon dilembutkan.YA Rabbi.atau mohon aku diberi ‘hati’ yang lain.hati yang ada ini bagaikan sudah mati,YA ALLAH.


Aku kembara telah jauh.Namun,kolam hatiku kian keruh.Beban tambah berat,diriku kian penat.urusan kian payah.jiwa semakin gundah.justeru,mudah-mudahan hari lahirku ini aku akan dilahirkan semula.Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMU.yang mampu hidup antara lingkungan takut dan lingkungan harap.Takut,kalau2 dimurkai,harap,minta2 diampun.
Buat sahabat,teman dan kenalan..terima kasih diatas ingatan kalian.pada yang jauh,maafkanku kerana gagal mendekat.pada yang hampir,maaf kerana tidak pandai membelai.Akhirnya,terimalah cebisan kata ini(mungkin ini pun masih dari terowong jiwaku yang gelap gelita)


   Kata pujangga..kita akan temui semula sesuatu yang kita hilang ditempat yang kita kehilangannya.dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang  lebih baik.Teringat aku ungkapan bahasa inggeris yang pernah menjadi hiasan meja sewaktu aku belajar dahulu’’ in life,what sometimes appears to be the end is really a new beginning…’’


Mudah2an..ini adalah permulaan yang baik.ameen YA rabbulalamin….


Yakinlah sesuatu yang ditakdirkan berlaku,pasti berlaku.belajarlah melepaskan.usah dicalarkan iman dengan istilah ‘jika’ atau ‘kalau’.inalillah,redha dan pasrahlah dengan segala istirja’.walau ditangan di bawah mata sendiri,andai ditakdirkan hancur,terlepas dan musnah,pasti punah jua.paling penting,bersangka baiklah…ALLAH akan menyelamatkan,ALLAH akan memberikan ketenangan dan keamanan.pahit jadi ubat.manis jadi madu..tetap menjadi ubat.


Kita didunia umpama layang2 dilangit takdir.kita terbang tinggi,rendah,jauh ,dekat,hanya dilembayung iradahNYA.kita akan terbang selagi ada angin dibekalkan,selagi kertas tidak koyak,selagi rangka masih teguh.tapi apabila tali sudah ditarik,turunlah dengan redha.kita tidak berhak untuk terus ‘terbang’ sekiranya maut menjemput pulang…


very thanks,
life

Saturday, September 20, 2014

Rahsia lelaki Berjaya


APEK tua ni hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura.

Tak ramai yang cam atau kenal siapakah apek ini hinggalah baru-baru ini akhbar republik itu mendedahkan identitinya.

‘Apek’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Lim Siong Guan.
Lim untuk pengetahuan anda adalah orang nombor satu di negara itu yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan khazanah Singapura.

Jawatan yang disandangnya adalah Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC, atau kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu – Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura.

Punyalah ‘humble’ dan ‘sempoy’ Lim ni, beg duit dia pun tak pernah berganti sejak 10 tahun lalu, siap ada sticker yang cucu-cucunya lekat.

Di pejabat, perkara ‘kecil’ seperti melekatkan setem pun akan dilakukannya sendiri tanpa mengharapkan budak pejabat.

Rutin kerja Lim adalah – empat hari di Singapura, San Francisco, New York, London, Singapura; dan empat hari lagi pusing Asia: Singapura, Mumbai, Tokyo, Seoul, Beijing, Shanghai, Singapura.

Lim juga menolak untuk diberikan limosin sesuai dengan kedudukannya, cukuplah sekadar tuala kecil untuk dia membersihkan diri ketika berada di mana-mana negara yang beliau singgah.

Berusia 67 tahun, Lim digelar ‘Superman’ kerana kesungguhan beliau menjalankan tanggungjawabnya walaupun sudah layak pencen dan duduk di rumah.

Soalan yang paling kerap beliau tanyakan pada pekerjanya adalah – ” Ada tak perkara yang boleh saya bantu untuk membolehkan anda melakukan tugas dengan lebih baik? ”

Agak-agak ada tak mana-mana CEO GLC kat Malaysia ni yang bersikap seperti mana yang ditunjukkan Lim?

Wednesday, September 10, 2014

usahawan muda bella ammara



Veri Inspiring - Kisah Owner Bella Ammara, OSRA and Pudore
Tulisan saya pada tarikh 22 Julai 2013 (Last Year)

Salam.

