meaning of life

Allah menguji hamba-Nya dengan cara yang paling unik, apabila menjadikan kekurangan itu juga satu anugerah..

setiap kali duji bisikkan ke hati.. ALLAH sedang mendidik, bukankah itu bererti ALLAH menyayangi mu?

ALLAH tidak melupakanmu..

kenang DIA dalam setap ujian-NYA!


betapa banyak kepahitan masa lalu menjadi sangat manis pada masa sekarang...

ingat hakikat itu wahai diri yang sedang menangis pada hari ini..

ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu ALLAH yang maha luas!


belajar dari kesilapan masa lalu, cinta pada tugasan masa kini, bersangka baik pada masa akan datang...

INSHAALLAH akan ada senyuman di hati dan bibirmu.. :)




"Then when you have taken a decision, put your trust in Allah."
[ Surah Al-'Imran ; 159 ]

"Anyone whom Allah intends good, HE makes them to suffer from some affliction (test/pain)"

-Riwayat Al-Bukhari

It takes some pain to have those wonderful miracle and gift. Allah is listening to you you and you! HE KNOWS, EVERY SINGLE THING... ;)


Thursday, August 21, 2014

Pakai Tudung Labuh Pun Tak Semestinya Baik?


Semalam keluar makan dengan family dan tetiba terdengar satu keluarga tengah bercakap.
Tak ada niat nak mencuri dengar perbualan orang tapi mereka cakap kuat sangat so boleh dengar setiap bait bait ayat mereka. Acewaahhh.
Salah satu ayat yang keluar daripada salah seorang dari mereka “Pakai tudung labuh pun tak semestinya baik”
Ayat ni sering kita dengar dan Nik tak nafikan pernah keluar daripada mulut Nik juga sebelum ni.
Tapi bila fikir fikir balik, kenapa kita nak menghukum atau berburuk sangka dengan seseorang sedangkan kita sendiri tak tahu dia macam mana dulu dan sekarang.
And layak ke kita nak menghukum seseorang?
Jawapannya TAK. Sebaik mana pun kita, sejahat mana pun kita, kita tak mempunyai hak nak menghukum seseorang.
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak berprasangka; Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)
Diri ni tertanya tanya juga kenapa susahnya seorang perempuan nak bertudung? Mungkin Nik tak faham perasaan mereka sebab parents ajar Nik dari kecil untuk bertudung.
Nik suarakan soalan Nik kat parents Nik. Abah jawab , ‘jawapan ada pada diri masing masing .’
Okay, terima kasih Abah. Nik faham maksud abah. Maksudnya , apa yang kita lakukan dalam hidup kita sama ada benda baik atau buruk semuanya atas diri kita dan hanya kita yang tahu niat hati kita.
Mungkin kita buat baik tapi niat kita buruk , mungkin kita buat jahat tapi niat kita baik (ada ke ?), Wallahualam. Tipulah kalau Nik tak pernah hidup dalam dosa.
Ya Allah bila ingat balik semua dosa dosa yang dibuat sama ada dosa kecil atau besar rasanya berat sangat. Tapi benda lepas janganlah jadi kan penghalang untuk kita bertaubat. Alhamdulillah pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita.
Okay proceed dengan main thing bout this post ( ehh tadi bukan main thing ke ?), actually Nik nak kongsi tanggapan Nik masa dulu dengan realitinya sekarang .
Tutup aurat sekadar bertudung , tutup rambut dan leher

Isu Mengenai Tudung Labuh

 Tanggapan :

Alaa dah okay la ni pakai tudung. Rambut tak nampak, leher pun tak nampak. Nampak sikit sikit tu biasalah. Dah memang tudung jenis jarang . Tak kan nak pakai inner neck. Panas lah pulak. Dah la cuaca kat Malaysia ni panas.
Alaaa panjangnya shawl ni. Lipat biar jadi pendek sikit. Labuh labuh buat serabut pulak haaa.
Malas lah nak pakai baju lengan panjang, pakai baju lengan pendek je lah kedai dekat je pun.
Alaa dah pakai baju lengan panjang kenapa nak pakai handsock.
Ehh perlu ke pakai stoking, tak cantik pakai sandal dengan stoking. Ala nak pergi kafe, tak payah pakai stoking.

Realiti :

Bertudung bukan hanya menutup rambut dan leher. Tapi juga bahagian dada, bahu dan bahagian belakang sehingga mencecah pinggang.
Mula mula mungkin kita tak selesa tapi insyaAllah kalau dah terbias , kita akan rasa tenang dan selesa. Nik pun sama. Mula mula pakai tudung bawal bidang 45′, bahagian dada terdedah, hanya separuh bahagian bahu dan bahagian belakang.
Bila seorang sahabat meminta Nik pakai tudung bawal bidang 60′, Alhamdulillah selesa sangat. Tudung menutupi bahagian dada ( sehingga bawah dada ), bahagian bahu ( sehingga siku ) dan bahagian belakang ( sehingga pinggang ).
Alhamdulillah tak adanya istilah ‘serabut’. Rasa secure sangat. Tak percaya cubalah.
Inner tudung? Alhamdulillah selalu dipakai. Kenapa?
Nik tak nafi kan jenis kain tudung bawal atau shawl sekarang sangat nipis. Apa salahnya memakai inner tudung. Daripada ragu baik kita pakai je. Lengan juga aurat jadi kita wajib tutup aurat.
Dekat atau jauh tempat dituju, pakai lah baju lengan panjang. Jika sudah memakai baju lengan panjang, jangan lupa ketika bercakap kita akan selalu mengerakkan tangan. Maka lengan baju juga akan bergerak, mana lah tahu dalam sedar tak sedar ternampak kulit lengan kita so pakai lah handsock.
Stoking ? Kenapa berstoking? Kulit kaki juga adalah aurat. Seelok-eloknya pakai lah stoking walau kita hanya memakai selipar, sandal atau kasut sekalipun. Tak susah, handsock dengan stoking tu ringan je .
Kalau nak sempurna kena pakai tudung labuh ( bulat atau koshibo )

Tanggapan :

Kalau nak jadi baik, nak sempurna aurat kena pakai tudung bulat / koshibo .