Hari ini genap 1 tahun Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan ke 1200 pasang hari ini. Selama 1 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa saya bermula? Ini saya, cara saya dan tulisan saya. Baca dan fikirkan.

Saya bermula dengan mengkaji sendiri 'asas-asas pembentukan wang di dunia' semasa saya bekerja as a chemist di makmal aerogel di Nilai. Sebagai seorang Chemist - Google, buku, blog dan youtube adalah kawan baik saya. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney saya telaah. Kimia mengajar saya untuk buat kajian sebelum lontarkan konklusi. Dalam 1 tahun saya mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia, dan saya sedar, kita semua banyak ditipu. Dan saya sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Saya takut. Saya berhenti as a chemist kerana saya rasa makin lama saya kerja makan gaji, saya akan jatuh miskin. Sebab saya jumpa INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Gila.
Saya berhenti.

Saya join banking sebab saya nak tau apa bank buat. Dalam kajian saya - 'Banking System' adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita miskin. Saya join bank as 'Gold Trader'. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan EMAS & PERAK sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas bodoh yang makin jatuh nilai. Duit tidak jatuh nilai. Saya gali isi bank sampai Saya jumpa sistem mereka - 'Fractional Reserve System'. Sistem dimana mereka cipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit dicipta, makin jatuh nilai duit dan makin miskinlah kita. Saya kerja sampai saya sampai matlamat saya - no.1 Gold Trader di bank tersebut. Alhamdulillah saya dapat dan terus berhenti. Saya fikir saya harus ubah diri saya sebelum saya ubah pemikiran orang lain.

July 2012 saya bertunang. Dan 5 bulan selepas itu adalah majlis perkahwinan saya. Duit kawin? ZERO. Kerana saya percaya Allah itu maha berkuasa. Saya nak bina masjid, Allah akan tunaikan. Saya gamble. Dan saya pegang pada kata Rasulullah dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Saya lihat Melayu kita? Rupanya kaum asing lebih percaya pada kata Rasulullah berbanding Melayu kita. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah saya cuba! Cu

ba berniaga. Saya bermula dengan pinjam duit mak saya. RM1,000 untuk buat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang saya Belle. Kenapa saya tak buat loan bank? Sumpah demi Allah saya tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan 'interest/riba' dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Saya nak berniaga kenapa saya nak murkakan Allah? Saya tolak riba. Saya pinjam duit mak.

Saya percaya kuat pada kuasa Allah SWT. Saya cuba jaga solat saya, sedekah saya, kerana sedekah itu penambah rezeki. Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak saya + Jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, saya boleh kawin menggunakan duit saya sendiri (cash), Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang alhamdulillah selesa bersama 2 ekor kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu family members mendapat duit lebih, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri di Setapak dan dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan saya.

Mungkin ini baru 1 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup saya. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 1200 pasang hari ini. Apa yang saya nak cakap. Dunia makin teruk. Saya yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan jatuh miskin kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Hari ini hampir cecah 17% world inflation/year. Keluarlah dari kehidupan 'hanya makan gaji' & carilah duit lebih. Usaha dan ingat! Allah akan bantu. yaAllah dia pemberi rezeki. Saya harap suatu hari nanti dengan rezeki yang saya dapat, saya dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Saya tak kedekut ilmu. Aku boleh bagi 110% ilmu yang aku saya. Jumpa saya. Saya share dan ajar.

Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau bonus tak dapat, cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah dan jujurkah kita semasa bekerja?

HAPPY BIRTHDAY BELLA AMMARA
........................

Hari ini 6 September 2014
Alhamdulilah.
1. Production 10 kali ganda sebulan dari tahun lepas.
2. Berjaya buat brands lain - Pudore dan Osra
3. Berjaya mempunyai studio photography sendiri.
4. Berjaya buka Bella Ammara Shah Alam.
5. Masih berjaya tidak lakukan loan bank dan tidak mempunyai kad kredit.

Masih kuat percaya kuasa ALLAH SWT.



Monday, September 8, 2014

3 Cara Mudah Untuk Menarik Rezeki



Ayuh!jom berniaga, majukan ekonomi ummah! 

saat kau rasa nak rebah dalam hidup, atau mungkin kau rasa tak mampu nak capai tujuan kau, kau bergantung penuh pada ALLAH. dan teruskan langkah yang kau impikan. tak salah kau nak mimpi. tapi kau kena usaha agar mimpi kau tercapai. ALLAH menjanjikan kebaikan pada hambanya yang berusaha. 

and because rezeki ALLAH S.W.T is everywhere jugak kan, sebab tu kau kena usaha lebih iman.





Rezeki, Allah yang pegang.
Minta dengan Dia dulu..
Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup. Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki.
Artikel ini bukan bertujuan untuk mengajar pembaca tentang bagaimana mendapat rezeki, tetapi sekadar perkongsian pengalaman lalu penulis yang mungkin boleh sama-sama memberi panduan manfaat.
Yang penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah..

1. Menarik Rezeki Dengan Bersedekah

Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.
Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan.
Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapa jumlah wang yang kita berikan?
Bersedekah bukanlah memberikan sekecil-kecil wang yang kita miliki, Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata “Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia.
Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah. Kerana niat kita bukanalah untuk bersedekah, sebaliknya memberi sedikit wang kepada orang tersebut.Bersedekah dengan semampu yang boleh. Fahamkah perkataan “semampu” itu.
Tidak mungkin kita hanya mampu menghulurkan hanya 10sen sahaja, kan? =)
Lakukanlah sedekah dengan  ikhlas. ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.
Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan. “Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan pula pergi membazir.”
Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyakiti hati si penerima tersebut. Maka membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi berupa sedekah.. rugi bukan?
Jangan mengharapkan balasan
Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah lebih mulia disisi Tuhan berbanding mengharapkan balasan.
Allah menyatakan dalam firmanNya;
“Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih.” [Al-Bakarah: 274]
Memberikan sesuatu yang berguna
Pernah terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang? Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan yang ingin dibuang. Kita hendak bersedekah, bukan menolak “sampah” kita kepada mereka yang tidak bernasib baik.
Saya pernah terbaca catatan dari Rumah Pengasih (Saiful Nang) yang menceritakan rumah kebajikan seliaannya pernah menerima sumbangan seluar dalam yang koyak rabak dan dalam keadaan menjijikkan. Bagaimana kita boleh mengharapkan rahmat Allah kepada kita sedangkan kita membuat perbuatan seperti itu?
Buatlah si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira. Insyaallah, jauh disudut hati mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat.

2. Menarik Rezeki dengan Berdoa

Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa  dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.
Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.
“Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha kaya, wahai Tuhan yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaan-Mu bukan daripada mereka selain daripada -Mu.”

3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha

Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.
Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita.
Dari pengalaman saya sendiri, jika diikutkan duit elaun saya (saya masih seorang pelajar) sememangnya tidak cukup untuk menampung kos hidup dan pelajaran saya. Apatah lagi untuk membuat simpanan wang.
Namun, setakat ini Allah masih mencukupkan rezeki saya tanpa perlu meminta dari ibubapa saya atau orang lain. Insyaallah, setiap bulan pasti ada orang yang menyewaruang iklan diblog ini, membeli pakej pelancongan dan mengambil pakej fotografi daripada saya. Walaupun tidak menjadikan saya kaya, tetapi sekurang-kurangnya boleh menyara kehidupan saya sendiri tanpa menyusahkan sesiapa. Amalannya adalah Solat Sunat Dhuha. =)
 =)


Azlina bt Osman
(iman azan)
owner of iman azan collections (business online)

 produk yang boleh didapati:

1. Stoking (hitam&cream)-boleh dipakai solat.
2. Handsock (pelbagai jenis)
3. Button badges (new design), Islamic quotes!
4. Tudung muslimah pelbagai jenis (bidang 50 & 60 sahaja)
5. Susu kambing pelbagai perisa(cth:chocolate,vanilla,strawberry)
6. Keronsang Azalea pelbagai jenis dan corak menarik
7. Jubah dan Kurta lelaki (pelbagai design menarik!! Al haramain, daffah dan sbgnya)
8. T-shirt muslimah gorjes!
9. Kuih dan Kerepek rangup!!

~gambar akan di post kemudian~

pengedar diperlukan:

contact number: 0134560469(call or wasap)

Pengedar setiap zon negeri diperlukan

Thursday, August 21, 2014

Pakai Tudung Labuh Pun Tak Semestinya Baik?