Realiti :

Sebenarnya kita di wajibkan menutup aurat. Ada pelbagai syarat untuk menutup aurat. Cukup lah sekadar bertudung tapi memenuhi syarat syarat yang ditetapkan dalam islam.
Tak kisahlah nak pakai tudung bawal ke, shawl ke atau tudung Ariani tapi ingat mestilah memenuhi syarat syarat yang ditetapkan.
Kalau pakai tudung labuh………
Tanggapan :
Kalau pakai tudung labuh kan nanti kawan kawan panggil ustazah. Kalau pakai tudung labuh kan nanti tak ada orang nak kawan dengan aku. Kalau pakai tudung labuh kan orang cop aku munafik . Kalau pakai tudung labuh kan nanti orang pandang pelik .

Realiti :

Mula mula memang orang akan pandang. Memang akan dijadi bualan. Memang akan dituduh macam macam.
Tapi mana lebih baik? Redha manusia atau redha Allah S.W.T? Susah orang nak terima perubahan kita lebih lebih lagi kalau kita pernah melakukan kesalahan.
Tapi daripada sibuk mencari penerimaan manusia baik kita sibuk mengejar penerimaan Allah . Orang bercakap sekejap saja . Lama lama diam lah tu , mulut pun nikmat Allah.
InsyaAllah , Allah akan tutup mulut orang yang bercakap.
Macam Ustazah? Gembira lah kalau mendapat gelaran itu. Bukan senang untuk menjadi seorang ustazah .
Kalau dah bertudung / bertudung labuh nanti tak boleh berfesyen .

Tanggapan :

Kalau pakai tudung/bertudung labuh mana boleh dah berfesyen. Kalau pakai tudung/bertudung labuh tak boleh pakai seluar nanti. Kalau pakai tudung/bertudung labuh tak boleh ikut trend terkini. Kalau pakai tudung/bertudung labuh nanti tak dapat pakai cantik cantik.

Realiti :

Sekarang macam macam jenis tudung ada di Malaysia. Pelbagai corak dan perhiasan. Hanya tunggu memilih mana yang sesuai dengan kita.
Islam tidak melarang kita untuk berfesyen tapi ada syaratnya. Apa syaratnya?
Menutup aurat dan tidak keterlaluan. Senangkan?
Islam juga tidak melarang muslimah untuk berseluar tapi juga ada syaratnya. Apa syaratnya? Seluar mesti longgar dan tidak menampakkan bahagian pinggul dan bentuk badan. Nak senang gandingkan seluar itu dengan baju yang labuh melepasi pinggul. Kan senang ?
Lihatlah Akak Dena Bahrin, Diana Amir, Yatt Hamzah, Heliza Helmi boleh je berfesyen walaupun bertudung labuh. Kenapa kita tak boleh? Tepuk dada tanya selera ( acewahhhh sastera sangat )
Bertudung & Bertudung labuh tak semestinya………

Tanggapan :

Bertudung & bertudung labuh tak semestinya baik. Bertudung & bertudung labuh tak semestinya tak mengumpat. Bertudung & bertudung labuh tak semestinya dah berubah jadi baik.
Bertudung & bertudung labuh tak semestinya  solat cukup. Bertudung & bertudung labuh tak semestinya alim. Bertudung & bertudung labuh tak semestinya tak pernah buat salah.

Realiti :

Amboi bersangka buruk betul. Kita dah sedia maklum dalam hidup kita kena selalu bersangka baik. Apa yang wajib harus kita lakukan. Kalau menutup aurat itu wajib , baik atau jahat perangai kita wajib menutup aurat.
Kalau kita sudah menutup aurat kerana Allah S.W.T maka automatik hati kita terbuka untuk menerima hidayahNya. Jangan judge mereka daripada kisah lampau hidup mereka.
Semua orang melakukan kesilapan. Tak ada orang terlepas daripada melakukan kesalahan. Cuma sama ada kita sedar atau tak yang kita melakukan kesalahan.
Daripada sibuk judge pasal orang apa kata bertaubat untuk setiap kesalahan kita . Berfikiran buruk pun kesalahan juga . Maka bertaubatlah .
Itu tanggapan Nik dulu dan realiti sekarang.
Alhamdulillah, Allah buka minda untuk berfikir, Allah lapangkan dada untuk mencari jawapan. Bukan senang kita nak berubah daripada diri kita yang lama tapi dengan usaha kita mampu.
Kuncinya adalah bersangka baik . Nik tak point kan kepada sesiapa . Even diri sendiri pun belum sempurna. Apa yang Nik dapat pengetahuan untuk berhijrah maka Nik kongsikan .
Tak ada masalah dan salah untuk berkongsi . Kita ada hak untuk berkongsi ilmu atau menegur kesalahan orang tapi mesti lah berhikmah .
Harap semua dapat menerima post kali ini dan mendapat manfaat darinya . Maaf jika ada salah dan terkasar bahasa .
Wallahualam .
Daripada Nik


No comments:

Post a Comment