Semalam keluar makan dengan family dan tetiba terdengar satu keluarga tengah bercakap.
Tak ada niat nak mencuri dengar perbualan orang tapi mereka cakap kuat sangat so boleh dengar setiap bait bait ayat mereka. Acewaahhh.
Salah satu ayat yang keluar daripada salah seorang dari mereka “Pakai tudung labuh pun tak semestinya baik”
Ayat ni sering kita dengar dan Nik tak nafikan pernah keluar daripada mulut Nik juga sebelum ni.
Tapi bila fikir fikir balik, kenapa kita nak menghukum atau berburuk sangka dengan seseorang sedangkan kita sendiri tak tahu dia macam mana dulu dan sekarang.
And layak ke kita nak menghukum seseorang?
Jawapannya TAK. Sebaik mana pun kita, sejahat mana pun kita, kita tak mempunyai hak nak menghukum seseorang.
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)
Diri ni tertanya tanya juga kenapa susahnya seorang perempuan nak bertudung? Mungkin Nik tak faham perasaan mereka sebab parents ajar Nik dari kecil untuk bertudung.
Nik suarakan soalan Nik kat parents Nik. Abah jawab , ‘jawapan ada pada diri masing masing .’
Okay, terima kasih Abah. Nik faham maksud abah. Maksudnya , apa yang kita lakukan dalam hidup kita sama ada benda baik atau buruk semuanya atas diri kita dan hanya kita yang tahu niat hati kita.
Mungkin kita buat baik tapi niat kita buruk , mungkin kita buat jahat tapi niat kita baik (ada ke ?), Wallahualam. Tipulah kalau Nik tak pernah hidup dalam dosa.
Ya Allah bila ingat balik semua dosa dosa yang dibuat sama ada dosa kecil atau besar rasanya berat sangat. Tapi benda lepas janganlah jadi kan penghalang untuk kita bertaubat. Alhamdulillah pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita.
Okay proceed dengan main thing bout this post ( ehh tadi bukan main thing ke ?), actually Nik nak kongsi tanggapan Nik masa dulu dengan realitinya sekarang .
Tutup aurat sekadar bertudung , tutup rambut dan leher

Isu Mengenai Tudung Labuh

 Tanggapan :

Alaa dah okay la ni pakai tudung. Rambut tak nampak, leher pun tak nampak. Nampak sikit sikit tu biasalah. Dah memang tudung jenis jarang . Tak kan nak pakai inner neck. Panas lah pulak. Dah la cuaca kat Malaysia ni panas.
Alaaa panjangnya shawl ni. Lipat biar jadi pendek sikit. Labuh labuh buat serabut pulak haaa.
Malas lah nak pakai baju lengan panjang, pakai baju lengan pendek je lah kedai dekat je pun.
Alaa dah pakai baju lengan panjang kenapa nak pakai handsock.
Ehh perlu ke pakai stoking, tak cantik pakai sandal dengan stoking. Ala nak pergi kafe, tak payah pakai stoking.

Realiti :

Bertudung bukan hanya menutup rambut dan leher. Tapi juga bahagian dada, bahu dan bahagian belakang sehingga mencecah pinggang.
Mula mula mungkin kita tak selesa tapi insyaAllah kalau dah terbias , kita akan rasa tenang dan selesa. Nik pun sama. Mula mula pakai tudung bawal bidang 45′, bahagian dada terdedah, hanya separuh bahagian bahu dan bahagian belakang.
Bila seorang sahabat meminta Nik pakai tudung bawal bidang 60′, Alhamdulillah selesa sangat. Tudung menutupi bahagian dada ( sehingga bawah dada ), bahagian bahu ( sehingga siku ) dan bahagian belakang ( sehingga pinggang ).
Alhamdulillah tak adanya istilah ‘serabut’. Rasa secure sangat. Tak percaya cubalah.
Inner tudung? Alhamdulillah selalu dipakai. Kenapa?
Nik tak nafi kan jenis kain tudung bawal atau shawl sekarang sangat nipis. Apa salahnya memakai inner tudung. Daripada ragu baik kita pakai je. Lengan juga aurat jadi kita wajib tutup aurat.
Dekat atau jauh tempat dituju, pakai lah baju lengan panjang. Jika sudah memakai baju lengan panjang, jangan lupa ketika bercakap kita akan selalu mengerakkan tangan. Maka lengan baju juga akan bergerak, mana lah tahu dalam sedar tak sedar ternampak kulit lengan kita so pakai lah handsock.
Stoking ? Kenapa berstoking? Kulit kaki juga adalah aurat. Seelok-eloknya pakai lah stoking walau kita hanya memakai selipar, sandal atau kasut sekalipun. Tak susah, handsock dengan stoking tu ringan je .
Kalau nak sempurna kena pakai tudung labuh ( bulat atau koshibo )

Tanggapan :

Kalau nak jadi baik, nak sempurna aurat kena pakai tudung bulat / koshibo .

Realiti :

Sebenarnya kita di wajibkan menutup aurat. Ada pelbagai syarat untuk menutup aurat. Cukup lah sekadar bertudung tapi memenuhi syarat syarat yang ditetapkan dalam islam.
Tak kisahlah nak pakai tudung bawal ke, shawl ke atau tudung Ariani tapi ingat mestilah memenuhi syarat syarat yang ditetapkan.
Kalau pakai tudung labuh………
Tanggapan :
Kalau pakai tudung labuh kan nanti kawan kawan panggil ustazah. Kalau pakai tudung labuh kan nanti tak ada orang nak kawan dengan aku. Kalau pakai tudung labuh kan orang cop aku munafik . Kalau pakai tudung labuh kan nanti orang pandang pelik .

Realiti :

Mula mula memang orang akan pandang. Memang akan dijadi bualan. Memang akan dituduh macam macam.
Tapi mana lebih baik? Redha manusia atau redha Allah S.W.T? Susah orang nak terima perubahan kita lebih lebih lagi kalau kita pernah melakukan kesalahan.
Tapi daripada sibuk mencari penerimaan manusia baik kita sibuk mengejar penerimaan Allah . Orang bercakap sekejap saja . Lama lama diam lah tu , mulut pun nikmat Allah.
InsyaAllah , Allah akan tutup mulut orang yang bercakap.
Macam Ustazah? Gembira lah kalau mendapat gelaran itu. Bukan senang untuk menjadi seorang ustazah .
Kalau dah bertudung / bertudung labuh nanti tak boleh berfesyen .

Tanggapan :

Kalau pakai tudung/bertudung labuh mana boleh dah berfesyen. Kalau pakai tudung/bertudung labuh tak boleh pakai seluar nanti. Kalau pakai tudung/bertudung labuh tak boleh ikut trend terkini. Kalau pakai tudung/bertudung labuh nanti tak dapat pakai cantik cantik.

Realiti :

Sekarang macam macam jenis tudung ada di Malaysia. Pelbagai corak dan perhiasan. Hanya tunggu memilih mana yang sesuai dengan kita.
Islam tidak melarang kita untuk berfesyen tapi ada syaratnya. Apa syaratnya?
Menutup aurat dan tidak keterlaluan. Senangkan?
Islam juga tidak melarang muslimah untuk berseluar tapi juga ada syaratnya. Apa syaratnya? Seluar mesti longgar dan tidak menampakkan bahagian pinggul dan bentuk badan. Nak senang gandingkan seluar itu dengan baju yang labuh melepasi pinggul. Kan senang ?
Lihatlah Akak Dena Bahrin, Diana Amir, Yatt Hamzah, Heliza Helmi boleh je berfesyen walaupun bertudung labuh. Kenapa kita tak boleh? Tepuk dada tanya selera ( acewahhhh sastera sangat )
Bertudung & Bertudung labuh tak semestinya………

Tanggapan :

Bertudung & bertudung labuh tak semestinya baik. Bertudung & bertudung labuh tak semestinya tak mengumpat. Bertudung & bertudung labuh tak semestinya dah berubah jadi baik.
Bertudung & bertudung labuh tak semestinya  solat cukup. Bertudung & bertudung labuh tak semestinya alim. Bertudung & bertudung labuh tak semestinya tak pernah buat salah.

Realiti :

Amboi bersangka buruk betul. Kita dah sedia maklum dalam hidup kita kena selalu bersangka baik. Apa yang wajib harus kita lakukan. Kalau menutup aurat itu wajib , baik atau jahat perangai kita wajib menutup aurat.
Kalau kita sudah menutup aurat kerana Allah S.W.T maka automatik hati kita terbuka untuk menerima hidayahNya. Jangan judge mereka daripada kisah lampau hidup mereka.
Semua orang melakukan kesilapan. Tak ada orang terlepas daripada melakukan kesalahan. Cuma sama ada kita sedar atau tak yang kita melakukan kesalahan.
Daripada sibuk judge pasal orang apa kata bertaubat untuk setiap kesalahan kita . Berfikiran buruk pun kesalahan juga . Maka bertaubatlah .
Itu tanggapan Nik dulu dan realiti sekarang.
Alhamdulillah, Allah buka minda untuk berfikir, Allah lapangkan dada untuk mencari jawapan. Bukan senang kita nak berubah daripada diri kita yang lama tapi dengan usaha kita mampu.
Kuncinya adalah bersangka baik . Nik tak point kan kepada sesiapa . Even diri sendiri pun belum sempurna. Apa yang Nik dapat pengetahuan untuk berhijrah maka Nik kongsikan .
Tak ada masalah dan salah untuk berkongsi . Kita ada hak untuk berkongsi ilmu atau menegur kesalahan orang tapi mesti lah berhikmah .
Harap semua dapat menerima post kali ini dan mendapat manfaat darinya . Maaf jika ada salah dan terkasar bahasa .
Wallahualam .
Daripada Nik


Monday, August 11, 2014

la tahzan, la taqaf, innallahamaana


La Tahzan, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia


la tahzan
la tahzan
Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.

Wanita,
Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

La tahzan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.
Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.

Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya.

La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.

Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.

InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.

” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]

La tahzan. Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.

“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]

Dan ingatlah,

“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-

La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)
La tahzan (2)
La tahzan

Monday, August 4, 2014

12 perkara yang kau ‘wajib buat’ (wajibat) ketika bujang.

Dari hang dok meroyan tu, bila nak dapat jodoh tu sambil update-update status sedih. Mai check it out benda-benda wajib yang korang kena buat time bujang.
Star wars
Serius bro wajib! Orang kata wajibat! Kalau kau tak buat. Kau akan rugi selama-lamanya.
Ha ha ha.
Sambil selak rambut. 12 perkara itu adalah.

1) Tinggalkan rumah, jangan duduk dengan mak ayah.

wall-e-having-a-good-time10
Perkara pertama yang orang bujang mesti buat adalah tinggalkan rumah. Keluar daripada comfort zone. Pergi merantau jauh daripada mak ayah, sama ada pergi merantau menuntut ilmu atau merantau pergi kerja. Sebab apa aku kata macam ni? Bila kita jauh daripada mak ayah, kita akan lebih berdikari. Sifat berdikari ini akan memupuk sifat kematangan di dalam diri kita. Bila kita matang, inshaAllah keputusan-keputusan yang kita buat dalam hidup adalah keputusan yang bukan semborono dan ikut emosi semata-mata.
Antara petanda matang tu.
- Tak minta duit daripada mak ayah lagi
– Bila ada masalah cuba selesaikan sendiri.
– Tidak membuatkan mereka risau
– Pandai pilih kawan dan jaga diri
– Dan banyak lagi
p/s: Tapi ini tidaklah bermaksud kita melupakan mereka. Tidak! Sebulan sekali atau setahun sekali jika berada di obersee baliklah ke kampung halaman. Seminggu paling kurang dua kali kita wajib call mereka atau depa call kita vice versa.

2) Travel

travel 3Travel 1travel (1)
Ooo. Ini wajib, orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Kita bukan pi travel suka-suka je. Sambil travel tu kau boleh lihat betapa luas dan indahnya alam ciptaan Allah ini sambil melihat ragam manusia yang macam-macam. Haaa, lepas dah kahwin susah sikit nak travel ni. So, ambil la peluang sekarang. Dari kau duduk meroyan bila jodoh nak sampai, baik pergi travel :)

3) Cari ilmu banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak !!!!

He_must_Study_Hard_by_Fobidik
Masa bujang ni lah kita kena jadi orang yang dahagakan ilmu, jadi pencari ilmu yang tegar, bukan pencari jodoh yang tegar ye. hehe. Kalau dah dapat satu degree, jangan puas hati lagi, sambung degree lain, ataupun master lain. Bosan? Jangan kata gitu bro. Menuntut ilmu ni sampai mati pun kita kena menuntut ilmu. Jangan pernah rasa ilmu di dada ni dah cukup. So, kenapa time bujang? Sebab orang bujang ni tersangat-sangatlah punya banyak masa. Tiada tanggungjawab sangat, tiada komitmen sangat, duit pun guna untuk diri sendiri je. So, duit yang ada, apa salahnya kita spend sikit untuk ilmu. Sambung sijil/diploma pun ok juga. Kau ambil lah, diploma bahasa arab ke syariah ke, ekonomi ke. Ikut apa yang kau tengah suka dan semangat.

4) Spend duit beli buku.

530169_10151151090236253_116450812_n
Orait ini satu lagi. Buku ni jambatan ilmu bro. Dari kau habiskan duit beli gadjet, atau bertukar-tukar sport rim kereta, apa salahnya kau allocate sekian jumlah duit untuk beli buku bulan-bulan. Beli la apa-apa buku yang kau suka. Sebulan sebuah pun jadilah. Motivasi, agama, kewangan, kekeluargaan? Semua boleh..

5) Belajar bawak kereta.

sense-of-safety
Ini penting sekali. He he he. Kalau time bujang tak reti bawa kereta, dah kahwin nanti susah bro. Jadi belajarlah dari sekarang. Bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian.

6) Join Usrah

uisp-4
Gua sarankan korang semua, join usrah. Haha. Jujur, wa cakap lu, usrah ini tak skema, malahan medan untuk kita meluaskan lagi kenalan, sambil menambahkan fikrah islamiyah kita. Senang cerita usrah ini tak skema la. Bagi aku, usrah ini banyak membantu diri aku jadi lebih baik.
Hehe. Kalau nak tahu apa itu usrah, korang boleh dapatkan buku aku. Sorry promo jap. “Usrah Ini Semua Poyo’ di pasaran.

7) Cuba benda baru

chinese_041
Cuba benda baru setiap hari. Jangan asyik melepak je sampai pagi. Lepas tu tidur sampai ke tengah hari. Hari minggu tidur, tak tidur, melepak.  Keluarlah dari lingkungan dan comfort zone kita.  Macam belajar menembak ke, memanah ke, pergi hiking ke, scuba diving ke, belajar buat kek ke, buat video ke, dokumentari ke, naik basikal keliling malaysia ke, berenang keliling lautan cina selatan ke, dengan kata lain, cuba benda baru setiap hari. Jangan takut pada cabaran. Anak muda jiwa kental.  images (27)

8) Berniaga kecil-kecilan

Gunakan peluang di usia muda ini untuk berniaga kecil-kecilan. Cari sumber pendapatan sendiri, jangan terlalu mengharapkan mak ayah. Dari situ, kita baru tahu erti susahnya mencari rezeki.

9) Simpan duit dan Belajar perancangan kewangan

Pengurusan Gaji
Ramai anak muda masa kini memang zero knowledge pasal perancangan kewangan. Panduan menyimpan, panduan melabur, panduan beli kereta, panduan membayar hutang, dan lain-lain. Kesannya depa tak tahu pun ke mana duit mereka dihabiskan. Boros macam tu aja.
So, penting semasa zaman bujang ini kita belajar tentang cara-cara merancang kewangan. Gugel aja, banyak website-website yang boleh ajar kita.
Kalau mahu berguru, saya sarankan rakan saya ini Alwi Adam Ezzaz Wealth. Terbaik sama lu.

10) Jaga kesihatan, awasi berat badan dan banyakkan exercise

chom
Ramai anak muda menghidap obesiti, cepat letih, kencing manis, tekanan darah tinggi dan macam-macam lagi. Puncanya ialah mereka mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Jaga pemakanan, jaga kesihatan dan banyakkan beriadah. Seminggu at least 3 kali.

11) Suka Apa yang kau buat

560951_397238933663027_2025554129_n (1)

12) Cari jodoh

kahwin
Masa bujang ini jugalah masa untuk cari jodoh. Jodoh adalah anugerah Ilahi, jangan menidakannya. Jika dah sampai seru, kahwinlah. Jika belum lagi, jangan resah. Tips-tips di atas kau boleh lakukan sambil menghayati betapa indahnya zaman bujang atau zaman muda yang Allah swt anugerahkan kepada kita. Dari dok meroyan update status setiap hari wat apa kan? Baik buat wajibat-wajibat dekat atas.
Selamat mencuba.
 sumber: aku bukan suparman